Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

30 Sept 2019

Sumbangan Wang Tunai Daripada Datin Lyanaz Hassan


30.9.2019, Pn. Siti Hajar bt Ibrahim mewakili Datin Lyanaz Hassan (Pengasas Kosmetik Babies Blink) menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM300 kepada Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh bagi membantu pembiayaan Program Puisi Tiang Lampu 2019. Sumbangan ini diterima oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber). Beliau merakamkan terima kasih kepada Datin Lyanaz Hassan atas sumbangan yang diberikan.

22 Sept 2019

Pertandingan Memanah Antara Kelab di PUO & IPGKI




Pada 22.9.2019 (Ahad), Kelab KORPUS Politeknik Ungku Omar telah mengadakan Pertandingan Memanah Antara Kelab di PUO dan IPGKI. Aktiviti ini diadakan di PULAKO, IPG Kampus Ipoh. Pihak Kelab KORPUS telah mengalu-alukan penyertaan pihak Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Seramai 8 orang Rakan Perpustakaan IPGKI telah menyertai pertandingan ini. Sesi pagi ini di isi dengan sesi latihan memanah dan diteruskan dengan pertandingan. En. Jamal dan En. Mazlan (Pensyarah IPG Kampus Ipoh) sebagai tenaga pengajar kepada semua peserta. Turut hadir, Pn.Sabariah (Pustakawan) , En. Ramli (Pulako) dan Pn. Nasimah Bt Abdul Jal (Pemb.Pustakawan) manakala dari pihak PUO Pn. Norhafiza , En.Halim dan kakitangan Perpustakaan PUO.
Sesi petang, Majlis penutupan bagi Pertandingan Memanah Antara Kelab di PUO & IPGKI ini  telah dihadiri oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh). Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), En. Ramli bin Ahmad Rozali (Pegawai Pengurusan Unit Kokurikulum) dan Hj Mazlan bin Muhamad (Pensyarah@jurulatih utama memanah). Majlis Penutupan ini berlangsung pada jam 2.30 petang. Wakil IPG Kampus Ipoh yang terdiri daripada Kelab Rakan Perpustakaan mendapat tempat kelima. Hadiah disampaikan oleh Pn. Nor Hafiza bt Jusoh (Pustakawan Politeknik Ungku Omar).

Tahniah dan terima kasih kepada peserta dan semua yang terlibat dalam program ini atas komitmen yang diberikan. Moga aktiviti ini mengeratkan ukhwah kedua-dua pihak.

Gambar lain : Pertandingan Memanah Antara Kelab di PUO dan IPGKI



21 Sept 2019

Mesyuarat AJK Perpustakaan Bil 2/2019


20 September 2019. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) telah mempengerusikan mesyuarat AJK Perpustakaan Bil 2/2019 di bilik mesyuarat Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Turut hadir Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan merangkap setiausaha mesyuarat) beserta para pensyarah yang mewakili jabatan masing-masing. Semua AJK amat gembira dan berpuas hati kerana prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh staf perpustakaan dalam melaksanakan program @ aktiviti yang dirancang. Semangat kerja berkumpulan yang dipraktikkan oleh staf perpustakaan telah membawa pelbagai kejayaan tahun ini. Syabas dan tahniah kepada Dr. Nazri, Pn. Sabariah serta warga kerja perpustakaan.

20 Sept 2019

Bengkel Literasi Maklumat 2019-Unit V17



Pada 20.9.2019 (4.30ptg -5.00 ptg), Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Literasi Maklumat. Bengkel ini di adakan dalam Ruang Bacaan Perpustakaan. Bengkel ini dikendalikan oleh Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan dibantu oleh  Pn.Nasimah bt Abdul Jal dan Pn.Nazariah bt Mat Mizar . Seramai 17 orang guru pelatih dari Unit V17 Penagjian Bahasa Tamil yang menghadiri bengkel ini. Pn. Sabariah bt Khairuddin berkongsi mengenai penggunaan jurnal online yang telah dilanggan oleh pihak IPGM (E-LIB) dan WebOPAC bagi membantu semua warga IPG membuat rujukan menggunakan maklumat yang sahih dan relevan terutamanya apabila menyiapkan tugasan  membuat tesis /assignment. Jurnal online ini juga boleh diakses melalui telefon bimbit. Diharapkan, perkongsian dalam bengkel ini dapat memberi manafaat kepada guru pelatih. 
Tahniah kepada semua guru pelatih yang hadir dalam bengkel ini dan terima kasih atas sokongan En. Baskaran (mentor) dalam bengkel ini 🌷🌷🌷

6 Sept 2019

Bengkel Literasi Maklumat 2019-Unit V9,V10,V11 dan V12





Pada 6.9.2019 (4.30ptg -5.00 ptg), Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Literasi Maklumat. Bengkel ini di adakan dalam Bilik IT, Perpustakaan. Bengkel ini dikendalikan oleh Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan dibantu oleh En. David a/l Rayappan, Pn.Nasimah bt Abdul Jal dan Pn.Nazariah bt Mat Mizar. Seramai 55 orang guru pelatih dari Unit V9,V10,V11 dan V12 yang menghadiri bengkel ini. Pn. Sabariah bt Khairuddin berkongsi mengenai penggunaan jurnal online yang telah dilanggan oleh IPGM bagi membantu semua warga IPG membuat rujukan menggunakan maklumat yang sahih dan relevan terutamanya apabila menyiapkan tugasan membuat tesis /assignment. Jurnal online ini juga boleh diakses melalui telefon bimbit. Diharapkan, perkongsian dalam bengkel ini dapat memberi manafaat kepada guru pelatih. Gambar lain : Bengkel Literasi Maklumat V9, V10, V11 dan V12

Tahniah kepada semua guru pelatih yang hadir dalam bengkel ini ðŸŒ·ðŸŒ·ðŸŒ·g

3 Sept 2019

Audit Dalaman Kedua MS ISO 9001:2015



Pada 3 September 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah melalui Audit Dalaman Kedua MS ISO 9001:2015. Juruaudit ialah En. Mohd Yusoff bin Hj.Mohd Shariff dari IPG Kampus Perlis. Tahniah Pn. Sabariah bt Khairuddin dan kakitangan Perpustakaan dapat mempersembahkan dokumentasi dengan baik. Moga selepas ini Perpustakaan IPG Kampus Ipoh meningkatkan lagi mutu perkhidmatan menjadi lebih baik. 

Congratulations ðŸŒ·ðŸŒ·ðŸŒ· 
tingkatkan kerjasama dalam pasukan UPIPGKI


27 Aug 2019

Pesta Buku IPG 2019 di IPG Kampus Pulau Pinang



Pada 27-29 Ogos 2019, IPG Kampus Pulau Pinang telah menganjurkan Pesta Buku IPG 2019. Terdapat beberapa pertandingan yang di adakan bagi memeriahkan Pesta Buku IPG 2019. Antaranya ialah Pertandingan Terbitan Tertinggi Antara IPG, Pertandingan Koleksi Terbitan IPG, Pertandingan Jualan Buku Tertinggi , Pertandingan Grafik Buku dan Pertandingan Program Membaca Berimpak Tinggi. Program ini di rasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia , YB Dr. Maszlee Malik manakala perasmian Majlis Penutupan oleh YB Tuan Wong Hon Wai , Ahli Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang.




Tahniah kepada IPG Kampus Ipoh terutamanya Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mendapat tempat Naib Juara bagi Pertandingan Program Galakan Membaca Berimpak Tinggi Antara Perpustakaan IPG, Naib Johan Pertandingan Grafik Kulit Terbaik (Kategori Pelajar), Tempat Ketiga Pertandingan Grafik Kulit Buku Terbaik (Kategori Pensyarah) ,Johan Pertandingan Jualan Buku Tertinggi (Kategori Pelajar).

Sempena Pesta Buku IPG 2019 ini, booth Perpustakaan IPG Kampus Ipoh menyelitkan aktiviti Cabutan Hadiah Misteri. Pengunjung yang berminat menyertai aktiviti ini dikehendaki mengambil sebiji kacang didalam bekas. Pengunjung yang berjaya mendapatkan bacang bertanda mendapat hadiah misteri. Tahniah yang berjaya mendapatkan kacang bertanda untuk hadiah misteri.

Selain itu, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh juga telah menerima sumbangan buku daripada IPG Kampus Dato Razali Ismail dan IPG Kampus Bahasa Melayu. Buku sumbangan IPG Kampus Dato Razali Ismail yang berjudul 'Menguak Jendela PhD' dan 'Kesukarelawan : Realiti, Cabaran dan Model Siswa Guru di Malaysia " di sampaikan oleh Dr. Yuslaini bt Yunus. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh) sangat gembira dan berbesar hati menerima buku-buku ini. Diharapkan buku-buku ini dapat di manafaatkan oleh pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Terima kasih Dr. Yus ðŸŒ·ðŸŒ·

Manakala sumbangan buku yang berjudul "Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2019 - 2025 " daripada IPG Kampus Bahasa Melayu. Sumbangan ini di sampaikan oleh Pn. Azlinawati. Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan IPG Kampus Ipoh) mengucapkan setinggi - tinggi terima kasih atas sumbangan buku ini yang sangat sesuai menjadi bahan rujukan di Perpustakaan. Gambar : Sumbangan Buku Daripada IPG Kampus Bahasa Melayu



Terima kasih Puan Azlinawati 
🌷🌷🌷



Gambar lain : Pesta Buku IPG 2019 


8 Aug 2019

Peraduan Ucapan Hari Merdeka Ke-62


Sempena bulan kemerdekaan ini, Unit Perpustakaan IPGKI mengadakan Peraduan Ucapan Hari Merdeka Ke-62. Syarat-syaratnya ialah:
1. Peraduan ini sah sehingga 13 hb September 2019.
2.Penyertaan percuma dan terbuka kepada semua warga IPG Kampus Ipoh (kecuali Pegawai dan kakitangan Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh)
3. Satu penyertaan bagi satu individu sahaja.
4. Add /follow facebook Perpustakaanipgki Perpustakaan Ipgki dan instagram  perpustakaanipgki2019
5. Share posting ini.
6. Bergambar di photobooth merdeka di Perpustakaan IPGKI dengan mengibarkan jalur gemilang dan ucapan merdeka, kemudian upload di media sosial facebook/instagram masing-masing dan tag facebook Perpustakaan Ipgki /instagram perpustakaanipgki2019
7. Menulis ucapan kemerdekaan tidak lebih daripada 15 patah perkataan , kemudian lekatkan di tempat yang di sediakan di photobooth merdeka Perpustakaan IPGKI
8. Hadiah diberikan kepada pemenang mengikut kategori pensyarah/pegawai, kakitangan sokongan dan guru pelatih.
9. Pemilihan pemenang berdasarkan gambar dan ucapan merdeka yang menarik.
10.Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik.
11. Keputusan adalah muktamad. Sebarang rayuan dan protes tidak akan dilayan.

Sumbangan Buletin Kokurikulum Edisi 1/2019 : Terima Kasih En. Mohd Hafidz bin Osman


8 Ogos 2019. Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Ipoh, Dr. Mohd Hafidz bin Osman telah menyumbangkan Buletin Kokurikulum Edisi 1/2019 (pertama kali diterbitkan). Beliau telah menyerahkan secara rasmi kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber). Semoga para pengunjung dapat maklumat dan info terbaharu berkaitan aktiviti kokurikulum dengan membaca buletin tersebut. Unit Perpustakaan merakamkan tahniah atas penerbitan buletin ini.

2 Aug 2019

Program Bicara Buku Siri 4/2019.


Pada 2 Ogos 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Program Bicara Buku Siri 4/2019. Program ini bersama En.Kamarulazli bin Yusoff. Beliau berkongsi pengalaman beliau sebagai guru yang bertugas di Sarawak. Seramai 57 orang guru pelatih daripada Unit V11,V12 dan V13 yang hadir. Program ini berlangsung selama 30 minit sahaja (4.30 petang - 5.00 petang). Turut hadir pensyarah IPGKI ialah Dr. Baskaran a/l Kannan, Dr.Saidah bt Harith dan Pn.Hayati Bt Mat Desa. Unit Perpustakaan juga memberikan hadiah kepada guru pelatih yang terpilih cabutan bertuah iaitu Nur Asyiqin bt Che Lah, Cik Ahmad Faqieh bin Cik Saipu Liza dan Seri Nabilah Hani Bt Mohd Yusof. Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada Unit Perpustakaan.