Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

17 Feb 2025

Penyerahan dan Sumbangan Penerbitan IPGM Kampus Ipoh 2025 : CITRA INTELEK KOMPILASI ARTIKEL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH PISMP AMBILAN JUN 2021-2025" dan "Traversing Writing Paths: An Anthology of Short Stories"

 



17 Februari 2025 (Isnin) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada pensyarah dan siswa guru IPGM Kampus Ipoh yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan buku dibawah penerbitan IPGM Kampus Ipoh. 

Buku tersebut berjudul  "CITRA INTELEK KOMPILASI ARTIKEL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH PISMP AMBILAN JUN 2021-2025" ( ISBN 978-967-2863-87-8) dan "Traversing Writing Paths: An Anthology of Short Stories" ( ISBN 978-967-2863-54-0)

Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh juga mengucapkan terima kasih kerana sumbangan buku tersebut sebagai bahan bacaan dan rujukan di pusat sumber.  Serahan sumbangan  masing-masing telah diwakili oleh Dr. Fadilah dan En. Ahmad Masdil Fazli bin Mohamed.


ebook Pusat Sumber IPGM KI

"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgmki

#penerbitanbuku2024

7 Feb 2025

Pelantikan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) : Tahniah Pn. Nazariah bt Mat Mizar

 

07 Februari 2025 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh turut berasa gembira dan bangga atas pelantikan Pn. Nazariah bt Mat Mizar sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dalam Perhimpunan Organisasi Bulan Februari 2025 IPGM Kampus Ipoh.


Sebagai informasi, Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan pegawai yang dilantik bagi menjalankan peranan yang digariskan dalam program pengupayaan kendiri, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam  di bawah program pembimbing rakan sekerja.


Tahniah Pn. Nazariah Mizar  πŸ₯³πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽ‰


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#akrabipgki

#rakanpembimbingperkhidmatanawam

#pusatsumberipgmki

Selamat Hari Lahir : Puan Sharmila binti Siron

 


07 Februari 2025 - Selamat ulang tahun Pn. Sharmila bt Siron! πŸŽ‚πŸ₯³πŸŽŠπŸŽ‰ Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik...
Semoga segala impian dan doa-doa baik buat Puan dimakbulkan, dan sentiasa diberkati dengan kasih sayang dan kebahagiaan...
Aaminn.....aaminnn....aaminnn...
"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'

23 Jan 2025

Lawatan Penanda Aras IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

 

23 Januari 2025 - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh berbesar hati menerima kunjungan daripada Unit Perpustakaan IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang sempena Lawatan Penanda Aras. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Hamizul bin Mahmud selaku Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Tuanku Bainun. Turut hadir Dr. Hj Mohd Taufik bin Hj Ahmed, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh mengalu-alukan kedatangan delegasi Lawatan Penanda Aras IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.
En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar , Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan penghargaan ucapan terima kasih kepada Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin, Ketua Unit Praktikum di atas kesudian berkongsi ilmu bagi membantu Unit Pusat Sumber menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Haji Nakhaie, En. Zack dan En. Megat serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas kerjasama yang diberikan.
Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan pusat sumber dan sistem sirkulasi bahan bacaan.
"IPGMKI The Inspiration Of Positive and Objective Hearts"
"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"

14 Jan 2025

Penerbitan Buku: Tahniah Pn Rozita dan Pn. Ros Anita Kartini



14 Januari 2025 (Selasa) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada Pn. Rozita bt Haji Omar  (Majlis Profesional Pengurusan dan Pentadbiran IPGM Kampus Ipoh) dan Pn. Ros Anita Kartini bt Mohamed (mantan Pensyarah IPGMKI) kerana telah menghasilkan buku dibawah penerbitan IPGM Kampus Ipoh. Masing-masing yang  berjudul  "Penulisan Refleksi Sandwich in Coaching : Bukan Amalan Yang Baik" ( ISBN 978-967-2863-73-1) dan "Antologi Anekdot Cinta" ( ISBN 978-967-2863-75-5)

Tahniah juga diucapkan kepada semua penulis yang terlibat secara langsung dalam menjayakan penerbitan buku tersebut πŸ₯³πŸ₯³πŸ₯³


Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh juga mengucapkan terima kasih kerana sumbangan buku tersebut sebagai bahan bacaan dan rujukan di Pusat Sumber.  Serahan sumbangan  masing-masing telah diwakili oleh Pn. Nor Azimah bt Ariffin dan Pn. Kastina bt Mat Kassim.


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgmki

#penerbitanbuku2024

22 Nov 2024

Penerbitan 2024 : Tahniah En. Faizul dan Dr. Nor Anita

 


22 November 2024 (Jumaat) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak dan Dr. Nor Anita bt Mat Isa di kerana telah menghasilkan buku dibawah penerbitan IPGM Kampus Ipoh. Buku tersebut berjudul masing-masing ialah "Antologi Anekdot : Kanvas Kehidupan" dan "Antologi Puisi : Gaza Bumi Terluka".

Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh juga mengucapkan terima kasih kerana sumbangan buku tersebut sebagai bahan bacaan dan rujukan di pusat sumber.

Tahniah kepada semua penulis karya yang terlibat secara langsung dalam penerbitan buku-buku tersebut πŸ₯³πŸ₯³πŸ₯³

"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"

#pusatsumberipgmki
#penerbitanbuku2024

20 Nov 2024

Perbincangan Bantuan Pemasangan Sistem Pengurusan Perpustakaan Bersama Bahagian Teknologi Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia

 


20 November 2024 - Unit Pusat Sumber telah menghadiri Perbincangan Bantuan Pemasangan Sistem Pengurusan Perpustakaan bersama Bahagian Teknologi Maklumat, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Diharap, perbincangan tersebut dapat memberi input yang positif dalam menambahbaik perkhidmatan Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh di masa akan datang. 

Ketua Unit Pusat Sumber, En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar merakamkan ucapan setinggi -tinggi terima kasih kepada pihak PNM di atas perkongsian ilmu, khidmat nasihat yang diberikan dan lawatan ke bahagian-bahagian yang lain. Semoga ukhwah yang baik ini dapat dikekalkan dan menjadi penyuntik semangat untuk terus memberi perkhidmatan yang baik kepada pengunjung pusat sumber.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgki

#perpustakaannegaramalaysia

4 Nov 2024

Tahniah : Ketua Pengarah PNM YBhg. Dato' Salasiah binti Abdul Wahab

 

Seluruh warga Pusat Sumber, IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada 

YBhg. Dato' Salasiah binti Abdul Wahab, 

Ketua Pengarah 

Perpustakaan Negara Malaysia 

atas pengurniaan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak.


Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan ini adalah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

25 Oct 2024

Kunjungan IPGM Kampus Kent ke Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh


24 Oktober 2024 (Khamis) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh berasa gembira atas kunjungan IPGM Kampus Kent, Sabah sempena Lawatan Penanda Aras Untuk KIK . Lawatan tersebut disertai seramai 18 orang terdiri daripada pensyarah, pegawai dan kakitangan IPGM Kampus Kent. Unit Pusat Sumber menjadi tempat pameran pencapaian KIK IPGM Kampus Ipoh.


Semoga ukhwah yang baik ini dapat dikekalkan sepanjang masa.πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°


"Membaca Sentiasa,

Intelektual Diperkasa"


#unitpusatsumber

#ipgmkampusipoh

#ipgmkampuskent

#kikipgm






11 Oct 2024

Sumbangan Buku: Terima Kasih En. Faizul

 


11 Oktober 2024 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada En. Mohd Faizul Hafiz bin A.Razak di atas penerbitan buku berjudul Kamus Istilah Kata Kunci Soalan KBAT : Sejarah SPM Edisi 1. Terima kasih kerana telah memberi sumbangan buku ini kepada Unit Pusat Sumber sebagai bahan rujukan dan bacaan.


Tahniah πŸ₯³ 


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"


#pusatsumberipgki

#penerbitanjabatan