Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

7 May 2025

Bengkel Aplikasi Maklumat Digital (Google dan Canva)

 

05-06 Mei 2025 - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Aplikasi Maklumat Digital ( Google dan Canva) dengan jayanya. Bengkel tersebut telah diadakan di Makmal Bestari, IPGM Kampus Ipoh. Bengkel ini disampaikan oleh En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar (Ketua Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh.

Bengkel bertujuan untuk memberi pemahaman mendalam dan kemahiran praktikal mengenai penggunaan aplikasi digital Google dan Canva.

Seramai 26 orang peserta dalam kalangan pensyarah dan staf yang menghadiri bengkel ini.


Diharapkan semua peserta bukan sahaja memperoleh ilmu baharu,malah dapat mengaplikasikannya dalam projek atau tugasan sebenar selepas ini.


“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa”


#canva

#pusatsumberipgmki








5 May 2025

Bengkel Penerbitan Video Kamera Berbilang dan Live Streaming

 

29-30 April 2025 : Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Penerbitan Video Kamera Berbilang dan Live Streming. Bengkel ini telah diadakan di Seksyen Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.  Bengkel tersebut disampaikan oleh En. Badrul Hisham bin Ahmad  Sukar (Ketua Unit Pusat Sumber) dan En. Hasri bin Abu (Penolong Pengarah, Seksyen Sumber Teknologi Pendidikan). Seramai 25 orang peserta yang telah hadir.


Semoga perkongsian sepanjang bengkel ini dapat dimanafaatkan pada masa akan datang.


“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa “


#pusatsumberipgmki

#bengkellivestreming













3 May 2025

Hebahan : Bengkel Aplikasi Maklumat Digital (Google &Canva)


 

📢 *BENGKEL APLIKASI MAKLUMAT DIGITAL (GOOGLE DAN CANVA)*

📆 *Tarikh: 05 - 06 Mei 2025 (Isnin & Selasa)*

🕣 *Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang*

📍 *Tempat: Makmal Bestari, IPG Kampus Ipoh*

🎯 Anjuran: Unit Pusat Sumber


✨ Bengkel dua hari ini untuk memantapkan kemahiran anda dalam mengurus maklumat digital menggunakan aplikasi Google (Drive, Docs, Slides dan lain-lain) serta memperkasakan kreativiti melalui Canva!


📚Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa📚

28 Apr 2025

Hebahan : Bengkel Live Streaming & Penerbitan Video Kamera Berbilang

 



Hebahan : 🎥✨ *BENGKEL LIVE STREAMING & PENERBITAN VIDEO KAMERA BERBILANG* ✨🎥

Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan IPGM Kampus Ipoh akan menganjurkan satu bengkel penuh informasi dan kemahiran teknikal seperti ketetapan berikut :

📅 Tarikh: 29 – 30 April 2025
🕣 Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang*l
📍 Tempat: SSTP Tasek, JPN Perak

Bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik dan kaedah penstriman langsung (live streaming) serta penerbitan video menggunakan kamera berbilang sudut, sejajar dengan keperluan era digital masa kini.

Jom ikuti perkembangan kami dan nantikan hasil rakaman hebat daripada bengkel ini! 💡📹

📚Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa✒️

25 Apr 2025

Selamat Bersara Pn. Salina binti Mohtaram

 


25 April 2025 (Jumaat) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh mengucapkan selamat bersara kepada Pn. Salina binti Mokhtaram. Terima kasih atas semua bantuan yang diberikan kepada Unit Pusat Sumber. Moga Pn. Salina sentiasa sihat dan gembira melalui hari-hari persaraan.


“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa”


#retirement

Selamat Bersara : Puan Salina binti Mokhtaram



25 April 2025 (Jumaat) - Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh mengucapkan selamat bersara kepada Pn. Salina binti Mokhtaram. Terima kasih atas semua bantuan yang diberikan kepada Unit Pusat Sumber. Moga Pn. Salina sentiasa sihat dan gembira melalui hari-hari persaraan.


“Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa”

#retirement

22 Apr 2025

Hebahan : “Snap & Share Jom Baca Bersama 10 Minit

 


📚✨ *JOM BACA BERSAMA 10 MINIT* ✨📚

"Nikmati Saat Ini"


📅 Tarikh: 23 April 2025 (Selasa)

⏰ Masa: 11.00 – 11.10 pagi

📍 Lokasi: Di mana anda berada!


Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh mengajak semua warga kampus untuk menyertai kempen membaca selama 10 minit secara serentak sempena Jom Baca Bersama 10 Minit 2025!


📸 *SNAP & SHARE!*

Ambil gambar kreatif anda sedang membaca buku atau e-buku kegemaran, kemudian imbas QR Code atau klik pautan berikut untuk hantar penyertaan anda:

🔗 https://forms.gle/nkaJMkVnjMrR5i6G9


🎁 *Cenderamata menarik menanti peserta bertuah!*


📌 Terbuka kepada semua warga IPGM Kampus Ipoh sahaja.

📌 Gambar kreatif yang dihantar akan menjadi hak milik Perpustakaan IPGMKI dan boleh disiarkan dalam mana-mana penerbitan.

📌 Penyertaan anda akan dimuat naik ke media sosial rasmi Pusat Sumber IPGMKI.


Mari bersama kita pupuk budaya membaca! 📖💖

#JomBacaBersama2025 #PusatSumberIPGMKI #10MinitBersamaBuku

18 Apr 2025

Hebahan : JOM BACA BERSAMA 10 MINIT "Nikmati Saat Ini"


 Hebahan : JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

"Nikmati Saat Ini"
Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh menyeru seluruh warga IPGMKI untuk menyertai program Jom Baca Bersama 10 Minit sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
🗓️ Tarikh: 23 April 2025 (Rabu)
🕚 Masa: 11.00 – 11.10 pagi
📍 Lokasi: Di mana sahaja anda berada!
Mari kita ambil masa selama 10 minit untuk menikmati saat ini dengan membaca apa sahaja bahan bacaan pilihan anda — buku, majalah, artikel atau apa-apa yang memberi ilmu dan inspirasi. 🌟
📸 Sebagai tanda sokongan, kongsikan gambar anda sedang membaca kepada kami!
🎁 Cenderamata menanti peserta bertuah!

31 Mar 2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin


 Kuih dihidang aneka rasa,

Dinikmati bersama sanak saudara.

Buku dan ilmu tetap berharga,

Walau beraya jangan dilupa.


Selamat Hari Raya Aidilfitri, 

Maaf Zahir dan Batin 


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"



25 Mar 2025

Program World #QuranHour Peringkat IPGM Kampus Ipoh

 


25 Mac 2025 (Selasa) - Dengan kerjasama Jawatan kuasa Penghayatan Islam IPGMKI, Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh telah menganjurkan Program World #QuranHour Peringkat IPGM Kampus Ipoh dengan jayanya. Program tersebut juga di siarkan secara langsung menerusi YouTube rasmi IPGM Kampus  Ipoh. 

Sesi tadabbur Surah Al-Saff telah disampaikan oleh Dr.Rizalman bin Muhammad dan Dr. Nornajwa binti Ghazali manakala Tuan Haji Mohd Nizam bin Mohd Tejeri selaku moderator. 
Seramai 67 orang pensyarah dan pelajar yang hadir.

Moga program ini dapat memberi manfaat dunia dan akhirat kepada semua yang hadir serta yang mengikuti siaran langsung  menerusi YouTube. Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Ipoh merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar dan kakitangan yang terlibat sepanjang program ini berlangsung.

"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"

#quranhour2025
#jkpenghayatanislamipgmki
#pusatsumberipgmki