28 Januari 2022 - Tahniah kepada Unit Pengajian Cina, IPG Kampus Ipoh telah merealisasikan Pameran Bertema Jabatan/Unit yang pertama bagi tahun 2022. Pameran ini menyerikan sudut Seri Refflesia dalam Unit Perpustakaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang tidak lama lagi menjelang tiba.
Pameran ini menyerlahkan keunikan kaligrafi Cina yang membawa maksud semoga tahun Harimau yang disambut memberikan harapan yang baik dan kebahagiaan kepada semua. Pameran ini juga memberi informasi berkaitan budaya masyarakat Cina semasa sambutan Tahun Baharu Cina.
Semua warga kampus dialu-alukan berkunjung ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk merasai kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina dan memahami budaya masyarakat Cina di Malaysia melalui artikel-artikel yang dipamerkan.
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
0 comments:
Post a Comment