Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....
Showing posts with label Pameran Bertema. Show all posts
Showing posts with label Pameran Bertema. Show all posts

21 Feb 2022

Pameran Bertema Jabatan/ Unit 2022 : Bersama Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Ipoh

PAMERAN BERTEMA : JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK IPG KAMPUS IPOH

21 Februari 2022 - Tahniah kepada Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Ipoh telah menghasilkan pameran bertema Jabatan /Unit di sudut Seri Refflesia dalam Unit Perpustakaan. 

Pameran yang disediakan adalah bertemakan “AKADEMIK TUNJANG KECEMERLANGAN BAKAL GURU”. Tema ini bersesuaian dengan penurunan tiga fungsi Pusat Kecemerlangan Akademik (PKA) IPGM menjadikan IPG kampus sebagai Pemberi Pendidikan Tinggi yang berautonomi dan bertanggungjawab memastikan perancangan, pengurusan dan pelaksanaan akademik berjalan lancar dan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan. Peranan Jabatan Kecemerlangan Akademik di IPG Kampus Ipoh berfungsi untuk mengurus, merancang dan menyelaras pelaksanaan program akademik  dengan lebih berkesan selaras dengan hasrat melahirkan guru yang kompeten, berilmu dan kalis masa hadapan.

Antara bahan yang dipamerkan ialah bahan-bahan rujukan akademik berkaitan dengan Buku Panduan Akademik PPISMP, PISMP dan PDPM, Buku Panduan Praktikum dan Buku Panduan Pentaksiran. Selain itu, dipamerkan juga Buku Panduan Penyelidikan yang terdiri daripada 5 bentuk metodologi penyelidikan iaitu Penyelidikan Etnografi, Penyelidikan Eksp/Kuasi Eksp, Penyelidikan Kajian Kes, Penyelidikan Tindakan dan Penyelidikan Tinjauan. 

Bahan-bahan rujukan penyelidikan ini amat penting kepada pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 yang ketika ini sedang melaksanakan penyelidikan. Turut dipamerkan ialah bahan digital berkaitan dengan Unit Program Pengajian Akademik, Unit Program Pengurusan Akademik, Unit Pembelajaran Digital, Unit Penambahbaikan Berterusan Akademik dan Unit Pengembangan Profesionalisme Akademik.

Semoga pameran ini dapat memberi panduan yang jelas kepada para pengunjung dalam penyediaan penyelidikan yang lengkap.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

8 Feb 2022

Pameran Bertema Jabatan/ Unit 2022 : Bersama Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Ipoh

 


8 Februari 2022 - Pameran Bertema Jabatan/Unit bagi tahun 2022 diserikan lagi oleh pameran daripada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) IPG Kampus Ipoh. Pameran ini bertemakan  'Penyelidikan dan Inovasi Mencetuskan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan".

Dalam pameran ini JPPI membawa kita kepada pencapaian dalam penyelidikan dan inovasi yang telah disertai. Antaranya ialah Sumbangan Konsultasi Sebagai Hakim dan Penceramah Pertandingan Inovasi dan Kajian Penyelidikan di peringkat kebangsaan, negeri dan IPG. Selain itu, turut dipamerkan ialah Sijil-Sijil Pemenang Pertandingan Inovasi dan Penyelidikan, penerbitan Jurnal Penyelidikan (ISSN : 2229-8495) dan Pelan Strategik IPG Kampus Ipoh 2021-2025 (ISBN 9789670902937), Dokumentasi Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) (Anugerah KPM) serta banting program anjuran JPPI. Tahniah diatas pencapaian JPPI.

Semua warga kampus dialu-alukan berkunjung ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk melihat sendiri pameran ini. Semoga para pengunjung mendapat input yang positif dari pameran tersebut.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

28 Jan 2022

Pameran Bertema Jabatan/Unit 2022 : Bersama Unit Pengajian Cina (UPC) IPG Kampus Ipoh

 


28 Januari 2022 - Tahniah kepada Unit Pengajian Cina, IPG Kampus Ipoh telah merealisasikan Pameran Bertema Jabatan/Unit yang pertama bagi tahun 2022. Pameran ini menyerikan sudut Seri Refflesia dalam Unit Perpustakaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang tidak lama lagi menjelang tiba.

Pameran ini menyerlahkan keunikan kaligrafi Cina yang membawa maksud semoga tahun Harimau yang disambut memberikan harapan yang baik dan kebahagiaan kepada semua. Pameran ini juga  memberi informasi  berkaitan budaya masyarakat Cina semasa sambutan Tahun Baharu Cina.

Semua warga kampus dialu-alukan berkunjung ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk merasai kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina dan memahami budaya masyarakat Cina di Malaysia melalui artikel-artikel yang dipamerkan.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference