Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

8 Feb 2022

Pameran Bertema Jabatan/ Unit 2022 : Bersama Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Ipoh

 


8 Februari 2022 - Pameran Bertema Jabatan/Unit bagi tahun 2022 diserikan lagi oleh pameran daripada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) IPG Kampus Ipoh. Pameran ini bertemakan  'Penyelidikan dan Inovasi Mencetuskan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan".

Dalam pameran ini JPPI membawa kita kepada pencapaian dalam penyelidikan dan inovasi yang telah disertai. Antaranya ialah Sumbangan Konsultasi Sebagai Hakim dan Penceramah Pertandingan Inovasi dan Kajian Penyelidikan di peringkat kebangsaan, negeri dan IPG. Selain itu, turut dipamerkan ialah Sijil-Sijil Pemenang Pertandingan Inovasi dan Penyelidikan, penerbitan Jurnal Penyelidikan (ISSN : 2229-8495) dan Pelan Strategik IPG Kampus Ipoh 2021-2025 (ISBN 9789670902937), Dokumentasi Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) (Anugerah KPM) serta banting program anjuran JPPI. Tahniah diatas pencapaian JPPI.

Semua warga kampus dialu-alukan berkunjung ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk melihat sendiri pameran ini. Semoga para pengunjung mendapat input yang positif dari pameran tersebut.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

7 Feb 2022

Top Borrower Januari 2022 : Tahniah Cik Tan Wen Ooi

Tahniah diucapkan kepada Cik Tan Wen Ooi ( Pensyarah Akademik, Unit Pengajian Cina) kerana terpilih menjadi Top Borrower bagi bulan Januari 2022 👏👏👏

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki

4 Feb 2022

Rangkuman Aktiviti Bulan Januari 2022

 


Alhamdulillah Januari telah berlabuh. Aktiviti Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh pada bulan Januari  telah dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung 🎉🎊👏👏

Semoga Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dapat melaksanakan dengan lancar aktiviti yang telah dirancang pada bulan akan datang.

Teruskan sokongan anda 🥰🥰

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki



2 Feb 2022

Selamat Tahun Baharu Cina 2022


1 Februari 2022 - Selamat Tahun Baharu Cina buat semua warga IPG Kampus Ipoh & pengikut maya Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang berbangsa Cina ..moga sentiasa bahagia dan harmoni bersama keluarga yang tersayang. 🥰🥰🍊🍊🎉🎊🍊🍊
Selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia 😍

#leadingfuturemodelteacher 
#ipgkithefirst 
#makeadifference 
#GongXiFaCai2022 
#perpustakaanipgki




28 Jan 2022

Pameran Bertema Jabatan/Unit 2022 : Bersama Unit Pengajian Cina (UPC) IPG Kampus Ipoh

 


28 Januari 2022 - Tahniah kepada Unit Pengajian Cina, IPG Kampus Ipoh telah merealisasikan Pameran Bertema Jabatan/Unit yang pertama bagi tahun 2022. Pameran ini menyerikan sudut Seri Refflesia dalam Unit Perpustakaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang tidak lama lagi menjelang tiba.

Pameran ini menyerlahkan keunikan kaligrafi Cina yang membawa maksud semoga tahun Harimau yang disambut memberikan harapan yang baik dan kebahagiaan kepada semua. Pameran ini juga  memberi informasi  berkaitan budaya masyarakat Cina semasa sambutan Tahun Baharu Cina.

Semua warga kampus dialu-alukan berkunjung ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk merasai kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina dan memahami budaya masyarakat Cina di Malaysia melalui artikel-artikel yang dipamerkan.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference


26 Jan 2022

Bengkel Audit Pematuhan MQA-04 Siri 1

 


26 Januari 2022 - Syabas Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan) dan Pn. Nasimah binti Abdul Jal telah menghadiri Bengkel Audit Pematuhan MQA-04 Siri 1 dengan jayanya. Bengkel tersebut di adakan di Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh anjuran Sekretariat Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi, Jawatankuasa Pelaksana Akreditasi dan Validitasi dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan IPG Kampus Ipoh. Seramai 30 orang Pensyarah menghadiri bengkel tersebut.

24 Jan 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Bil. 1/2022


24 Januari 2022 - Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Bil. 1/2022 telah diadakan di Perpustakaan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin dan dihadiri seramai 15 orang pensyarah. Mesyuarat tersebut membincangkan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Semoga apa yang yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

Hebahan : Taman Berkarya Menjadi Platform Untuk Berkarya

 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera 🌷🌷

Berita baik kepada semua rakyat Malaysia 🔊🔊🔊🔊🔊

Anda berminat dan berjinak-jinak dalam bidang penulisan?
Anda dah menulis tapi belum diterbitkan?
Jangan risau dan jangan perap karya anda.. kami di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh menyediakan Taman Berkarya ini menjadi platform untuk anda mengembangkan bakat berkarya anda 🥰🥰🥰

Jom imbas QR code untuk maklumat lanjut 😉

Panduan Untuk Menghantar Karya Kreatif Taman Berkarya 2022

Hantarkan karya anda ke email library@ipgmipoh.edu.my

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#tamanberkarya 

Sumbangan Limau Simbolik Perayaan Tahun Baharu Cina

24 Januari 2022 - Terima kasih Unit Pengajian Cina diatas sumbangan limau sebagai simbolik perayaan Tahun Baharu Cina yang tidak lama lagi menjelang tiba. 

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference 
#ipgkithefirst 
#GongXiFaCai2022 
#perpustakaanipgki

20 Jan 2022

Program One Fun Day with Kids

20 Januari 2022 - Tahniah kepada semua kakitangan di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh, Pelajar Latihan Industri UiTM Merbuk, Kedah dan Prasekolah Seri Mawar di Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh diatas penganjuran program ini.

Tujuan program ini sejajar dengan Pelan Strategik iaitu dalam aspek perkongsian pintar. Ia selaras dengan inisiatif keenam iaitu mewujudkan penglibatan dengan pelbagai agensi media cetak dan digital bagi menyebarluaskan informasi atau maklumat. Justeru, karya-karya yang dihasilkan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan memberi impak yang besar kepada para pembaca.

Terima kasih kepada Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh, En. Zulkufli bin Mahayudin kerana sudi merasmikan Program One Fun Day with Kids seterusnya melancarkan buku cerita kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris yang ditulis sendiri oleh Guru Prasekolah Seri Mawar, Cik Zety Aziz.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh