
Pada 17 Februari 2019 ~ Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Lawatan Penanda Arasan ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah , UUM Sintok, Kedah. Rombongan ini disertai seramai 26 orang yang terdiri daripada Pegawai dan kakitangan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dan Rakan Perpustakaan. Rombongan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah disambut baik oleh pihak Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM. Lawatan ini diketuai oleh Pn. Hayati Binti Mat Desa (Penolong Ketua Pusat Sumber II) dan dibantu oleh Pn. Nor' Azah Bt Abdul Aziz (Penolong Ketua Unit Pusat Sumber III) serta Pn. Sabariah Bt Khairuddin (Pustakawan). Pihak Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM banyak berkongsi ilmu dan maklumat dalam pengurusan perpustakaan bukan sahaja koleksi buku, malah pengurusan digital serta elektronik dan juga arkib. Pihak Perpustakaan Sultanah Bahiyah turut berkongsi idea dalam menggerak fungsi Perpustakaan bukan sahaja dikenali dengan koleksi buku tetapi fungsi sebagai tempat pembelajaran yang baik dan selesa sesuai dengan keperluan dan kehendak pengguna masa kini.