Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

31 Aug 2022

Selamat Hari Kebangsaan Ke-65 Tahun

Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada semua warga Malaysia walau di mana pun berada. Hargailah kemerdekaan ini dengan menerapkan nilai-nilai murni dan saling menghormati sebagai keluarga Malaysia 🥰

'Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#harikemerdekaanke65tahun

25 Aug 2022

Hebahan : Pertandingan Mencipta Puisi - Sempena Program Eksplorasi Kemerdekaan

PERTANDINGAN MENCIPTA PUISI KEMERDEKAAN.

PENYERTAAN_PERCUMA !!!
e-SIJIL & HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!!

• Tempoh penyertaan : 25 Ogos 2022 hingga 9 September 2022.

• Semua warga IPG Kampus Ipoh adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini dengan mendaftar dan menghantar puisi melalui pautan berikut : https://bit.ly/MenciptaPuisiMerdeka2022

• Kandungan puisi TIDAK BOLEH menyentuh sensitiviti agama, kaum, politik, adat dan budaya. Sebarang PELANGGARAN adalah risiko dan tanggungjawab peserta sendiri.

• Hasil penyertaan puisi akan diterbitkan dalam Edisi khas TAMAN BERKARYA 2022. 

#leadingfuturemodelteacher 
#ipgkithefirst 
#GoGlobal 
#makeadifference 
#eksplorasimerdekaipgki2022

Hebahan : Pertandingan Penulisan Tokoh - Sempena Program Eksplorasi Kemerdekaan

PERTANDINGAN PENULISAN TOKOH  KEMERDEKAAN.

PENYERTAAN_PERCUMA !!!
e-SIJIL & HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!!

• Tempoh penyertaan : 25 Ogos 2022 hingga 9 September 2022.

• Semua warga IPG Kampus Ipoh adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini dengan mendaftar dan menghantar penulisan melalui pautan berikut : 
https://bit.ly/PenulisanTokohEksplorasiMerdeka2022 

• Kandungan penulisan TIDAK BOLEH menyentuh sensitiviti agama, kaum, politik, adat dan budaya. Sebarang PELANGGARAN adalah risiko dan tanggungjawab peserta sendiri.

• Hasil penyertaan puisi akan diterbitkan dalam Edisi khas TAMAN BERKARYA 2022. 

#leadingfuturemodelteacher 
#ipgkithefirst 
#GoGlobal 
#makeadifference 
#eksplorasimerdekaipgki2022

24 Aug 2022

Hebahan Pertandingan Kuiz Kemerdekaan Secara Atas Talian - Sempena Program Eksplorasi Kemerdekaan

PERTANDINGAN KUIZ KEMERDEKAAN SECARA ATAS TALIAN.

PENYERTAAN_PERCUMA !!!
SIJIL PENYERTAAN & HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!!

• Tempoh penyertaan : 24 hingga 26 Ogos 2022.

• Semua warga IPG Kampus Ipoh adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini dengan mendaftar dan menjawab soalan kuiz melalui pautan berikut : https://bit.ly/KuizEksplorasiMerdeka2022

• Peserta perlu berswafoto di Perpustakaan sebagai salah satu syarat wajib penyertaan, muat naik gambar tersebut diruangan yang disediakan.

#leadingfuturemodelteacher 
#ipgkithefirst 
#GoGlobal 
#makeadifference 
#eksplorasimerdekaipgki2022

Hebahan : Pertandingan Mencipta Video Pendek - Sempena Program Eksplorasi Kemerdekaan

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO PENDEK.

PENYERTAAN_PERCUMA !!!
SIJIL PENYERTAAN & HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!!

• Tempoh penyertaan : 23 Ogos 2022 hingga 5 September 2022.

• Semua warga IPG Kampus Ipoh adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini dengan mendaftar melalui pautan berikut : https://bit.ly/VideoPendekAspirasiMerdeka2022

• Video mestilah idea dan karya asal peserta dan TIDAK menggunakan hak cipta individu atau organisasi lain. Sebarang KETIDAKJUJURAN video penyertaan adalah atas risiko dan tanggungjawab peserta sendiri.

• Kandungan video TIDAK BOLEH menyentuh sensitiviti agama, kaum, politik, adat dan budaya. Sebarang PELANGGARAN adalah risiko dan tanggungjawab peserta sendiri.

• Semua video penyertaan adalah menjadi HAK MILIK Perpustakaan.

#leadingfuturemodelteacher 
#ipgkithefirst 
#makeadifference 
#perpustakaanipgki 
#eksplorasimerdekaipgki2022

22 Aug 2022

Hebahan : Pertandingan Eksplorasi Kemerdekaan 2022

PERTANDINGAN EKSPLORASI KEMERDEKAAN 2022

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Warga IPG Kampus Ipoh…

PENYERTAAN_PERCUMA !!!
SIJIL PENYERTAAN & HADIAH MENARIK MENANTI ANDA !!!

Perpustakaan dan Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Ipoh menganjurkan 4 Pertandingan eksplorasi kemerdekaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 Tahun seperti berikut :-

1. Pertandingan Mencipta video pendek
2. Pertandingan penulisan tokoh
3. Pertandingan mencipta puisi
4. pertandingan kuiz online

Kami mempelawa kepada semua Warga IPG kampus Ipoh untuk menyertai pertandingan - pertandingan yang dianjurkan ini sebagai tanda serlahkan semangat patriotik dalam jiwa.

Pertandingan bermula 23 Ogos 2022 – 9 September 2022.
Nantikan syarat-syarat pertandingan dari masa kesemasa..

UNTUK KETERANGAN LANJUT DAN PERTANYAN:
Pn. Saidatul Nadiah - Ketua Unit Perpustakaan
Pn. Sharmila – Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

#leadingfuturemodelteacher 
#ipgkithefirst 
#makeadifference
#eksplorasikemerdekaan2022

12 Aug 2022

Majlis Penghargaan Tamat Latihan Industri

12 Ogos 2022 - Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Majlis Penghargaan bagi meraikan tamatnya praktikal bagi pelajar latihan industri  selama 5 bulan di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh ini. Ketua Unit Perpustakaan merakamkan penghargaan kepada Cik Nur Atikah bt Ishak dan Cik Nursyahirah bt Mohamed Fesal  atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga pembelajaran dan pengalaman selama bersama team Perpustakaan dapat dimanafaatkan apabila berada di alam perkerjaan suatu hari nanti. 

Diharapkan jua semoga ukhwah yang telah terjalin selama 5 bulan ini akan kekal hingga akhir hayat. 🥰

Majlis ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan kepada Pn. Salina bt Mokhtaram dan Pn. Taslimah bt Sairi yang sudi menyertai Program Penyusunan Semula Rekod Perpustakaan. Terima kasih Pn. Salina dan Pn. Taslimah atas kerjasama yang diberikan selama program ini dilaksanakan. 🥰
Terima kasih juga diucapkan kepada semua staff yang hadir memeriahkan majlis. 

'Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#latihanindustri
#perpustakaanipgki
#uitm

10 Aug 2022

Taman Berkarya Siri 1/2022

10 Ogos 2022 - Alhamdulillah..Unit Perpustakaan Ipgki telah berjaya menerbitkan Taman Berkarya Siri 1 /2022 dengan jayanya. Penerbitan ini menghimpunkan sumbangan karya Pensyarah dan rakan maya Perpustakaan. Teks penuh 
Taman Berkarya Siri 1 /2022 ini dapat dicapai melalui pautan Taman Berkarya Siri 1/2022
Unit Perpustakaan merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyumbang karya. Diharapkan karya-karya ini memberi manafaat kepada semua pembaca.

'Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

4 Aug 2022

Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh : Pelajar Baharu PPISMP Ambilan Jun 2022

04 Ogos 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah memberi Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan kepada pelajar baharu PPISMP Ambilan Jun 2022. Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Seri Melati.

Terima kasih En. Mohamad Nurul Azmi bin Ahmad, Pn. Nazariah Mizar  , Cik Syahira Ira Fesal , Cik  Nur Atikah Ishak 

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

1 Aug 2022

Selamat Datang Kepada Pelajar Baharu PPISMP Ambilan Jun 2022

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu. Nantikan sesi Taklimat Unit Perpustakaan pada 3 Ogos 2022 (Rabu).

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"

#perpustakaanipgikampusipoh
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#membacavaksinminda
#ppismpambilanjun2022