Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

30 Apr 2021

Penyerahan Keputusan Pertandingan Video Pendek Buku Pelan Strategi IPG Kampus Ipoh 2021 - 2025

 



30 April 2021 - Penyerahan keputusan Pertandingan Video Pendek Buku Pelan Strategi IPG Kampus Ipoh 2021 - 2025 oleh Ketua Unit Perpustakaan, En. Mohammad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor kepada En. Mubin bin Md Nor penganjur bersama dari Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Ipoh.
Tunggukan keputusan rasmi dari kami tidak lama lagi. Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang sangat berbakat dalam menghasilkan video bertemakan buku ini.
Nantikan pertandingan seterusnya tidak lama lagi.

28 Apr 2021

Tahniah Pn. Norhani Bebe bt Alta Miah dan Terima Kasih En. Chew Chin Chong

 



28 April 2021 - Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) berbesar hati menyampaikan hadiah Pertandingan Mencipta Puisi Tulang Buku kepada Pn. Norhani Bebe bt. Alta Miah (pensyarah). Tahniah Pn. Norhani Bebe πŸ‘πŸ‘πŸŽŠπŸŽŠ
Selain itu, Pn. Sabariah juga menerima sumbangan 2 naskhah Majalah Minyuan penerbitan Unit Pengajian Cina, IPG Kampus Ipoh. Terima kasih En. Chew Chin Chong.

27 Apr 2021

Sumbangan Buku 2021 : Terima Kasih Ayu Mawaddah bt Abdul Waled @Suhaimi

 


27 April 2021 - Terima kasih kepada Ayu Mawaddah binti Abdul Waled@Suhaimi dari Unit R8 diatas sumbangan buku-buku beliau. Di harapkan buku-buku ini akan memberi manafaat kepada pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

22 Apr 2021

Keputusan Pertandingan Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Anjuran Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

 


22 April 2021. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan, para pensyarah, staf sokongan, guru pelatih dan warga maya yang menyertai Program Jom Baca 10 Minit. Pertandingan diadakan dalam pemilihan gambar-gambar berdasarkan kategori yang ditetapkan. Di bawah ini disertakan keputusan pertandingan tersebut. Keputusan adalah muktamad. Tahniah kepada semua yang menyertai program yang dianjurkan oleh Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
🎁 Kategori Pensyarah :
🎁 Kategori Staf IPG KI
🎁 Kategori Pelajar IPG KI
1. Nareshistic (IG)
2. Sha_Indran_ari (IG)
3. Min Min (FB)
🎁 Kategori Rakan Maya FB Perpustakaan
2. Pn. Murni Kuai
🎁Kategori Guru Cakna Jom Baca 2021
🎁Kategori Paling Kreatif Jom Baca 2021
🎁Kategori Jabatan Holistic Jom Baca 2021
Jabatan Bahasa - Pn. Suraya Harun
Penyertaan Jom Baca 2021Penyertaan Jom Baca 2021


#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#Perpustakaanipgikampusipoh
#perpustakaanipgki
#ipgkampusipoh
#Malaysiamembaca
#jombacabersama10minit2021
#bacafikiramal
#Jombacaipgki2021
#libraryipgki
#perpustakaannegaramalaysia
#Bangsamembacabangsaberjaya

20 Apr 2021

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Semua warga IPG Kampus Ipoh dan warga Maya Perpustakaan IPGKI seluruh Malaysia.. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Walau apa pun yang anda lakukan berhenti sejenak dan Jom Baca Bersama secara serentak iaitu:

 1️⃣ Pada *22 April 2021* tepat pukul 11.00 pagi (Khamis)
2️⃣ Di mana-mana anda berada. 
3️⃣Klik like / tanda suka pada paparan poster Jom Baca 10 Minit di media sosial Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh 
4️⃣Muat naik gambar anda membaca bersama buku/e-buku/bahan bacaan yang lain di FB/IG/TWITTER/FLICK/TIKTOK ke media sosial sendiri. 
5️⃣Tagged media sosial Perpustakaan Ipg Kampus ipoh bersama kapsyen yang menarik. 
6️⃣Letakan tanda pagar 
#jombacaipgki2021
#libraryipgki

πŸ“Έ Tarikh tutup : 22 April 2021 *Jam 4.00petang* πŸ“Έ

Adakah gambar anda yang kami cari? 

Gambar & *kapsyen menarik* melalui undian *Like terbanyak* akan menerima hadiah misteri daripada Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. 

4 kategori hadiah :
🎁 Pensyarah IPGKI
🎁 Pelajar IPGKI
🎁 Staf IPGKI
🎁 Pelayar Maya FB Perpustakaan Ipgki

Jom sertai kami!! 

#malaysiamembaca
#bangsamembacabangsaberjaya
#jombacabersama10minit2021
#bacafikiramal
#libraryipgki
#jombacaipgki2021

16 Apr 2021

Mesyuarat Jawatankuasa EKSA Zon Ebony Bil. 1/2021

 


16 April 2021 - Tahniah kepada Unit Perpustakaan terutama kepada Ketua Pusat Sumber kerana telah melaksanakan mesyuarat pertama bagi Zon Ebony.

Zon ini merupakan zon terbesar meliputi Unit Latihan dan Perkhidmatan, Dewan Seri Tanjung, Pondok Jaga dan Surau PIAH. Semoga semua ahli dapat bersatu untuk menjayakan EKSA.

13 Apr 2021

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1442H



 13 April 2021 / 1 Ramadan 1442H

Silap tinta menjadi noda

Salah sedikit pun jadi dosa

Bulan berkat kini tiba

Rebutlah masa jadikan pahala yang berganda


Marhaban ya Ramadan ..selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat.


#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#Perpustakaanipgikampusipoh

#perpustakaanipgki

#ipgkampusipoh

#membacavaksinminda

#ramadan1442h 

12 Apr 2021

Bimbingan dan Pemantauan Sebagai Persediaan Audit Sistem Pengurusan Pendidikan Organisasi ISO 21001:2018 (EOMS) di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

12 April 2021- En. Azizam bin Nordin dan Cik Noor Azli binti Ghazali telah membuat  Bimbingan dan Pemantauan Sebagai Persediaan Audit Sistem Pengurusan Pendidikan Organisasi  ISO 21001:2018 (EOMS) di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. 

Alhamdulillah, tahniah En. Mohamad Nurul Azmi bin Ahmad Nor (Ketua Unit Perpustakaan), Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan Pn. Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan) telah memberi pendokumentasian dengan baik. 

Terima kasih En. Azizam dan Cik Noor Azli atas pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan  akan datang.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#membacavaksinminda
#auditsistempengurusanpendidikanorganisasieoms

9 Apr 2021

Perbincangan Program Jom Baca 2021 Kolaborasi Bersama Perpustakaan Desa Batu 8, Ulu Kinta

 


9 April 2021 - Alhamdulillah selesai capai kata sepakat dalam membincangkan program yang akan dilaksanakan. Terima kasih Pn. Masmiza bt Salleh (Perpustakaan Desa Batu 8) yang memberi idea dan kerjasama. Moga apa yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar πŸ₯°πŸ₯°

Tahniah Diatas Kenaikan Pangkat Pensyarah dan Pelantikan Perwakilan Pelajar Sesi 2021 - 2022

 


9 April - 2021 - Sempena Majlis Penerimaan Watikah Perlantikan Perwakilan Pelajar bagi sesi 2021-2022 dan Ihya Ramadan, Unit Perpustakaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua di atas kenaikan pangkat dan pelantikan menjadi perwakilan pelajar. Tahniah En. Hasnul Adli bin Ishak dipilih menjadi Yang DiPertua Jabatan Perwakilan Pelajar bagi sesi 2021-2022.


Selamat menyambut bulan Ramadhan yang tidak lama lagi menjelang tiba. πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

2 Apr 2021

Pemeriksaan Pelaksanaan EKSA di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

 


2 April 2021 - Timbalan Pengarah dan Setiausaha Induk Jawatankusa EKSA IPG Kampus Ipoh telah mengadakan pemeriksaan EKSA yang menjadi amalan di Unit Perpustakaan.
Untuk makluman, Ketua Unit Perpustakaan adalah Ketua Zon Ebony dan merupakan kawasan jagaan EKSA paling luas meliputi bangunan blok Perpustakaan, ULP, Dewan Seri Tanjung, Pondok Jaga dan juga di Surau PIAH.
Syabas diucapkan kepada semua ahli kumpulan Zon Ebony kerana berjaya melaksanakan EKSA dengan baik. Semoga menjadi budaya dan amalan bersama.

Penyampaian Hadiah : Pertandingan Foto Hari Kebangsaan

 



2 April 2021 - Tahniah kepada Pn.
Nisya Mazlan
dan Pn.
Mastura Karimuddin
kerana berjaya dalam Pertandingan Foto Kebangsaan anjuran Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.
Terima kasih kerana sentiasa menyokong setiap aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak perpustakaan.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Teka Bilangan Muka Surat Buku

 


2 April 2021 - Tahniah kepada Cik Noor Azli (Kategori Staf) dan Puan Yip Yoong Peng (Kategori Pensyarah & Pegawai Pengurusan) kerana berjaya dalam Pertandingan Teka Bilangan Muka Surat Buku anjuran Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Terima kasih kerana sentiasa menyokong setiap aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak perpustakaan.

#leadingfuturemodelteacher 
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgikampusipoh
#perpustakaanipgki 
#IPGKampusIpoh
#membacavaksinminda 
#upustaka 
#perpustakaannegaramalaysia

1 Apr 2021

Pemberian Kurma Daripada En. Ng Swee Huat : Terima Kasih

1 April 2021 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh amat berbesar hati menerima pemberian kurma sempena menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi oleh En. Ng Swee Huat dari Pensyarah di Unit Pengajian Bahasa Cina . Semoga ikatan ukhuwah berbilang bangsa di institusi ini akan berkekalan dan tetap utuh.


Terima kasih dan semoga dimurahkan rezeki selalu.