Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

29 May 2015

Pengumuman - Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Sempena Minggu Peperiksaan

Bersempena dengan minggu peperiksaan yang berlangsung dalam bulan ini, pihak perpustakaan IPGKI telah melanjutkan waktu perkhidmatan dari 8.15 PAGI sehingga 8.00 malam setiap hari  (kecuali hari AHAD) yang bermula pada tarikh hari ini iaitu 11 MEI 2015 sehingga tamatnya minggu peperiksaan iaitu pada 29 MEI 2015.
Perpustakaan juga akan dibuka pada hari Sabtu dan akan beroperasi dari pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari sahaja.



*Nota: Jadual waktu perkhidmatan ini hanya beroperasi pada tarikh berkenaan sahaja.

18 May 2015

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025




"Pelan Pembangunan Pendidikan merupakan hasil daripada analisis yang mendalam, temu bual, kumpulan fokus, kaji selidik dan penyelidikan yang dijalankan dengan bantuan pakar Malaysia dan antarabangsa, pegawai Kementerian, guru, pengetua dan guru besar serta ibu bapa di seluruh negara. Di samping itu, melalui Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalankan antara April hingga Julai 2012, hampir 12,000 orang awam pelbagai lapisan dan pihak berkepentingan telah dilibatkan untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan (Ekshibit 1-2). Pelan Pembangunan Pendidikan pada asasnya merangkumi pelan tindakan dan intervensi utama transformasi keseluruhan sistem pendidikan."

(Petikan diambil daripada: Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan awal pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.)

Anda boleh dapatkan bahan ini secara fizikal di dalam Bilik Rujukan Perpustakaan IPGKI dan penggunaannya adalah terhad. Selain dari itu, anda juga boleh dapatkan bahan ini dengan cara memuat turun di pautan yang disediakan di bawah.

Pangkalan Data National Geographic - Pamplet


Menyediakan maklumat ringkas mengenai Pangkalan Data National Geographic yang telah dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Maklumat ini boleh didapati dengan memuat turun di pautan berikut: Pangkalan Data National Geographic.pdf

Pangkalan Data The World Almanac For Kids - Pamplet



The World Almanac for Kids menyediakan sumber-sumber rujukan yang berguna untuk kanak-kanak, khususnya bagi para pelajar di sekolah rendah.

Bahan ini mengandungi panduan pengguna mengenai The World Almanac For Kids dan ianya boleh di muat turun di pautan berikut: The World Almanac For Kids.pdf

Pangkalan Data Encyclopedia Britannica Online (EBO) - Pamplet



Pamplet ini memberi penerangan ringkas dan panduan buat pengguna mengenai pangkalan data Encyclopedia Britannica Online (EBO).
Encyclopædia Britannica Online (Library Edition) menyediakan perkhidmatan bagi mengakses kandungan keseluruhan Ensaiklopedia Britannica secara dalam talian, kaya dengan pelbagai sumber ilmu terkini, relevan serta sahih yang boleh anda gunakan untuk menyokong pendidikan dan pembelajaran.
Akses kepada pangkalan data ini hanya boleh dicapai menerusi portal sumber elektronik PNM: http://www.pnmdigital.gov.my/ .

Bahan ini boleh dimuat turun di pautan berikut: Pangkalan Data Encyclopedia Britannica Online (EBO). pdf

Perkhidmatan PNM ELib - Pamplet

Perkhidmatan PNM ELib merupakan Perkhidmatan Peminjaman e-Buku, khas untuk anda oleh Perpustakaan Negara Malaysia, dengan kerjasama Samsung Malaysia dan e-Sentral. Menerusi portal PNM ELib ini, anda boleh meminjam dan membaca e-Buku yang disediakan, secara dalam talian untuk tempoh selama 7 hari. Perkhidmatan ini boleh diakses melalui laman sesawang : http://pnm.elib.com.my/.





 Pamplet ini mengandungi maklumat yang ringkas mengenai Penggunaan Perkhidmatan PNM ELib. Antaranya ialah:
  • Panduan Pendaftaran Keahlian PNM ELib
  • Panduan Pinjaman E-Buku PNM ELib
  • Panduan Membaca E-Buku di PNM ELib
Pamplet ini boleh dimuat turun di pautan Google Drive berikut: Perkhidmatan PNM ELib.pdf

Perkhidmatan Portal Sumber Elektronik PNM - Pamplet



Pamplet ini memaparkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Portal Sumber Elektronik PNM (PNM Digital) kepada pengguna - penguna yang berjaya mendaftar sebagai ahli.
Antara sumber - sumber digital yang disediakan adalah:
  • Koleksi Buku Nadir
  • Manuskrip Melayu
  • e - suratkhabar
  • e - majalah
  • e - terbitan kerajaan
  • e - jurnal
  • Artikel surat khabar
  • Artikel jurnal
  • Kertas persidangan
  • Terbitan PNM
  • Koleksi peribadi
  • Portal/ Laman web
Pamplet ini boleh dimuat turun di pautan berikut: Perkhidmatan Portal Sumber Elektronik PNM.pdf


Literasi Maklumat & Media PNM - Pamplet




Memaparkan maklumat dan penerangan ringkas mengenai PNM Digital. Antaranya ialah:
  • Pengenalan Portal Sumber Elektronik PNM
  • Panduan Pendaftaran Keahlian PNM Digital.
Pamplet tersebut boleh dimuat turun pada pautan berikut: Literasi Maklumat & Media PNM Digital.pdf