Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

21 Feb 2017

Terima Kasih Pn. Zalilah Bt. Mohamad Sulaiman


Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Zalilah Bt Mohamad Sulaiman (Jabatan Hal Ehwal Pelajar) kerana sudi mempamerkan bahan bacaan beliau di Perpustakaan. Semoga pameran yang dilaksanakan memberi faedah dan manfaat kepada pengunjung perpustakaan. Terima kasih Pn. Zalilah

Pameran Koleksi Bahan Bacaan Dr. Wong Kiet Wah


Sepanjang minggu ini iaitu 20 - 24 Februari 2017, Dr. Wong Kiet Wah akan mempamerkan koleksi bahan bacaan beliau di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Diharapkan para pensyarah dan guru pelatih mengambil kesempatan ini untuk membuat rujukan dan bacaan tambahan.

17 Feb 2017

Proses Awalan Penerimaan Buku di Perpustakaan


Memproses buku yang baharu dibeli amat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku. Proses awalan ini di lakukan oleh En. Manogran a/l Suppiah (Pembantu Operasi N11). Kelihatan En. Manogran sedang memberi tunjuk ajar kepada Pn. Mardziah Bt Abdul Ghaffar (Pembantu Operasi N11) yang baharu ditukarkan ke Unit Perpustakaan.

Mesyuarat Kali Ke-2 Program Bicara Buku Bersama Perpustakaan Desa Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 3

Pada 15 Februari 2017, Dr. Mohd. Nazri Bin Zainuddin, En. S. Ahmad Suhaimi Bin S. Mohd Said dan En. R. David telah menghadiri Mesyuarat Kali Ke-2 Program Bicara Buku Bersama Perpustakaan Desa Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 3, Manjoi, Ipoh. Mesyuarat ini turut di hadiri oleh Tuan Haji Zainoldin (Ketua JKKK), Tuan Haji Razali (mantan Timbalan IPG Kampus Ipoh) dan Penyelia Perpustakaan kawasan Manjoi. Kata sepakat telah dicapai iaitu program tersebut akan diadakan pada 1 April 2017. Semoga apa yang dirancang berjaya dilaksanakan.

Menziarahi En. Zainal Abidin bin Sulaiman (Pensyarah Unit Ko-Kurikulum)



Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang diwakili oleh Dr. Mohd. Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) En. S. Ahmad Suhaimi bin S. Mohd Said dan En. R. David telah menziarahi En. Zainal Abidin bin Sulaiman di Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 3, Manjoi, Ipoh. Beliau kurang sihat dan dijangka akan menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 23/02/2017. Kami dari Unit Perpustakaan mendoakan semoga beliau kembali sihat dan segala urusan dipermudahkan.

Program Peningkatan Akademik Siri 4


Unit Perpustakaan dan Rakan Kelab Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Program Peningkatan Akademik Siri 4 pada 11 Februari 2017. Program ini menerima sambutan yang sangat baik dalam kalangan penduduk setempat. Unit Perpustakaan merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menjayakan program ini, khususnya En. S. Ahmad Suhaimi (Penolong Ketua Unit Perpustakaan II), pegawai dan staf Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8 dan Rakan Kelab Perpustakaan.

7 Feb 2017

Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Bil. 1/2017


Pada 6 Februari 2017 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Bil. 1/2017 bertempat di Bilik Diskusi, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin. Seramai 16 orang ahli jawatankuasa yang hadir dalam mesyuarat ini. Di antara anda mesyuarat tersebut ialah perancangan aktiviti tahun 2017 dan bidang tugas ahli jawatankuasa perpustakaan. Aktiviti-aktiviti yang di rancang termasuklah Program Bicara Buku, Program Menceriakan Perpustakaan, Lawatan ke Universiti Tunku Abdul Rahman dan Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah. Semoga apa yang dibancangkan dan di rancang aktiviti tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. 


Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah



Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Hayati bt Mat Desa (Jabatan HEP) di atas kesudian mempamerkan koleksi bahan bacaan peribadi beliau di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Di antara koleksi tersebut merangkumi bidang kesusteraan Melayu, pendidikan, novel bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, memoir, sejarah dan sains sosial. Semoga jasa baik beliau dapat memberi faedah dan manafaat kepada pengunjung perpustakaan. Terima kasih Pn. Hayati.

6 Feb 2017

Program Peningkatan Akademik Siri 3

Pada 4 Februari 2017, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Rakan Kelab Perpustakaan telah mengadakan Program Peningkatan Akademik Siri 3 di Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta. Seramai 8 orang Rakan Kelab Perpustakaan telah melibatkan diri dalam program ini. Malahan seramai 40 orang anak-anak kampung di sekitar kawasan tersebut menyertai program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang KBAT, Pembelajaran Abad Ke-21 dan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan.



Perbincangan Peringkat Akhir Program Bicara Buku


Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) dan En. S. Ahmad Suhaimi Bin S. Mohd. Said telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Pn. Masmiza Bt Salleh (Penyelia Perpustakaan Desa Zon 9, Perak). Tujuan pertemuan ini adalah untuk membincangkan di peringkat akhir berkaitan Program Bicara Buku yang akan diadakan di Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta pada 25 Februari 2017. Program tersebut di jangka bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Skop perbincangan merangkumi sijil peserta dan pembentang, pengacara majlis, atur cara, jemputan VIP, audiens, kemudahan laptop, peruntukan, persiapan tempat dan makan minum peserta. Perbincangan berjalan lancar dan diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insyah Allah.

Majlis Pertukaran CikNoor Azliana Bt Mohd Jaapar (Pembantu Pustakawan S19)



Pada 3 Februari 2017, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan "Majlis Pertukaran" Cik Noor Azliana Bt Mohd Jaapar yang merupakan Pembantu Pustakawan IPG Kampus Ipoh. Beliau bertukar ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak di SUK. Beliau bertugas di sini selama 9 tahun. Tempat beliau digantikan oleh Pn. Nasimah Binti Abdul Jal. Unit Perpustakaan merakamkan jutaan terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan beliau yang menyumbang tenaga, wang ringgit dan idea demi memantapkan lagi Unit Perpustakaan. Beliau merupakan seorang yang komited, gigih dan kreatif semasa menjalankan tugas. Semoga beliau semakin maju di tempat baharu. Selamat bertugas.




2 Feb 2017

Lawatan Kerja Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perak ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

Pada 19 Januari 2017, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menerima kedatangan Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perak iaitu Hj. Mohammad Nazari Bin Hj Abdul Hamid berserta pegawainya iaitu Pn. Wirda Hanim. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan program kerjasama Bicara Buku dan Modul Pembelajaran B. Inggeris. Kata sepakat telah dicapai iaitu program Bicara Buku akan diadakan pada 6 Mei 2017 dan Modul Pembelajaran B. Inggeris bermula pada bulan Mac 2017. Semoga kerjasama ini dapat memperkukuhkan ikatan dan ukhwah dalam kalangan staf dan pegawai pengurusan kedua-dua pihak.






1 Feb 2017

Aktiviti Menceriakan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

Pada 27 Januari 2017, staf perpustakaan telah mengadakan aktiviti menceriakan perpustakaan. Aktiviti ini melibatkan semua staf pengurusan, pegawai perpustakaan dan pembantu operasi. Antara aktiviti tersebut ialah menampal gambar-gambar menarik di pintu hadapan perpustakaan, menceriakan bilik Penolong-penolong Ketua Unit Perpustakaan iaitu En. Rosli Bin Ngah dan En. S. Ahmad Suhaimi bin. S. Mohd Said. Meja-meja staf juga diceriakan dengan kain yang menarik. Aktiviti ini dibantu oleh Pn. Roslinda iaitu isteri En. Rosli.


sli.

Selamat Datang Pn. Nasimah Bt Abdul Jal





Unit Perpustakaan mengucapkan selamat datang kepada Pn. Nasimah Bt Abdul Jal yang menggantikan Cik Noor Azliana Bt Mohd Jaapar. Beliau mula melaporkan diri ke sini pada 23 Januari 2017. Beliau sebelum ini bertugas di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak. Semoga kehadiran beliau di sini dapat memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Selamat Datang dan Selamat Bertugas dengan penuh dedikasi.