Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

31 Mar 2022

Ucapan Selamat Hari Ulangtahun u-Pustaka yang Ke-11


31 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berasa bangga apabila terpilih untuk memberi ucapan sempena hari ulangtahun u-Pustaka yang ke-11. 
Unit Perpustakaan mendedikasikan ucapan tersebut dalam pautan ini 

Selamat Ulangtahun u-Pustaka yang ke-11. ❤️❤️


#upustaka
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#perpustakaannegaramalaysia

Pelaksanaan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IPG Kampus Ipoh di Unit Perpustakaan

31 Mac 2022 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan telah di audit berikutan pelaksanaan audit dalaman keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh  Jawatankuasa Kecil Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IPG Kampus Ipoh. Terima kasih Pn. Rafizah bt Mohamed Salleh diatas pandangan positif yang diberikan sebagai panduan penambahbaikan untuk akan datang.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

28 Mar 2022

Sumbangan Kurma Sempena Ramadan 1443H

 


28 Mac 2022 - Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan kurma daripada Unit Pengajian Cina yang diwakili oleh En. Ng Swee Huat dan Cik Lam Seiw Tai sempena meraikan kedatangan bulan Ramadan.

Terima kasih En. Ng dan Cik Lam πŸ₯°

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#unitpengajiancinaipgki

25 Mar 2022

Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 2/2022

25 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil.2/2022 dan dipengerusikan oleh Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan). Mesyuarat tersebut diadakan di Bilik Diskusi, Unit Perpustakaan. Dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan. Semoga semua yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

'Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki

Sumbangan Tesis 2022: Terima Kasih Dr. Mohd Hafidz bin Osman

 


25 Mac 2022 - Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Mohd Hafidz Bin Osman diatas sumbangan tesis kepada Unit Perpustakaan untuk dijadikan bahan rujukan. Tesis beliau berjudul 'Kesan Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian Terhadap Tekanan, Kebimbngan dan Daya Tindak Kerohanian Dalam Kalangan Guru Pelatih'.


Terima kasih Dr. Hafidz.

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


24 Mar 2022

Sumbangan Buku/ Terbitan Bersiri 2022: Tahniah dan Terima Kasih Kepada Pelajar Unit V10 dan V11

 


24 Mac 2022 - Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar TESL Unit V10 dan V11 kerana berjaya menerbitkan sebuah buku yang berjudul 'A REENACTMENT OF PLAYS'  di bawah bimbingan Dr. Kanakambal a/p Velusamy dan Dr. Kee Li Li . Terima kasih diatas sumbangan buku tersebut kepada Unit Perpustakaan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki

23 Mar 2022

Bengkel Menulis dan Menerbit : Penghasilan Karya Peserta

 


23 Mac 2022 - Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan para peserta dalam Bengkel Menulis Dan Menerbit baru-baru ini.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada En. Shamsuddin bin Abu Bakar (penceramah) dan fasilitator terlibat yang telah berjaya menjentik minda peserta untuk mula menulis. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada semua peserta berjaya memecah kepompong bakat yang terpendam dengan membuat penghasilan karya untuk dinilai dan diterbitkan oleh Unit Perpustakaan.

Diharap program ini dapat terus mencapai matlamat dan berjaya memberikan pertambahan info dan input kepada semua.

Jom Menulis dan Menerbit bersama Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#bengkelmenulisdanmenerbit
#perpustakaanipgki

Bengkel Menulis dan Menerbit

 

21-22 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan telah menganjurkan Bengkel Menulis dan Menerbit dengan jayanya. Bengkel ini diadakan di Dewan Seri Melati dan Mini Teater. Alhamdulillah, bengkel ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh.
Melalui bengkel ini, En. Shamsuddin bin Abu Bakar, Ketua Jabatan Pengajian Melayu sebagai penceramah telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada semua pensyarah yang menghadiri bengkel. Beliau turut dibantu oleh Tn. Haji Abdul Rani bin Hassan dan Pn. Norhani Bebe bt Alta Miah.
Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan setinggi penghargaan kepada peserta kerana berjaya menghadiri bengkel ini sehingga dapat menghasilkan karya. Beliau juga turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menganjurkan bengkel ini.








18 Mar 2022

Hebahan : Bengkel Menulis & Menerbit

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan IPGKI akan mengadakan bengkel seperti ketetapan berikut :

πŸ—“️ Tarikh : 21 & 22 Mac 2022
⏰ Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
🌏 Tempat : Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh

🎀 Penceramah :
1. En. Shamsudin bin Abu Bakar. 
Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu, IPGKI 

2. Tn. Hj. Abdul Rani bin Hassan
Pensyarah Cemerlang, Jabatan Pengajian Melayu, IPGKI 

3. Pn. Norhani bebe binti Alta Miah
Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI. 

πŸŽ€ Perasmi :
En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman. 
Timbalan Pengarah, IPGKI. 

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa" 

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

14 Mar 2022

Bengkel Literasi Media & Maklumat : Bersama Unit W14 dan W15

14 Mac 2022 - Alhamdulillah dan tahniah kepada Pn. Sharmila bt Siron (Pembantu Pustakawan Kanan) kerana telah menyampaikan promosi penggunaan u-Pustaka dengan baik dalam Bengkel Literasi Media & Maklumat Bersama Unit W14 dan Unit W15 yang diadakan secara dalam talian. Beliau juga berkongsi penggunaan e-Perpustakaan. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh juga merakamkan setinggi penghargaan kepada Tuan Haji Mohd Nizam bin Mohd Tejeri  selaku mentor. Diharapkan  semua perkongsian ini memberi manafaat kepada semua pelajar.

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki


9 Mar 2022

Selamat Datang : Cik Nursyahirah bt Mohamed Fesal

9 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengalu-alukan kedatangan Cik Nursyahirah bt Mohamed Fesal, pelajar latihan industri  dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau. Pihak Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berbesar hati berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Kepustakawanan. Semoga kedua-dua pihak mendapat manafaat bersama.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#pelajarlatihanindustri
#uitm

Pameran Bertema Jabatan/Unit 2022 : Bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)

9 Mac 2022 - Pameran Bertema Jabatan/Unit 2022 minggu ini diserikan oleh pameran dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) yang bertemakan 'Memori Konvokesyen '.

Sebagai info; sehingga tahun 2019, Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia dijalankan secara berpusat di IPGM dan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Unit Peperiksaan dan Penilaian kampus masing-masing. Bermula tahun 2020, Majlis Konvokesyen telah diuruskan hampir sepenuhnya oleh IPGM dengan kerjasama Unit Peperiksaan dan Penilaian setiap kampus. Oleh kerana pandemik Covid-19 yang melanda dunia, kini Majlis Konvokesyen IPGM juga telah berubah 'wajah'. Suatu ketika dahulu, Majlis Konvokesyen juga pernah dijalankan di Kampus Ipoh sendiri. Pameran ini membawa para pengunjung untuk merasai suasana Majlis Konvokesyen IPGM yang pernah dijalankan di beberapa lokasi terkemuka seperti PICC dan MAEPS termasuklah di Dewan IPG Kampus Ipoh yang tersergam indah. Jubah milik IPGKI, gambar-gambar dan cenderahati semasa majlis tersebut menggamit memori yang indah dan diharapkan dapat menjadi pembakar semangat kepada semua bakal guru di IPGKI untuk menamatkan pengajian dengan jayanya dan melalui detik bersejarah masing-masing suatu hari nanti.

Kredit : Pn. Nisya Aqeela bt Mazlan, JHEP

Tahniah JHEP, pameran ini berjaya menerbitkan rasa bangga dengan kejayaan Majlis Konvokesyen IPGM yang pernah diuruskan oleh IPG Kampus Ipoh.

Jom ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#pameranbertema

8 Mar 2022

Hebahan : Sisipan Akhbar Tempatan Bertarikh 8 Mac 2022

8 Mac 2022 - Sisipan Akhbar Tempatan hari ini. Dapatkan akhbar penuh hari ini di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh ataupun dalam u-Pustaka

Layari : 




#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#kitajagakita
#perpustakaanipgki
#sisipanakhbarperpustakaanipgki2021
#makeadifference
#papercutting

7 Mar 2022

Hebahan : Penggunaan Sistem Daftar Masuk Ke Perpustakaan


7 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah membuat penambahbaikan Sistem Daftar Masuk Ke Perpustakaan. Oleh itu, semua warga IPG Kampus Ipoh  hendaklah diwajibkan mematuhi  Sistem Daftar Masuk yang telah disediakan setiap kali memasuki Perpustakaan.

⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩

Langkah 1 : ⏩ Pengunjung hendaklah mengisi  maklumat dengan lengkap dalam Sistem Daftar Masuk Ke Perpustakaan terlebih dahulu.
Langkah 2 : ⏩ Pengunjung hendaklah mengambil 1 tag nombor bilangan pengunjung. Pengunjung TIDAK DIBENARKAN berkongsi tag nombor.

Langkah 3 : ⏩ Pengunjung hendaklah meletakkan tag nombor di tempat yang sediakan (berhampiran kaunter ) sebelum meninggalkan Perpustakaan.

⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩⏩

Diharapkan, semua pengunjung memberi kerjasama sepenuhnya demi kesejahteraan bersama.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki

Sumbangan Buku / Terbitan Bersiri 2022 : Terima Kasih En. Muhamad Firdaus bin Mohamad


7 Mac 2022 - Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh) berbesar hati menerima sumbangan buku daripada En. Muhamad Firdaus bin Mohamad, Pensyarah IPG Kampus Ipoh. Beliau menyumbangkan buku berjudul Computer Networking : A Top-Down Approach. Terima kasih En. Firdaus diatas sumbangan buku ini.

4 Mar 2022

Anugerah Webmaster Aktif 2021 : Tahniah Pn. Nasimah bt Abdul Jal


4 Mac 2022 - Tahniah diucapkan kepada Pn. Nasimah bt Abdul Jal kerana telah menerima Anugerah Webmaster Aktif 2021. Anugerah tersebut disampaikan oleh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh semasa Perhimpunan Organisasi Bulan Mac 2022 dan Majlis Santunan Budi yang telah diadakan di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berasa bangga dan gembira diatas pencapaian ini. Semoga anugerah ini menjadi inspirasi untuk pencapaian yang lebih baik.


#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki

2 Mar 2022

Top Borrower Februari 2022 : Cik Catherine Lau Xiao Ying

2 Mac 2022 - Tahniah diucapkan kepada Cik Catherine Lau Xiao Ying, pelajar Unit T10 IPG Kampus Ipoh kerana terpilih menjadi Top Borrower bagi bulan Februari 2022 πŸ‘πŸ‘πŸ‘

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#topborrower

Selamat Datang : Cik Nur Atikah bt Ishak Pelajar Latihan Industri (LI)


2 Mac 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengalu-alukan kedatangan Cik Nur Atikah bt Ishak, pelajar latihan industri  dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau. Pihak Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berbesar hati berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Kepustakawanan. Semoga kedua-dua pihak mendapat manafaat bersama.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#pelajarlatihanindustri
#uitm

1 Mar 2022

Hebahan : Jemputan Menyertai Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2022

 


Jemputan Menyertai Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2022
ANDA....
Pustakawan?
Kurator?
Pegawai Arkib?
Guru Perpustakaan dan Media?
Berkerja di galeri?
Berkerja di muzium?
Berkerja di arkib?
Jika jawapannya YA...Jom sertai Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia pada 25-27 Mei 2022 anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)
Jika berminat ..anda bolehlah menghantar kertas dan maklumat lanjut ke alamat email kertas.ptpm@gmail.com




Hebahan : Pertandingan Puisi Tulang Buku

 


Kami bawakan kembali Pertandingan Puisi Tulang Buku untuk anda sertai & menang!


Puisi Tulang Buku ialah puisi yang dicipta dengan menggunakan judul dari tulang buku untuk baris puisi.

Pilih 6 judul @ lebih berdasarkan judul pada tulang buku. Ayuh, cuba hasilkan Puisi Tulang Buku dengan menggunakan judul-judul buku yang diberikan :
1. Restu
2. Bumi Harapan
3. Halal dan haram
4. Selaut cita merentang
5. Nota kasih
6. Impianku ke menara gading
7. Menongkah gelombang pendidikan
8. Cahaya cinta
9. Mutiara tasbih
10. Jejak ke puncak

πŸ“§ Hantarkan hasil karya anda di link ini : https://docs.google.com/.../1FAIpQLSfLSfBlaId.../viewform...

πŸ“Syarat penyertaan sila klik link ini : https://drive.google.com/.../10hCcfY4RhTtitgzUn7m.../view...

πŸ‘¨πŸ»‍🏫 Bimbingan mencipta puisi berdasarkan judul tulang buku anda boleh klik link ini : https://www.youtube.com/watch?v=GzGJ2mlOj90
Kredit : En. Shamsuddin bin Abu Bakar (Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu)
Tarikh tutup pertandingan pada 14 Mac 2022.

Pertandingan terbuka kepada semua.

Pemenang akan diadili mengikut 4 kategori :
🎁 Pensyarah
🎁 Pelajar IPGKI
🎁 Staf IPGKI
🎁 Pelayar Maya FB

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Urusetia : nazariah@ipgmipoh.edu.my

Selamat mencuba!

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#Perpustakaanipgikampusipoh
#perpustakaannegaramalaysia
#upustaka
#puisitulangbuku2022