Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

26 Dec 2019

Lawatan Penandaarasan ke Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands dan Agrotechnology Park MARDI


26 Disember 2019. Unit Perpustakaan yang diketuai oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin telah mengadakan lawatan kerja ke Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands. Pn. Sabariah binti Khairuddin (Pustakawan), staf perpustakaan, Pegawai Teknologi Maklumat dan staf pentadbiran IPG Kampus Ipoh juga turut serta dalam lawatan ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat kemudahan yang disediakan dan aktiviti/program yang dilaksanakan untuk menarik minat pengunjung ke perpustakaan. Selepas itu, lawatan diteruskan ke Agrotechnology Park MARDI. Pelbagai maklumat diperoleh daripada lawatan ini bagi memantapkan perkhidmatan perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

14 Dec 2019

Bengkel Asas Penulisan Kreatif


14 Disember 2019 - Tiga orang pensyarah IPG Kampus Ipoh telah terlibat menjayakan Bengkel Asas Penulisan Kreatif di Pusat Latihan Pertanian Lekir, Sitiawan. Mereka ialah Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, Pn. Norehan bt Muhamad dan Pn. Hayati bt Mat Desa. Turut membantu melancarkan bengkel ini ialah Pn. Sabariah bt Khairuddin (pustakawan) dan Nurain bt Abu Abas (guru pelatih Unit T7). Bengkel ini berlangsung dari 14-15 Disember 2019. Perasmian penutupan disempurnakan oleh YB Yahaya bin Mat Nor (ADUN Pasir Panjang). Bengkel ini disertai oleh warga penduduk sekitar Lekir. Mereka didedahkan tentang sajak, cerpen dan novel. Semoga bengkel ini dapat melahirkan para penulis yang hebat dan kreatif.

6 Dec 2019

Lawatan ke Win Kraf, Sayong, Kuala Kangsar


5.12.2019 - Selepas lawatan Penandaarasan ke Perpustakaan Raja Ashman Shah USAS, rombongan ini turut melawat Win Kraf, salah satu tempat pembuatan labu sayong di Kuala Kangsar. Peserta lawatan diberi penerangan mengenai langkah-langkah pembuatan labu sayong yang berkualiti. Peserta lawatan juga diberi peluang merasai sendiri pengalaman membuat labu sayong. Tahniah Pn. Sabariah Bt Khairuddin berjaya membuat labu sayong

5 Dec 2019

Lawatan Penandaarasan ke Perpustakaan Raja Ashman Shah, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar


Pada 5.12.2019, Unit Perpustakaanipgki telah mengadakan Lawatan Penandaarasan ke Perpustakaan Raja Ashman Shah, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar. Lawatan ini diketuai oleh Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber). Seramai 7 orang Pegawai dan kakitangan IPG Kampus Ipoh (Unit Perpustakaan dan Unit ICT) yang menyertai lawatan ini. Rombongan ini disambut baik oleh En. Nor Fadzil bin Shoib (Ketua Pustakawan) . Banyak tips pengurusan perpustakaan dan perkhidmatan yang dikongsikan oleh pihak USAS dalam usaha menambahbaik perkhidmatan dan dekorasi Perpustakaan sejajar dengan peredaran masa kini.
Terima kasih Perpustakaan Raja Ashman Shah USAS atas layanan baik sepanjang lawatan ini.

4 Dec 2019

Bengkel Perolehan dan Penulisan Manuskrip 2019


4 Disember 2019. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah berkolaborasi dengan DBP Wilayah Utara menganjurkan Bengkel Perolehan dan Penulisan Manuskrip dari 3-4/12/2019 di Mini Teater IPG Kampus Ipoh. Seramai 20 orang peserta terdiri daripada staf dan pensyarah IPG Kampus Ipoh, staf Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8 Ulu Kinta, ahli Persatuan Karyawan Perak dan pensyarah Kolej Poly-Tech Mara Ipoh. Semoga bengkel ini dapat memberi idea dan motivasi kepada para perserta untuk menghasilkan buku yang berkualiti.
Sertai kami pada 5.3.2020 untuk Bengkel Tulis dan Terbit!