Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

26 Jul 2019

Sumbangan Tesis 2019 : Dr. Ravikumar a/l Kavaratharaj


Pada 26 Julai 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menerima sumbangan tesis daripada pensyarah iaitu Dr. Ravikumar a/l Kavaratharaj. Tesis beliau bertajuk Autonomi Guru Dan Amalan Pentaksiran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Di Sekolah Kluster. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin mengucapkan terima kasih kepada beliau. Diharapkan sumbangan tesis beliau ini dapat membantu guru pelatih atau pengunjung Perpustakaan sebagai sumber rujukan dalam menyiapkan tugasan.

Terima kasih Dr. Ravikumar

Sumbangan Buku Prosiding ICETD 2019


Pada 26 Julai 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menerima sumbangan buku prosiding ICETD 2019 daripada En. Roslan bin Saari (Ketua Jabatan Matematik) dan Dr. Ravikumar.
Semoga sumbangan buku ini dapat dimanfaatkan oleh warga IPG Kampus Ipoh dan pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

Thank you sir πŸŒ·πŸŒ·

25 Jul 2019

e-Buletin ICETD 2019

 

Kini anda hanya scan QR code Buletin ICETD 2019.


23 Jul 2019

Sumbangan Buku 2019 : Dr. Haji Zabidin Ismail


Pada 22 Julai 2019, Unit Perpustakaan IPGKI telah dikunjungi oleh Dr. Hj.Zabidin Ismail, Presiden Persatuan Karyawan Perak. Beliau di sambut mesra oleh Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaanipgki). Dalam kunjungan ini, beliau menyumbangkan 3 buah buku terbitan Persatuan Karyawan Perak yang berjudul Dikotomi Pemikiran (Pengarang : Zabidin Haji Ismail) , Puigrafi : Kumpulan Puisi Biografi (Pengarang : Zabidin Haji Ismail) dan Salju Sarajevo : Sajak-sajak Kembara Dunia (Pengarang : M Zaki Arif).

Terima kasih Dr. Haji Zabidin atas sumbangan buku-buku ini.🌷🌷🌷

Conference on Education and Teacher Development (ICETD) 2019

#Day 1 - ICETD2019

Pada 23 Julai 2019 International Conference on Education and Teacher Development (ICETD) telah di adakan di Dewan CCC1 Hotel Casuarina @Meru , Ipoh. Ucaptama 1 ialah Prof.Stephen Dobson (Global Opportunities and Challenges : Development Early Career Teacher)


Terdapat booth pameran di luar dewan. Antaranya ialah Globe Dream Ride Anita Yusuf IPGKI, SMK Bandar Baru Putera, SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Pasca Siswazah USAS Kuala Kangsar, Pendidikan Islam dan Tokoh Guru Agama Perak, USAS, Inovasi dan KIK IPGKI, Guru Futuristik Malaysia IPGM, Urban Farming KV (Pertanian) Teluk Intan , Kesinambungan Smart Jawi BDN dalam PAK 21, JPN dan Mybiorobotics Kit PPD Kuala Kangsar & USM. Berikut rakaman lensa sekitar hari pertama persidangan tersebut.

Gambar lain : DAY 1 - ICETD 2019

Live fb : Live ICETD 2019

22 Jul 2019

Menonton Siaran Langsung Selamat Pagi Malaysia @TV1


Pada 22 Julai 2019 - Gambar : suasana pagi di Perpustakaan IPGKI menantikan siaran langsung Selamat Pagi Malaysia @TV1 slot Penyelidikan Guru Bertaraf Global - Sempena ICETD 2019 yang menampilkan Dr. Mohd Nasruddin bin Basar (Timbalan Rektor, Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPGM) dan Dr. Yahya bin Osman (Pengarah IPG Kampus Ipoh).

Gambar lain : Menonton Siaran Langung SPM @TV1

19 Jul 2019

Program Bicara Buku Siri 3/2019


Pada 19 Julai 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Program Bicara Buku Siri 3/2019 bersama Pn.Sellina Liew. Program ini diadakan di Ruang Bacaan Perpustakaan. Seramai 36 orang guru pelatih dri unit T8 dan U8. Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) merakamkan ucapan penghargaan kepada guru pelatih yang hadir. Turut hadir pensyarah Pn. Nor'Azah bt Abdul Aziz.

Gambar lain : Program Bicara Buku Siri 3/2019

18 Jul 2019

Program #malaysiamembaca Sempena Pesta buku IPG


Moh warga IPG Kampus Ipoh menyertai Program #malaysiamembaca yang dianjurkan oleh Perpustakaan IPGM Cyberjaya yang akan diadakan di IPGK Pulau Pinang sempena Pesta Buku IPG. Sijil disediakan oleh pihak penganjur. Sila imbas pautan pantas yang disediakan di atas poster ini untuk penyertaan peringkat kebangsaan. Jangan lupa temu janji kita di sana pada 27 Ogos - 29 Ogos 2019 di IPGK Pulau Pinang.. Sama-sama kita meriahkan Pesta Buku IPG 2019

Program Bicara Buku Siri 3/2019


Di jemput semua warga IPG Kampus Ipoh ke aktiviti kami.

17 Jul 2019

Seminar Klik, Share & Viral




Pada 17 Julai 2019. Bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh telah diadakan Seminar Klik, Share & Viral yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Perak dengan kerjasama IPG Kampus Ipoh. Seminar ini telah dihadiri oleh pelbagai jabatan dari sekitar Ipoh; di antaranya Mahkamah Syariah Ipoh, IPG Kampus Ipoh (pensyarah, staf sokongan dan guru pelatih), Kementerian Dalam Negeri, Politeknik Ungku Omar, Kolej Komuniti Sungai Siput, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Institut Latihan Perindustrian.

Seminar ini terbahagi kepada dua slot. Slot pertama disampaikan  oleh Ustaz Ahmad Munawir bin Salahudin (Jabatan Agama Islam Perak) yang bertajuk "Fitnah: Media Baharu". Manakala slot kedua pula oleh Ustaz Mohd Faizal bin Mohd Akhir (Jabatan Agama Islam Perak) yang bertajuk "Gara-gara Obses Media Sosial". Seminar ini telah dirasmikan oleh Datuk Mohd Yusof bin Husin (Pengarah Jabatan Agama Islam Perak). 



Selamat Datang Ke Perpustakaan IPGKI 2019 : Pn. Norlaina Mohd Razi


17 Julai 2019 jam 8.15 pagi Unit Perpustakaan amat berbesar hati menerima kunjungan Pustakawan Politeknik Ungku Omar Ipoh, Pn Norlaina Mohd Razi. Terima kasih atas kunjungan ini semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan bersama. Nantikan kunjungan balas kami di sana ya.

16 Jul 2019

Mesyuarat Buletin ICETD 2019


16 Julai 2019 - jam 3.00 petang Unit Perpustakaan telah mengadakan Mesyuarat Buletin ICETD 2019 bersama-sama Sidang Redaksi Buletin yang telah dilantik. Pihak Perpustakaan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama padu yang diberikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin, Tn. Hj. Mohd Taufik , Pn Hjh Nor Aziah, Pn. Nor `Azah Aziz dan Pn. Sabariah Khairuddin bersama pelatih yang terlibat Cik Nurul Atiqah, Cik Arina, Nur Fatin Izyani. Semoga perjalanan menjayakan Buletin ICETD peringkat antarabangsa ini berjalan dengan lancar

15 Jul 2019

Kunjungan Timbalan Pengarah IPGKI Ke Unit Perpustakaan IPGKI


Pada 15 Julai 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh menerima kunjungan Tuan Mohd. Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Beliau di iringi oleh En.Shaddin bin Sabri (KUKP) dan En. Abu Kassim bin Ali Musa (Pensyarah JTP). Beliau di sambut oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan). Beliau melawat ke Kaunter Pinjaman & Pemulangan, Sudut Kanak-Kanak, Bilik Rujukan, Bilik Red Spot, Bilik Diskusi, rak Koleksi Terbitan IPG Kampus Ipoh dan Sudut Pameran KIK. Di samping itu, Dr. Mohd. Nazri bin Zainuddin memperkenalkan Pegawai dan kakitangan Unit Perpustakaan. Terima kasih tuan atas kesudian tuan mengunjungi Unit Perpustakaan.
Selamat datang tuan dan selamat bertugas di IPG Kampus Ipoh.

13 Jul 2019

Program 'Fun Learning' di bawah 'Highly Immersive Programme' : SK Wira Jaya


Pada 13 Julai 2019 , dengan kerjasama Unit Perpustakaan dan Unit Pengajian Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa IPG Kampus Ipoh telah berkolaborasi bersama SK Wira Jaya,Ipoh mengadakan Program 'Fun Learning' di bawah 'Highly Immersive Programme'. Program ini di rasmikan oleh Pn.Suraya bt Harun, Ketua Jabatan Bahasa, IPG Kampus Ipoh. Program ini melibatkan guru pelatih Unit T7 (TESL) seramai 18 orang di bawah bimbingan Pn. Nor'Azah bt Abdul Aziz , dan 54 orang murid-murid SK Wira Jaya. Sebanyak 6 aktiviti yang di jayakan sepanjang program ini.
Terima kasih kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaanipgki) Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan Pn.Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan), Pn.Nazariah Mat Mizar, Pn.Astofah bt Anuas dan Pn. Siti Hajar bt Ibrahim dalam membantu membuat persiapan dalam memastikan program ini berjalan dengan baik. Keseluruhannya program ini mencapai matlamat iaitu meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris secara 'Fun Learning' di kalangan murid sekolah rendah.
Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Fun Learning πŸŒ·πŸŒ·πŸŒ·πŸŒ·

9 Jul 2019

Promosi Maklumat Di Hujung Jari




Kini semua dihujung jari anda... Imbas pautan pantas ini untuk membantu anda mendapatkan maklumat sahih dan terkini. Jom scan!

Selamat Datang ke Organisasi Unit Perpustakaan IPGKI : Pn. Siti Hajar Bt Ibrahim


Pada 9.7.2019- Pn.Siti Hajar Bt Ibrahim telah melapor diri di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh sebagai Pembantu Operasi. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) sangat mengalu-alukan kehadiran kakitangan di Unit Perpustakaan bagi memantapkan perkhidmatan Perpustakaan. Terdahulu, Pn.Siti Hajar Bt Ibrahim bertugas di Unit Pentadbiran ,IPG Kampus Ipoh sebelum beliau bercuti Tanpa Gaji selama 5 tahun . Diharapkan Pn.Siti Hajar dapat bertugas dengan gembira dan membantu mengukuhkan team Perpustakaan.

Selamat datang ke Perpustakaan dan selamat kembali bertugas Pn.Siti Hajar

Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan Kepada Guru Pelatih PDPP Beijing


Pada 9.7.2019 -  Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) telah menyampaikan Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kepada 25 orang guru pelatih PDPP Beijing. Beliau di bantu oleh Pn.Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) En.David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan Kanan) ,Pn.Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan) dan Pn.Nazariah bt Mat Mizar. Diharapkan sesi ini dapat membantu guru pelatih dalam mendapatkan bahan rujukan di Perpustakaan. 
Selamat datang ke IPG Kampus Ipoh πŸŒ·πŸŒ· 

4 Jul 2019

Penglibatan Tugas Di Luar IPGKI 2019





Pada 4 Julai 2019, Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan Ipgki) telah bertugas sebagai hakim Pertandingan Puisi dan Lagu Peringkat Kinta Utara yang di adakan di SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Congrats Dr. Nazri Zainuddin πŸŒ·πŸŒ·

3 Jul 2019

Taklimat Ringkas Penggunaan WebOPAC Kepada Guru Pelatih Unit V12

Pada 3.7.2019 - atas permintaan pensyarah Unit Pengajian Bahasa Melayu iaitu Pn.Hayati bt Mat Desa, En. David a/l Rayappan memberi taklimat ringkas kepada 26 orang guru pelatih Unit V12 mengenai penggunaan WebOPAC di Perpustakaan. Selain daripada memudahkan pencarian buku di rak, web ini juga membantu pengguna menyemak rekod peminjaman.

2 Jul 2019

Taklimat Ringkas Literasi Maklumat Kepada Guru Pelatih Bimbingan & Kaunseling


Pada 2 Julai 2019, En.David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan Kanan) telah berkongsi pengetahuan literasi maklumat kepada 7 orang guru pelatih Bimbingan Kaunseling. Beliau memberi tunjuk ajar penggunaan WebOPAC di Perpustakaan bagi memudahkan pencarian buku di rak.  Beliau di bantu oleh Pn.Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan). Di harapkan perkongsian ini dapat dimanafaatkan oleh guru pelatih.

Sumbangan Buku 2019 : Terima kasih Pn. Flory Juliana Fernandez


Pada 2 Julai 2019, Pn.Flory Juliana Fernandez (bekas Pensyarah IPGKI) telah memberi sumbangan buku-buku beliau kepada Unit Perpustakaan. Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) berbesar hati menerima sumbangan buku ini. Thank you madam πŸŒ·πŸŒ·

1 Jul 2019

Peraduan 'iloveIPGKIlibrary" sempena Hari Raya Aidil Fitri 2019 & Majlis Sejambak Budi


Pada 23 Mei 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan peraduan 'iloveIPGKIlibrary' sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Bagi tujuan tersebut, Unit Perpustakaan telah membina photo booth yang bertemakan Aidil Fitri. Peraduan ini diadakan di media sosial Facebook dan terbuka kepada semua warga IPG Kampus Ipoh kecuali Pegawai dan kakitangan Perpustakaan. iloveIPGKIlibrary2019

Pada 26 Jun 2019, pemenang peraduan ini telah diumumkan semasa sambutan Aidil Fitri 2019 Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Majlis ini di rasmikan oleh En. Shaddin bin Sabri (KUKP IPGKI) . Pemenang bagi Peraduan Bergambar di Photobooth Aidil Fitri#IloveIPGKIlibrary bagi kategori Pensyarah ialah Dr.Saidah bt Haris, Dr.Mohd.Yusri bin Bakir, Pn. Selina Liew dan Dr. Baskaran a/l Kannan. Manakala pemenang bagi kategori kumpulan sokongan ialah Pn.Taslimah bt Sairi dan Pn. Hjh Salmah bt Yazid. Manakala bagi kategori guru pelatih pula ialah Cik Alice Wong.

Tahniah kepada semua pemenang. 




Disamping sambutan Aidil Fitri ini, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh juga telah mengadakan Majlis Sejambak Budi bagi menghargai jasa dan komitmen Pn. Hayati Bt Mat Desa (mantan Penolong Ketua Unit Perpustakaan I )  dan Pn. Nor'Azah Binti Abdul Aziz (mantan Penolong Ketua Unit Perpustakaan II) sepanjang bertugas di Unit Perpustakaan ini.


Gambar Aidil fitri dan Majlis Sejambak Budi Aidil Fitri 2019 & Majlis Sejambak Budi