Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

PAUTAN

28 Apr 2015

Kibarkan bendera negeri Perak sempena Hari Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berbesar hati turut serta mengibarkan bendera negeri Perak di sekitar kawasan koridor perpustakaan bagi menyambut seruan kerajaan negeri Perak sempena dengan Hari Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah sebagai Sultan Perak XXXV pada 6 Mei 2015 nanti.
Arahan kibarkan bendera negeri Perak ini bermula pada 25 April 2015 sehingga 31 Mei 2015.




 


 Informasi Tambahan:

Maksud disebalik warna dan jalur bendera negeri Perak


Bendera Negeri Perak mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam yang kelebarannya adalah sama.
Berikut adalah makna dan simbolik warna-warna dan jalur bendera negeri Perak:
  • Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
  • Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
  • Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan


27 Apr 2015

Sambutan Program "Jom Baca Bersama Selama 10 Minit" (Let's Read Together for 10 Minutes)

Pada 23 April yang lalu, satu Program "Jom Baca Bersama Selama 10 Minit" (Let's Read Together for 10 Minutes) telah dijalankan di Perpustakaan IPGKI serta dikawasan sekitar IPGKI dimana ianya dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia.
Sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh warga IPGKI untuk menjayakan program ini sungguh memuaskan. Pelbagai aksi dan gaya membaca dapat dirakamkan sepanjang program ini berlangsung di IPG Kampus Ipoh ini. Terima Kasih diucapkan kerana menyertai program ini.


Suasana di dalam dan di sekitar Perpustakaan IPGKI

Sambutan yang amat menggalakkan dari para pelajar IPGKI
Ketua Unit Perpustakaan, En. Azhar turut sama menyertai program ini bersama-sama dengan para pelajar.
Tengah buat assignment dan discussion pun boleh berhenti sebentar dan turut serta menyertai program.
Di bilik IT, baca suratkhabar atas talian.
Di celahan rak buku pun boleh.

Para pensyarah membaca suratkhabar di sudut akhbar
Di meja karel pun boleh juga, yang penting baca.
Di bilik Redspot.
Staf bertugas di kaunter sirkulasi turut sama menyertai
Auntie pun mau baca suratkhabar juga.. katanya.
Staf Koperasi yang bertugas di bahagian fotostat di dalam perpustakaan turut sama baca surat khabar.

Di Luar Perpustakaan

Di sudut bacaan di hadapan luar perpustakaan
Santai... Bawah pokok pun boleh baca..

Pejabat HEP IPGKI

Pihak HEP pun turut sama menyahut seruan membaca selama 10 minit.

Kaunter Khidmat Pelanggan

Seronok nye baca tu.. sebab tu sampai tersenyum tu.

Perkhidmatan Akhbar Atas Talian (Online Newspaper)

Bermula 1 April yang lalu, pihak perpustakaan telah mengambil satu inisiatif dengan mewujudkan dan memperkenalkan Sudut Bacaan Akhbar Atas Talian yang terletak di dalam Bilik IT sebagai langkah untuk menggalakkan budaya membaca dengan menggunakan pelbagai sumber seperti membaca akhbar atas talian (Online Newspaper).
Dua buah komputer telah disediakan khas untuk Akhbar Atas Talian Bahasa Melayu (BHOnline, Harian Metro, Utusan Online, Kosmo! Online) dan juga Akhbar Atas Talian Bahasa Inggeris (News Strait Times Online dan The Star).

Beberapa orang pelajar menggunakan sudut bacaan suratkhabar atas talian


Naiktaraf Perisian Terbaru dan Monitor Baru di Bilik IT.

23 Mac 2015 yang lalu, pihak perpustakaan telah menukarkan kesemua skrin monitor dan operasi sistem yang lama di dalam bilik IT kepada yang baru. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai perisian terbaru yang digunakan untuk perkhidmatan bilik IT di Perpustakaan IPG Ipoh:

Monitor: ASUS VS197
Skrin Resolusi: 1366x786
Sistem Operasi: Window 8.1 Pro 
(copyright 2013 Microsoft Corporation)
Processor: Intel(R) Pentium(R) CPU G2030 @ 3.00GHz
RAM: 4Gb
Maklumat mengenai perisian komputer yang baru
Sistem Operasi Window 8.1 terpapar pada permukaan skrin komputer ASUS VS197

Walaubagaimana pun, buat masa ini hanya 3 buah komputer sahaja yang boleh digunakan iaitu komputer ICT 1, ICT 2, dan ICT 3.
ICT4, ICT5 dan ICT6 masih belum boleh digunakan lagi dan dalam proses untuk dinaiktarafkan sistem dari sistem yang lama kepada Window 8.1.

Diharap para pengguna dapat memberi kerjasama kepada perpustakaan atas kesulitan kerana kerja - kerja menaiktaraf komputer di bilik IT.

24 Apr 2015

Tahukah Anda??? Perpustakaan Pertama di Dunia Yang Mempunyai Pawagam 6D.

Tahukah Anda???

Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor merupakan perpustakaan pertama di dunia yang dilengkapi dengan sistem pawagam 6D. Perkara ini telah pun dicatatkan di dalam  "The Malaysia Book of Records", Edisi Kesembilan 2014.

Sebuah bilik khas dibina khusus untuk pawagam 6D dimana anda boleh merasai pelbagai deria 6D ketika menggunakan bilik ini. Anda juga akan dapat menikmati suasana pengalaman pembelajaran yang amat menyeronokkan dan ianya dapat memberi kelainan serta merangsang kepekaan terhadap deria anda. Pawagam ini juga dilengkapi dengan sistem pembesar suara khas yang dapat memberikan deria rasa yang lebih realistik. Kesan 3D dan pergerakan turut digunakan bagi membolehkan anda menikmati pengalaman seperti haba, sejuk dan angin bertiup ke wajah anda selama 5 minit.

Perpustakaan ini diuruskan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin pada 10 September 2012.

(Sumber asal daripada: The Malaysia Book of Records.(9th ed.).(2014).Kuala Lumpur, Malaysia: Malaysia Book of Records Sdn Bhd.)



(Gambar sumber daripada Portal Rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor: Teater XD/6D. (2014). Retrived 2015, April 24 from: http://www.ppas.gov.my/index.php/perkhidmatan/6d)

 

22 Apr 2015

Promo!!! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Promo!!!
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 kini kembali menemui anda bertempat di PWTC bermula pada 24 April 2015 sehingga 3 Mei 2015. Jualan pesta buku akan bermula dari pukul 10.00pagi sehingga 7.00malam (setiap hari Isnin dan Khamis sahaja) manakala pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, jualan akan bermula pada 10.00pagi sehingga 9.00malam.
Pembelian menggunakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) diterima di sini.
Anda semua dijemput datang beramai-ramai ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015.
Pas masuk adalah PERCUMA!!!


21 Apr 2015

Jom Baca Bersama 10 Minit (Let's Read Together for 10 Minutes)

Bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, program Jom Baca Bersama 10 Minit (Let's Read Together for 10 Minutes) akan diadakan serentak di seluruh Malaysia.
Program ini merupakan inisiatif yang diadakan setiap tahun bagi memupuk masyarakat Malaysia dalam minat membaca. 

Untuk program kali ini, Perpustakaan Negara Malaysia dan kesemua Perpustakaan Awam Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan program ini secara serentak pada hari, tarikh, dan waktu yang sama iaitu pada 23 April 2015 (Khamis), jam 10.00 pagi sehingga 10.10 pagi.

Konsep dan pilihan program ini diilhamkan daripada sambutan Earth Hour dimana semua peserta di kehendaki bersama-sama berhenti sebentar (tanpa mengira apa jua aktiviti atau pekerjaan yang sedang dilakukan) dan membaca apa jua bahan bacaan selama 10 minit secara serentak.

Oleh itu, kami pihak perpustakaan IPG Kampus Ipoh berminat untuk turut serta menyahut seruan program ini dengan menggalakkan warga IPG Kampus Ipoh menyertai dan beramai-ramai membaca selama 10 minit di Perpustakaan IPGKI dan dalam sekitar kampus IPG Ipoh.

Diharapkan dengan perlaksanaan program ini dapat memupuk minat membaca di kalangan warga IPG Kampus Ipoh dan juga seluruh masyarakat di Malaysia.

Berikut adalah butiran program tersebut:


Tarikh: 23 April 2015
Hari: Khamis
Masa: 10.00 pagi - 10.10 pagi
Tempat: Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dan dalam sekitar IPG Kampus Ipoh




Kedatangan anda ke Perpustakaan IPGKI adalah amat kami nanti-nantikan. Marilah sama - sama kita menjayakan program ini.

Program Karnival Galakan Membaca (27 - 28 Mac 2015)

Kira - kira hampir sebulan yang lalu, pihak Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah berjaya menganjurkan program "Karnival Galakan Membaca" selama dua hari iaitu pada 27 Mac 2015 (Jumaat) sehingga 28 Mac 2015 (Sabtu) dengan kerjasama dari Unit ICT IPG Kampus Ipoh bertempat di Dewan Seri Budiman.
5 buah syarikat pembekal buku yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut adalah:
  • PGN Media Services Sdn Bhd.
  • Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Pustaka M.Didik
  • Cahaya Yassin
  • Koperasi USM
Turut disediakan adalah Kaunter PNM Digital dimana para pelajar boleh MENDAFTAR SECARA PERCUMA keahlian sebagai pengguna portal PNM. Para pelajar adalah amat digalakkan menggunakan Portal Sumber Elektronik PNM yang menyediakan pelbagai sumber maklumat terutamanya dapat membantu para pelajar dalam menyelesaikan tugasan kuliah.

Sambutan terhadap program ini amat menggalakkan dengan kehadiran daripada para pensyarah, pelajar - pelajar dan seluruh warga IPG Kampus Ipoh.

Ribuan terima kasih diucapkan dari pihak kami, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh atas kerjasama yang diberikan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Hari Pertama Karnival Galakan Membaca

Booth Dewan Bahasa dan Pustaka
Bersiap sedia menunggu ketibaan warga kampus IPG Ipoh
Booth PGN Media Services
Apa lah yang dilihatnya tu??
 Meriah booth ni.. ada ape yang menarik ye pada booth ni.. jeng.. jeng... jeng..
Ooo.. Baru tahu kenapa booth ni ramai orang.. rupa-rupanya ada demonstrasi pop-up book.. Menarik.

Di sekitar Booth Cahaya Yassin
Khusyuknya baca...
Agaknya apa la yang En.Zainal ni cakap ye.. Ceria sungguh.

Suasana di Sekitar Karnival pada hari pertama
Mari.. Mari... Warga Kampus IPGKI sudah datang...
Banyak sungguh buku.. tak tahu mana satu nak pilih.

Kaunter PNM Digital
Fokus sungguh abang-abang ni mendaftar keahlian PNM secara online.

Hari Kedua Karnival Galakan Membaca

Masuk hari kedua program karnival ini berlangsung, semakin ramai warga IPG Kampus yang hadir memeriahkan lagi suasana di tapak karnival.
Kaunter Baucer Buku BB1M turut disediakan bagi memudahkan para pelajar mengambil baucer buku mereka.

Suasana di Sekitar Karnival pada hari kedua




Kaunter Baucer Buku BB1M