Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

PAUTAN

13 Oct 2017

Program Malam Puisi Tiang Lampu


Pada 10 Oktober 2017, Unit Pusat Sumber telah mengadakan Program Malam Puisi Tiang Lampu yang diadakan di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Program itu dijalankan pada 8.30 mlm hingga 10.30 malam. Di antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah deklamasi puisi, nyanyian lagu puisi, pantun, nyanyian dalam bahasa Tamil dan diserikan oleh kumpulan keroncong yang dipimpin oleh En.Samsidan Hj. Mior Zahidi. Tujuan program ini adalah untuk mengasah bakat guru pelatih untuk berpuisi dan menyanyikan lagu puisi. Malahan, untuk memberi keberanian dan keyakinan kepada guru pelatih semasa berhadapan dengan orang ramai. Terima kasih kepada Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) dan Hj. Hamdan Bin Hj. Yaakub (Pengajian Melayu) yang memberi nasihat dan bimbingan dalam menjayakan program tersebut. Begitu juga kepada En. S. Ahmad Suhaimi Bin S. Mohd Said, En. Rosli Bin Ngah dan Rakan Kelab Pusat Sumber khususnya guru pelatih Unit T12 yang bertungkus-lumus membantu persiapan program ini dengan jayanya.

4 Oct 2017

Mesyuarat Pembangunan Dokumen Utama Transformasi IPG dan Kertas Cadangan Infrastruktur

Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin telah mewakili Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh untuk menghadiri Mesyuarat Pembangunan Dokumen Utama Transformasi IPG dan Kertas Cadangan Infrastruktur di Kinrara Resort,  Puchong , Selangor. Mesyuarat tersebut di adakan selama 3 hari iaitu pada 26 – 28 September 2017. Semoga apa yang dibincangkan dapat memberi impak yang positif kepada IPG Kampus Ipoh.


Program Khidmat Sosial di Perpustakaan Desa Taman Klebang Jaya



Pada 23 September 2017 seramai 11 orang Rakan Kelab Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah menyertai program khidmat sosial di Perpustakaan Desa Taman Klebang Jaya, Chemor. Program tersebut bermula jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang. Terima kasih kepada Puan Hayati , Tuan Haji Hamdan dan semua Rakan Kelab Pusat Sumber Ipgki yang menjayakan program ini.

3 Oct 2017

Aktiviti Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah ~ En. Ng Swee Huat


Pada 2 - 13 Oktober 2017 ini, En. Ng Swee Huat mempamerkan koleksi bahan bacaan beliau melalui Aktiviti Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah yang dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh . Buku-buku bacaan beliau kebanyakannya terbitan dalam bahasa Cina. Terdapat juga buku terbitan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Beliau mempamerkan buku pendidikan, pembelajaran, sosio-politik dan motivasi . Di harapkan pameran ini dapat memberi inspirasi kepada para pengunjung Unit Pusat Sumber Ipgki .