Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

30 Mar 2020

Tahniah Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin Ulasan Buku Antologi Anekdot : Suara Dari Lembah Lenggong Telah Disiarkan


Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) kerana artikel beliau terpilih disiarkan pada 21 Februari 2020 di dalam Facebook Komuniti Buku Karya Johor. Beliau mengulas buku yang berjudul Antologi Anekdot : Suara Dari Lembah Lenggong yang diselenggarakan oleh Pn. Ratna Laila Shahidin dan Rafidah Osman. Berikut adalah pautan ulasan penuh buku tersebut : Ulasan Buku Antologi Anekdot : Suara Dari Lembah Lenggong

26 Mar 2020

Program 'Read Me A Book' : Bahagian 1


Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan syabas dan  terima kasih kepada pensyarah, staff, pelajar dan sukarelawan IPG Kampus Ipoh atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan Program 'Read Me A Book' ini yang diadakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan .



1. En.Zainal Ariff bin Mat
2. Pn. Norehan bt Muhammad
3. En. Mohd Izhar bin Hj. Ahmad Zahari
4. Pn. Azizah bt Alias
5. Pn. Norbiha bt Jahya
6. Pn. Noordalila bt Isa
7. Cik Lew Xion Long
8. En. Hamdan Bin Hj Yaakub
9. Pn. Sitti Jahurah bt Abdul Hatta
10. Tn. Hj. Mohd Kamal bin Mat Yusof
11. En. Jason Yap Jia Yang
12. Dr. Harizon bt Suffian
13. Adik Nur Eryna Zafirah binti Rabain
14. En. Mohd. Nazri bin Saad
15. En. Muhammad Uzair bin Muhammad Zaini
16. Cik Shahida Annisa bt Mohd Suffian
17. Dr. Mohd. Hafidz bin Osman
18. Cik Nurul Farah Izzati bt Nordin
19. Cik Nurul Amirah bt Abdul Rahim
20. Cik Nur Fadhilah bt Ahmad Zaha
21. En. Khairul Hakimin Abdul Rahim


‘’READ ME A BOOK’’

#dekadmembacakebangsaan
 #readmeabook_yellowapron
 #aseanrokisreading_malaysia           
 #yellowapron_hastagchallenge
#perpustakaannegaramalaysia
 #perpustakaanipgkampusipoh
#HospitalSemporna

25 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020


Semua pengguna Perpustakaan IPGKI sila
ambil perhatian pengumuman terbaharu ini. Penangguhan perkhidmatan ini termasuklah perkhidmatan 'Renew Online' .

#perintahkawalanpergerakan
#stayathome

13 Mar 2020

Program “Read Me A Book” : Prasekolah Sri Mawar IPG Kampus Ipoh


Apron kuning dan bunting simbolik bg Program “Read Me A Book”  kini berada di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Terima kasih kepada Perpustakaan Negara Malaysia kerana memilih perpustakaan kami untuk menjayakan program ini. 

Kami amat mengalukan para sukarelawan yg ingin turut serta menyertai program ini bersama kami. Jom ke perpustakaan! 

Terima kasih dan tahniah kepada Cikgu Norzety binti Abdul Aziz, Pn. Ninie Shamshiaton dan 15 orang murid Prasekolah Seri Mawar IPG Kampus Ipoh yang telah menjayakan program pada hari ini 13 Mac 2020. 

#dekadmembacakebangsaan

‘’READ ME A BOOK’’
 #readmeabook_yellowapron
 #aseanrokisreading_malaysia           
 #yellowapron_hastagchallenge
#perpustakaannegaramalaysia
 #perpustakaanipgkampusipoh

Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih Pn. Norehan bt Muhamad


13 Mac 2020. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Norehan bt Muhamad kerana sudi menyumbangkan buku bertajuk "Petanda". Semoga para pengunjung dapat memanfaatkan sumbangan yang diberikan ini.

#dekadmembacakebangsaan

Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih Dr. Kanakambal a/p Velusamy


13 Mac 2020. Terima kasih kepada Dr. Kanakambal a/p Velusamy kerana sudi menyumbangkan buku beliau bertajuk "Creative Writing Alphabet Fables".  Semoga buku ini dapat memberi manfaat yang besar kepada para pengunjung perpustakaan.

#dekadmembacakebangsaan

10 Mar 2020

Kursus Suntingan Video Melalui Aplikasi Untuk Webmaster Jabatan, Unit dan JPP


10 Mac 2020 - Unit Pembangunan Latihan dengan kerjasama  Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web 2020 juga mengadakan Kursus Suntingan Video Melalui Aplikasi Untuk Webmaster Jabatan, Unit dan JPP. Perserta kursus ini di hadiri 20 orang webmaster Jabatan, Unit dan JPP bagi sesi 2020. Kursus ini diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak. Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan Pn. Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan) turut hadir selaku webmaster Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kreativiti dalam menjalankan tugas sebagai webmaster Unit Perpustakaan.

9 Mar 2020

Kursus Wordpress Untuk Pengurusan Laman Web


9 Mac 2020 (Isnin) - Unit Pembangunan Latihan dengan kerjasama  Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web 2020 telah mengadakan Kursus Wordpress Untuk Pengurusan Laman Web. Kursus ini di hadiri 20 orang webmaster Jabatan, Unit dan JPP bagi sesi 2020. Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan Pn. Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan) turut hadir selaku webmaster Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

5 Mar 2020

Bengkel Tulis dan Terbit


5 Mac 2020 (Khamis) - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh menganjurkan Bengkel Tulis dan Terbit. Bengkel ini di adakan di Mini Teater IPG Kampus Ipoh. Bengkel ini dirasmikan oleh En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman (Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh). Seramai 34 orang Pensyarah. Turut hadir Tn. Haji Nazari bin Abdul Hamid (Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak).

Sesi Pertama di isi oleh En. Hairi bin Yahya. Perkongsian beliau bertajuk ' Impian Aku Jadi Penulis Rencana'. Beliau berkongsi perjalanan usaha beliau menulis. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) kerana mempelawa beliau menyumbang artikel untuk menerbitkan Taman Berkarya yang menjadi medium untuk terus menulis.Sesi Kedua pula di isi oleh Dr. Zabidin bin Haji Ismail (Persatuan Karyawan Perak). Beliau juga berkongsi pengalaman beliau menulis dan usaha menerbitkan buku termasuklah mendapatkan ISBN.Sesi Ketiga pula di isi oleh En. Hamdan bin Haji Yaakub. Dalam sesi ini, beliau berkongsi pengalaman bagaimana beliau terjebak dalam bidang penulisan dan menerbitkan sendiri buku beliau.

Sebelah petang, En. Muhammad Norrudin bin Abdul Aziz mengisi sesi keempat. Beliau berkongsi tips menembusi penerbitan buku di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sesi Kelima,En. Faizal bin Sabikon dari Bookline Services. Dalam sesi ini ,beliau berkongsi formula pemasaran buku.
Alhamdulillah, Bengkel Tulis dan Terbit dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga perkongsian Penceramah dalam bidang penulisan, penerbitan dan pemasaran buku dapat membantu serta memberi inspirasi kepada semua Pensyarah untuk terus berkarya.
Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Tidak lupa ucapan tahniah kepada Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), Pn. Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan), Pn. Nazariah bt Mat Mizar, Pn. Asrofah bt Anuas dan En. Mustafa bin Isram atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan bengkel ini.
Tahniah

3 Mar 2020

Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih Puan Zalilah bt Mohd Sulaiman



3 Mac 2020 - Terima kasih diucapkan kepada Pn. Zalilah bt Mohd Sulaiman (mantan Pensyarah IPG Kampus Ipoh) dan Cik Nur Azah bt Ahmad (Pensyarah IPG Kampus Ipoh) atas sumbangan buku kepada Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang berjudul 'Warkah Untukmu Bonda'. Sumbangan ini diterima  oleh Pn. Nasimah Bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan) bagi mewakili Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber).

Dalam penerbitan buku ini turut memuatkan karya  Dr. Yahya Osman yang bertajuk 'Pisang Nangka Goreng Masakan Terakhir Bonda'. Manakala karya Cik Nur Azah bt Ahmad bertajuk 'Aku Rindu Pelukan Bonda' dan karya Pn. Norhani Bebe bertajuk 'Sanggup Bergadai Untuk Bantu Orang Lain' . Tahniah atas penerbitan karya  yang menjadi motivasi dan pendidikan keibubapaan untuk generasi sekarang.
Moh dapatkan perkhidmatan peminjaman buku ini di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh 😍😍😍