Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

25 Nov 2021

Penghargaan Kepada Pelajar : Bengkel Literasi Maklumat dan Media

 


25 November 2021 - Tahniah Saudari Nur Zatul Qistina binti Zawawi dan Nur Farah Batrisyia binti Yusof pelajar dari Unit X7 yang telah berjaya menjadi rakan sosial media kami di tempat pertama dan kedua terpantas semasa sesi Bengkel Literasi Maklumat dan Media bagi Unit X yang lalu.

Ujian Secara Dalam Talian di Perpustakaan

 



25 November 2021 - Seramai 24 pelajar dari Unit T telah menjalankan ujian secara dalam talian di dalam perpustakaan. 

Alhamdulillah sepanjang sesi ini berlangsung jaringan internet tidak mengalami sebarang gangguan, kerana perpustakaan dilengkapi jaringan unifi yang pantas. 

Tahniah kepada Unit ICT kerana menyediakan perkhidmatan ini. Semoga dapat membantu pengguna perpustakaan dalam mencari bahan dalam talian dengan mudah.

#membacavaksinminda

#upustaka

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

24 Nov 2021

Penghargaan Kepada Pelajar Bengkel Literasi Maklumat dan Media Bagi Unit X

 


24 November 2021 - Tahniah Saudari Ayreen Sofea, Farah Adilah, Airin dan Zila pelajar dari Unit X5 yang telah berjaya menjadi ahli u-Pustaka : u-Library di tempat pertama hingga ke empat dalam Bengkel Literasi Maklumat dan Media bagi Unit X yang telah dilaksanakan.


Terima kasih juga kepada saudari Hidayah, Azrysha, Fatin, Hazwany, Nurin dan Ain kerana sudi datang berkunjung ke perpustakaan selepas bengkel diadakan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pangkalan data yang ada. 


Diharap dapat membantu semua pelajar. 


#membacavaksinminda

#upustaka

23 Nov 2021

Lawatan Singkat Pengarah IPGKTHO, YBrs. Dr. Mashitah bt Mohammad Yusof A.M.N

 




INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT JOHOR (IPGKTHO)

23 November 2021 - YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof A.M.N, Pengarah IPGKTHO telah mengadakan lawatan singkat ke Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dan telah membuat penyerahan beberapa buah buku hasil tulisan beliau kepada YBrs. Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPGK Ipoh.


Turut serta dalam sesi penyerahan buku tersebut ialah Encik Mohd Nurul Azmi bin Ahmad Nor@Matnor, Ketua Perpustakaan IPGK Ipoh


Sumber berita : Fb Rasmi KPM


#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference



18 Nov 2021

Penerbitan Karya : Tahniah Pn. Sabariah bt Khairuddin

 



Tahniah Pn. Sabariah Khairuddin Saba Khairuddin πŸ‘πŸ‘πŸ‘ karya beliau berjudul "Insan Berjasa" telah dimuatkan didalam penerbitan buku Antologi Sajak Laksara Jiwa Kasih/editor Hamdan Haji Yaakub. Buku ini diterbitkan pada tahun 2021.
Buku ini turut memuatkan karya Dr. Saidah Harith , Pn. Norhani Bebe Hani Altamiah Dr. Rafizah, Pn. Rozita Omar dan En. Zaini Abd. Ghani
Tahniah πŸ‘πŸ‘πŸ₯³πŸŽ‰πŸŽŠ


17 Nov 2021

Pameran Maya : Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak


 SELAMAT DATANG KE

π—£π—”π— π—˜π—₯𝗔𝗑 𝗠𝗔𝗬𝗔 : SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN PERAK

Saksikan Pameran Maya di pautan ini https://youtu.be/zCUYzI4Lt7s

Bengkel Literasi Maklumat dan Media : Unit X13, X14, X15 dan X16

 


17 November 2021 - Tahniah kepada Guru Pelatih dan Mentor bagi Unit X13, X14, X15 dan X16 seramai 59 orang kerana telah berjaya menyertai Bengkel Literasi Maklumat anjuran Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh secara dalam talian.

Semoga perkongsian maklumat berkaitan pangkalan data dalam talian yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan IPGM dapat membantu dalam menyediakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Terima kasih kepada semua kakitangan Unit Perpustakaan yang sangat komited menjayakan bengkel ini. Tahniah semua!

15 Nov 2021

1 Hari 1 Buku : Puisi Kokurikulum - Kembara Alam Sekitar


 1 HARI : 1 BUKU

15 November 2021 - Petang ini #1hari1buku menampilkan buku yang baharu diterbitkan. Judul buku tersebut Puisi Kokurikulum : Kembara Alam Sekitar/ Dr. Hj. Noor Azmi bin Osman dan En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor Nurul Azmi Mat Nor

Dapatkan buku ini di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.. Jom baca.. πŸ€“

Anda ada buku menarik dari rak perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk dikongsi bersama? Hantarkan kepada kami melalui email perpustakaanipgki@gmail.com πŸ€—

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#Perpustakaanipgikampusipoh
#ipgkampusipoh
#1hari1buku
#reading 
See less

12 Nov 2021

Pelancaran Buku Puisi Kokurikulum Kembara Alam Sekitar : Tahniah Dr. Hj. Noor Azmi bin Osman dan En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor

12 November 2021 - Tahniah diucapkan kepada En. Mohamad Nurul Azmi Mat Nor Ketua Pusat Sumber IPGKI dan Dr. Hj. Noor Azmi bin Osman diatas pelancaran buku yang diadakan semasa Perhimpunan Bulan November 2021 IPG Kampus Ipoh.

Buku yang berjudul Puisi Kokurikulum: Kembara Alam Sekitar ini boleh didapatkan di Perpustakaan. Semoga penerbitan buku ini menjadi inspirasi semua warga kampus. Tahniah diucapkan.

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst

Tahniah En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor

12 November 2021 - Tahniah kepada Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh, En. Mohamad Nurul Azmi Mat Nor diatas kenaikan pangkat.

Majlis penyampaian kenaikan pangkat ini diadakan di Perhimpunan Organisasi Bulan November 2021 di Dewan Seri Tanjung IPG Kampus Ipoh secara langsung di pautan https://youtu.be/EY7LolqXbnI

Seluruh warga Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh amat berbangga atas kejayaan ini. 

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh

11 Nov 2021

Tahniah Saudara Iman Khalis Khairan bin Badrul Nizam, Unit X9

11 November 2021 - Tahniah Saudara Iman Khalis Khairan bin Badrul Nizam, pelajar Unit X9 yang telah berjaya menjadi ahli u-Pustaka : u-Library di tempat pertama dalam Bengkel Literasi Maklumat dan Media bagi Unit X yang telah dilaksanakan pada 10 November yang lalu.

Terima kasih kepada Ketua Pusat Sumber, En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor kerana sudi menyampaikan hadiah sumbangan Perpustakaan Negara Malaysia.

Nantikan bengkel seterusnya untuk Unit X13, X14, X15 dan X16 pada 17 November 2021 nanti. Untuk dapatkan hadiah menarik ini. 

#membacavaksinminda
#upustaka

10 Nov 2021

Bengkel Literasi Maklumat 2021 : Unit X9, X10, X11

10 November 2021 - Tahniah kepada Guru Pelatih Unit X9, X10, X11 dan X12 seramai 83 orang kerana telah berjaya menyertai Bengkel Literasi Maklumat anjuran Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh secara dalam talian. 

Semoga perkongsian maklumat berkaitan pangkalan data dalam talian yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan IPGM dapat membantu dalam menyediakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. 

Terima kasih kepada semua kakitangan Unit Perpustakaan yang sangat komited menjayakan bengkel ini. Tahniah semua! 

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
#pustaka2021

8 Nov 2021

Hebahan : Pameran Maya Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak

 


Nantikan Pameran Maya Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak πŸ₯°


5 Nov 2021

Selamat Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak

DIRGAHAYU TUANKU

Selamat Menyambut Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Semoga dirahmati dan diberkati Allah SWT.
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah daripada warga kerja Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

Daulat Tuanku πŸ₯°
#daulattuanku
#harikeputeraansultannegeriperak
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

3 Nov 2021

Selamat Hari Deepavali

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu khususnya warga IPG Kampus Ipoh walau di mana anda berada πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°
#staysafeandhealthy everyone

Selamat bercuti 😍 

#HappyDeepavali 
#leadingfuturemodelteacher 
#ipgkithefirst 
#makeadifference 
#librarylife

Menerima Cenderahati Daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

3 November 2021 - Terima kasih Puan Farahanum Syuhaili bt Ab Malek Zaki dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak kerana sudi menerima kunjungan kami untuk mengambil hadiah untuk peserta Bengkel Literasi Media dan Maklumat yang telah berlangsung pada 30 September 2021 yang lalu.

Cenderahati ini adalah sumbangan dari Perbadanan Perpustakaan Awam kepada peserta bengkel yang berjaya dalam kuiz yang telah dianjurkan.

Terima kasih sekali lagi.

#perpustakaanipgikampusipoh
#membacavaksinminda
#upustaka
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst

Persiapan Peperiksaan MUET di dalam perpustakaan.




Persiapan Peperiksaan MUET di dalam perpustakaan.

Untuk makluman pada 8 hingga 10 November 2021 Perpustakaan IPG Kampus Ipoh akan digunakan untuk pelajar yang akan mengambil Peperiksaan MUET. Pengguna perpustakaan diminta menggunakan ruang terhad di perpustakaan atau menggunakan perpustakaan maya sebagai platform lain untuk rujukan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.


#membacavaksinminda

#perpustakaanipgikampusipoh

#upustaka


2 Nov 2021

Kunjungan YBrs. Dr. Rosli bin Yacob, Timbalan Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)



2 November 2021 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berbesar hati menerima kunjungan YBrs. Dr. Rosli bin Yacob, Timbalan Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta YBrs. Dr. Yahya bin Osman Pengarah IPG Kampus Ipoh, En. Mohd Khadri Fadzil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit ke Unit Perpustakaan bagi memantau SOP yang telah dilaksanakan sempena Pengokperasian Semula Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh pada 9 November 2021.


Tahniah dan terima kasih kepada semua kakitangan serta Pelajar Latihan Industri Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang bekerjasama memastikan pelaksanaan pemantauan ini berjalan dengan lancar. 


#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

1 Nov 2021

Sumbangan Bahan Bacaan dan Cenderahati Daripada PNM

 

1 November 2021- Terima kasih kepada Perpustakaan Negara Malaysia kerana sudi menyumbangkan bahan bacaan dan cenderahati untuk program galakan membaca yang telah dan akan dianjurkan oleh Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. 


Semoga bahan ini bermanfaat untuk semua. 


#membacavaksinminda

#leadingfuturemodelteacher

#perpustakaanipgikampusipoh

e-Buletin UPIPGKI Bil. 3/2021

 


1 November 2021 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berjaya menerbitkan e-Buletin UPIPGKI Bil. 3/2021 dengan jayanya. En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor merakamkan ucapan tahniah kepada kakitangan Perpustakaan yang komited menerbitkan e-buletin ini. 

e-Buletin UPIPGKI Bil. 3 /2021