Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

24 Apr 2018

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2018




Pada hari ini 24 April 2018, program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah diadakan pada jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi serentak di seluruh negara. 


Diperingkat IPG Kampus Ipoh, program ini diawalkan pada jam 10.00 pagi hingga jam 10.10 pagi untuk tidak mengganggu jadual pembelajaran para siswa siswi institut ini. Seramai 97 orang yang turut serta dalam program ini , terdiri daripada siwa siswi, pensyarah dan kakitangan Institut. program ini juga diadakan di Prasekolah Seri Mawar IPG Kampus Ipoh. Syabas dan terima kasih atas sokongan semua yang hadir. Tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Membaca Bulanan 2018 bagi bulan Januari, Februari dan Mac. Hadiah dan sijil penghargaan disampaikan oleh Dr. Mohd Nazri Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh .

Unit Pusat Sumber mengucapkan jutaan terima kasih buat pensyarah En. S. Ahmad Suhaimi bin S.Mohd Said atas sumbangan minum pagi. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) atas sumbangan 'door gift'. Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh sangat berbesar hati dengan sambutan program ini. . Keseluruhannya, program ini berjalan dengan baik. Semoga program ini berjaya dapat memupuk sikap suka membaca walau dimana anda berada

#jombacabersamauntuk10minit
#ipgkampusipoh


Gambar lain : Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

18 Apr 2018

Sumbangan Buku Daripada En. Mohd Khiril Anuar bin Zulkurnaini

Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh meramkan jutaan terima kasih kepada En. Mohd Khiril Anuar bin Zulkurnaini (Pensyarah Jabatan Matematik) kerana sudi menyumbangkan 4 buah buku yang bertajuk Qualitative Inquiry & Research Design , The Literature Review, Strategic Curriculum Change dan Trends and Issues in Instructional Design and Technology.
Semoga sumbangan ini dapat memberi impak yang positif kepada para pengguna Pusat Sumber. Terima kasih, En. Mohd Khiril Anuar.

Anugerah Tokoh Membaca 2018 : Bagi Bulan Januari, Februari dan Mac

Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat penerima Anugerah Tokoh Membaca :


Info 2018 Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh

Berikut adalah Statistik Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh bagi tahun 2017.






12 Apr 2018

Program Penulis Muda

Alhamdulillah. Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah berjaya melaksanakan Program Penulis Muda dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara pada 11 April 2014 bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh pada pukul 2.30 ptg - 4.30 ptg. Penceramahnya ialah Pn. Khairul Anum bt Mohd Ali. Program ini mendapat sambutan yang luar biasa. Seramai 124 orang yang menghadiri program ini (termasuklah guru pelatih dan pensyarah). Intipati program ini ialah berkaitan dengan kaedah untuk menerbitkan karya yang telah dihasilkan oleh guru pelatih dan pensyarah. Dengan kata lain, guru pelatih dan pensyarah boleh menghantar karya-karya mereka ke pihak DBP untuk diterbitkan dalam majalah-majalah keluaran DBP seperti Dewan Siswa, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat dan sebagainya  sekiranya karya-karya itu bermutu. Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi impak yang positif kepada guru pelatih dan pensyarah yang hadir.

10 Apr 2018

Sumbangan "Proceeding The 2015 International Seminar on Education"

Unit Pusat Sumber merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd Razak bin Mohd Nordin kerana menyumbangkan buku prosiding yang bertajuk "Proceeding The 2015 International Seminar on Education" yang diadakan di Grage Horizon Hotel, Bengkulu, Indonesia pada 16-18 Januari 2015. Terima kasih Dr. Mohd Razak.

6 Apr 2018

Taman Berkarya Siri 2/2018


Alhamdulillah.. Taman Berkarya Siri 2/2018 telah diterbitkan dengan jayanya. Syabas dan terima kasih kepada warga IPG Kampus Ipoh yang telah menyumbangkan karya sendiri. Taman Berkarya Siri 2/2018 ini boleh di dapati di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.

2 Apr 2018

Program Syarahan Perdana: Sastera Perak Warisan Raja Chulan dan Raja Haji Yahya oleh Prof. Dr.Jelani Harun (USM)

Pada 1 April 2018, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber / Pensyarah Kesusasteraan Melayu) telah mengikuti  Program Syarahan Perdana: Sastera Perak Warisan Raja Chulandan Raja Haji Yahya yang disampaikan oleh Prof. Dr. Jelani Harun dari Universiti Sains Malaysia (USM). Program ini diadakan di Hotel Casuarina @ Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak anjuran Persatuan Karyawan Pk. Beliau juga sempat merakamkan gambar kenangan bersama Profesor Emeritus Dr. Bukhari Lubis yang turut serta dalam program tersebut.

Penglibatan Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dalam Program Majlis Makan Malam Sempena 25 Tahun Karyawan Pk



Unit Pusat Sumber berasa bangga dan bertuah kerana dapat memberi kerjasama dalam Program Majlis Makan Malam Sempena 25 Tahun Karyawan Pk yang diadakan pada 31 Mac 2018 di Hotel Casuarina @ Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak. Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan IPG Kampus Ipoh) dan 14 orang Rakan Pusat Sumber telah ditugaskan sebagai urusetia program termasuklah dalam urusan pendaftaran peserta, penjualan buku hasil terbitan Karyawan Pk dan pemberian cenderamata kepada perasmi. Syabas dan tahniah atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.

Hasil Penulisan dan Penerbitan Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin 2018

Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber / Pensyarah Kesusasteraan Melayu) kerana berjaya menghasilkan dan menerbitkan 3 buah buku pada tahun 2018 ini. Buku-buku tersebut ialah Kepimpinan dalam Karya Kesusasteraan Melayu, Puisi Tiang Lampu dan Bicara Karya Zabidin Hj  Ismail.

Pelantikan Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin Sebagai AJK Persatuan Karyawan Pk Sesi 2018 - 2020



Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit PusatSumber / Pensyarah Kesusasteraan Melayu) kerana dipilih menjadi AJK Persatuan Karyawan Pk bagi Sesi 2018-2020. Pemilihan AJK inidijalankan semasa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan yang diadakan di Hotel Casuarina @Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak. Unit Pusat Sumber berasa bangga di atas pelantikan ini dan secara tidak langsung menaikkan nama IPG Kampus Ipoh.

Dekorasi Rak Buku di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh


Pada 27 dan 28 Mac 2018, Puan Sabariah Khairuddin (Pustakawan) telah mendekorasi rak-rak buku di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Beliau dibantu oleh Pn. Nasimah Abdul Jal dan En. Mohd Taha bin Alang Othman.

Kelas Literasi Maklumat dan Media Siri 1 /2018

Pada 29 Mac 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Kelas Literasi Maklumat dan Media Siri 1. Kelas ini telah dihadiri oleh guru-guru pelatih Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Aktiviti Pameran Bahan Bacaan Koleksi Peribadi Pensyarah : Dr. Ooi Heang Beng

Sepanjang 2 minggu ini (2 -13 April 2018) Dr. Ooi Hean Beng (Jabatan Sains) mempamerkan koleksi bahan bacaan beliau di Pusat Sumber. Semoga para pengunjung Pusat Sumber dapat mengambil peluang dan memanafaatkan pameran ini