Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

PAUTAN

18 Sep 2017

Bengkel Literasi Media dan Maklumat Serta Penggunaan U-Pustaka (PNM Digital)



Pada 24 Ogos 2017, En.Rosli Bin Ngah (Pen.Ketua Unit PusatSumber), En. Baskaran Kannan (Jab. Ilmu Pendidikan), Pn. Selina Liew (Jab.Ilmu Pendidikan) dan Pn. Liew Phaik Hoon (Jab.Matematik) telah mewakili IPG Kampus Ipoh untuk mengikuti “Bengkel Literasi Media dan Maklumat serta Penggunaan U-Pustaka (PNM Digital) yang diadakan di IPG Kampus Pulau Pinang. Diharapkan jua, para peserta bengkel dapat berkongsi ilmu pengetahuan dengan guru pelatih di IPG Kampus Ipoh ini.bagi meningkatkan kecekapan dalam membuat carian maklumat lebih cepat dan tepat.

Perbincangan Program Malam Puisi Tiang Lampu



Satu perbincangan telah diadakan pada 12 September 2017 di antara Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin dengan guru pelatih Unit T12 iaitu Nor Aida Nadzirah Bt Md. Subri dan Siti Munirah Bt Munadzir mengenai program “Malam Puisi Tiang Lampu”. Hasil perbincangan tersebut, kata sepakat telah dicapai iaitu program itu akan di adakan pada 11 Oktober 2017 di hadapan Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Para peserta terdiri daripada guru pelatih yang minat berpuisi (moden / tradisional) dan pensyarah.

Temubual Bersama Presiden Karyawan Perak



Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber), Hj Hamdan Bin Yaakub (Jab. Pengajian Melayu) dan 2 orang guru pelatih dari Unit T12 (Mohammad Habib Sobhi Bin Hamlan dan Muhammad Haikal Bin Azaha) telah mengadakan temubual bersama Presiden Karyawan Perak iaitu Dr.Hj Zabidin bin Hj Ismail di Kg. Karyawan Malim, Lembah Gunung Tempurung, Gopeng, Perak. Temubual ini adalah untuk menyiapkan biografi beliau disamping mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan terperinci.


Pertemuan Dengan Tokoh Sasterawan Negeri Perak Ke-3


Pada 9 September 2017, Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) dan Hj. Hamdan Bin Yaakub (Jab. Pengajian Melayu) serta 2 orang guru pelatih dari Unit T12 Mohammad Habib Sobhi Bin Hamlan dan Muhammad Haikal Bin Azaha (B. Melayu) telah mengadakan pertemuan dengan Dr. Malim Ghazali PK. Beliau merupakan Tokoh Sasterawan Negeri Perak Ke-3. Pertemuan tersebut diadakan di Kg. Karyawan Malim, Lembah Gunung Tempurung, Gopeng, Perak. Tujuannya adalah berbincang untuk mengadakan aktiviti atau program di tempat tersebut. Dr. Malim Ghazali PK berbesar hati menghadiahkan CD lagu puisi ciptaan beliau sendiri dan memoir beliau bertajuk “Di Sudut Duniaku” kepada Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.


Jamuan @ PusatSumber IPG Kampus Ipoh



Pada 15 September 2017, semua staf Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah berkumpul untuk menikmati jamuan. Masing-masing membawa makanan dan makan bersama-sama sambil berbual mesra bagi mengukuhkan ukhuwah. Malahan, jamuan ini dapat memupuk sikap toleransi dan bekerjasama dalam kalangan staf Unit Pusat Sumber. Jamuan ini juga turut dihadiri oleh para pensyarah (penyumbang akhbar dan majalah) dan Rakan Pusat Sumber (diwakili oleh Aida, Munirah dan Haikal – Unit T12).

Aktiviti Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah ~ Dr. Mariah Bt Kamaruddin


Sepanjang 2 minggu ini, (11-22 September 2017), Dr. Mariah Bt Kamaruddin (pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan ) mempamerkan koleksi bahan bacaan beliau. Beliau juga mempamerkan tesis PhD beliau. Selain itu, banyak bidang buku yang dipamerkan seperti kaunseling, penyelidikan, modul dan sebagainya. Pihak Unit Pusat Sumber merakamkan jutaan terima kasih kerana sudi mempamerkan bahan bacaan tersebut.

6 Sep 2017

Pertandingan Deklamasi Sajak Sempena Hari Kemerdekaan Ke-60


Pada 25 Ogos 2017, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mnganjurkan Pertandingan Deklamasi Sajak Sempena Hari Kemerdekaan Ke-60. Program ini diadakan di Dewan Seri Melati, IPg Kampus Ipoh. Seramai 180 orang yang menghadiri program tersebut. 27 orang peserta yang menyertai pertandingan tersebut.iaitu kategori Pensyarah seramai 9 orang dan kategori guru pelatih 18 orang. Kategori Pensyarah telah dimenangi oleh Ustazah Saidah Bt Haris manakala kategori guru pelatih di menangi oleh Nor Aida Nadzirah Bt Md Sabri (Unit T12). Penyampaian sijil dan hadiah telah disempurnakan oleh Dr. Mohd Nasarudin bin Basar , Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh.

Alhamdulillah, program berjalan dengan baik. Tahniah kepada semua peserta pertandingan deklamasi sajak. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini.

5 Sep 2017

Program Memasyarakatkan Perpustakaan Desa dan Bicara Buku


Pada 21 Ogos 2017, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah menerima kunjungan rasmi Pn. Najiha Bt Ramli (Pegawai Pustakawan Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Dato' Ahmad Said Tambahan 3, Manjoi). Dalam kunjungan ini telah diadakan perbincangan untuk melaksanakan Program Memasyarakatkan Desa dan Bicara Buku di Perpustakaan Desa Kg Repoh, Batu Kurau Perak. Hasil perbincangan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh
:
28 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa
:
8 pagi - 1.00 petang
Tempat
:
Perkarangan SK Kg.Repoh, Batu Kurau, Perak

Dicadangkan majlis ini akan dirasmikan oleh YB. Dato’ Dr. Muhammad Amin bin Zakaria (ADUN Batu Kurau) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Negeri Perak.