Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

31 May 2018

Kursus Transformasi Praktikum 2018


Pada 30 Mei 2018 (Rabu), Ketua Unit Pusat Sumber  IPG Kampus Ipoh (Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin) telah mengikuti "Kursus Transformasi Praktikum 2018" yang diadakan di Mini Teater, IPG Kampus Ipoh. Kursus ini dihadiri oleh semua ketua jabatan, ketua unit dan penyelaras praktikum setiap jabatan. Di antara objektif kursus ini ialah menjelaskan konsep amalan profesional dan praktikum bertema, mengenal pasti komponen dan aspek tema dalam bimbingan dan penyeliaan praktikum, memahami kaedah pelaksanaan bimbingan dan penyelian praktikum serta meramalkan cabaran-cabaran dalam pelaksanaan praktikum bertema. Kursus ini disampaikan oleh En. Mohd Taufik bin Hj Ahmad, Dr. Norhashimah bt Abu Bakar dan En. Azmi bin Abdul Hamid.

25 May 2018

Majlis Penyampaian Sumbangan Telekung dan Qurta Sempena Ramadhan

Pada 18 Mei 2018 (Jumaat) pukul 9.30 pagi bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah diadakan penyampaian telekung dan baju kurta sempena "Program Imarah Ramadhan Dengan Bersolat" anjuran Anjung Wasilah Srikandi. Pengarah IPG Kampus Ipoh (Tn Hj Kamarulizham bin Hazizi) telah menyampaikan telekung dan baju kurta kepada wakil-wakil sekolah SK Tanjung Rambutan, SK Perpaduan dan SK Seri Idrus. Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh (Dr. Yahya bin Osman), Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh (Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin) serta AJK Anjung Wasilah Srikandi. Semoga sumbangan tersebut dapat memberi impak yang besar kepada penerima sumbangaan. Unit Pusat Sumber berasa bangga kerana telah dilibatkan sama untuk menjayakan program tersebut.

3 May 2018

Program Bicara Buku Siri 1/2018


Program ini diadakan pada 2 Mei 2018 (Rabu) di Pusat Sumber Ipgki . Seramai 10 orang guru pelatih daripada Unit R5 menghadiri program ini. Terima kasih kepada Pembicara 1 Cik Inthirabaanu Subramaniam dan Pembicara 2 Tavanisha a/p Ravichandran.



Gambar lain : Program Bicara Buku Siri 1/2018