Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

24 Oct 2022

Selamat Hari Deepavali

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yang merayakannya.

πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†
 
Deepavali kali ini membawa sinar cahaya kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua.

"MEMBACA SENTIASA, INTELEKTUAL DIPERKASA"

#leadingfuturemodelteacher 
#ipgkithefirst 
#makeadifference 
#perpustakaanipgikampusipoh 
#perpustakaanipgki 
#deepavali2022

14 Oct 2022

Bengkel Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986(AKTA 331) Dan Sistem Depositori

13 Oktober 2022 – Buat julung kalinya Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan telah menganjurkan Bengkel Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986(AKTA 331) Dan Sistem Depositori dengan jayanya. Alhamdullilah, bengkel ini diadakan pada sesi petang di Mini Teater IPG Kampus Ipoh.

Penceramah jemputan didatangkan khas dari Perpustakaan Negara Malaysia ,Pn. Jamiliana binti Jamil, Penolong Pengarah PPTN dan Cik Rustira binti Sukri, Penolong Pustakawan Kanan telah menyampaikan ceramah yang penuh berinformasi serta telah memberikan penjelasan berkenaan Akta 331 dan Sistem Depositori.

Seramai 20 peserta terdiri dalam kalangan pensyarah, pegawai pengurusan dan staf menghadiri bengkel ini.
 
Semoga kursus yang telah diadakan ini dapat memberi manafaat kepada semua peserta.

Ketua Unit Perpustakaan merakamkan setinggi penghargaan kepada penceramah, peserta dan semua pihak yang terlibat secara langsung atas komitmen yang baik dalam menjayakan bengkel ini.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat maklumbalas yang positif daripada peserta program.

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#bengkelliterasimaklumat
#pangkalandatadigital

Bengkel Literasi Maklumat Dan Pangkalan Data Digital

13 Oktober 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan telah menganjurkan Bengkel Literasi Maklumat Dan Pangkalan Data Digital dengan jayanya. Bengkel ini diadakan di Mini Teater IPG Kampus Ipoh pada sesi pagi.

Penceramah jemputan, Encik Salehuddin bin Zainal dan Encik Muhammad Zakaria bin Abdul Rahman Adas daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Beliau telah menyampaikan ceramah yang penuh berinformasi serta telah memberikan tips dalam pencarian maklumat secara atas talian.

Seramai 20 peserta terdiri dalam kalangan pensyarah, pegawai pengurusan dan staf menghadiri bengkel ini.
 
Semoga kursus yang telah diadakan ini dapat membantu dan meluaskan pengetahuan para peserta dalam pencarian maklumat yang sahih dan relevan.

'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#bengkelliterasimaklumat
#pangkalandatadigital

13 Oct 2022

Hebahan : Taklimat Promosi Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331) dan Sistem Depositori

πŸ“ TAKLIMAT PROMOSI AKTA PENYERAHAN BAHAN PERPUSTAKAAN 1986 (AKTA 331) & SISTEM DEPOSITORI 

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh akan mengadakan taklimat seperti ketetapan berikut : 
       
Tarikh πŸ“… : 13 Oktober 2022  
Hari           : Khamis                           
Masa ⏰  : 3.00 petang                
Tempat.    : Mini Teater, IPG Kampus Ipoh.  
                   
  πŸŽ™Panel JemputanπŸŽ™ 
                     
 πŸ§•πŸ» Pn. Jamiliana binti Jamil                
 πŸ§•πŸ» Cik Rustira binti Sukri 

Dari : Perpustakaan Negara Malaysia 
               
Kepada warga IPG Kampus Ipoh yang berminat untuk menyertai bengkel ini turut dijemput hadir. 

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"                 

#leadingfuturemodelteacher #ipgkithefirst
#makeadifference

Hebahan : Bengkel Literasi Maklumat dan Pangkalan Data Digital

πŸ“š BENGKEL LITERASI MAKLUMAT DAN PANGKALAN DATA DIGITAL πŸ“š
  
Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh akan mengadakan bengkel seperti ketetapan berikut:

Tarikh πŸ“… : 13 Oktober 2022 
Hari          : Khamis
Masa ⏰  : 9.00 pagi
Tempat.   : Mini Teater, IPG Kampus Ipoh 
  
πŸŽ™Panel JemputanπŸŽ™ 

πŸ‘¨πŸ»‍πŸ’ΌMuhammad Salehuddin Bin Zainal Mazri                   
πŸ‘¨πŸ»‍πŸ’ΌEn Muhammad Zakaria Bin Abdul Rahman Adas 

Dari : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak 

Kepada warga IPG Kampus Ipoh yang berminat untuk menyertai bengkel ini turut dijemput hadir. 

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference