Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

30 Sept 2019

Perkongsian Verifikasi Buku


Pada 30.9.2019, di samping menjadi Penceramah dalam Bengkel Pangkalan Data e-Lib IPGM, Puan Maiyumi bt Ahmat (Pustakawan Kanan IPGM) telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam aspek verifikasi buku-buku di Perpustakaan. Beliau juga memberi cadangan yang perlu di ambil semasa proses verifikasi buku di Perpustakaan. Turut hadir dalam sesi tersebut ialah En. Shaadin bin Sabri (KUKP IPGKI), En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat@Ahmad Nor, En Azizam bin Jaya, En. Abu Kassim bin Ali Musa, En. Mohd. Nazri bin Saad, En. Mohd. Fouzai Musa dan En.Azhar bin Awang. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) mengucapkan terima kasih atas perkongsian ini. 
Terima kasih Puan Maiyaumi πŸŒ·πŸŒ·πŸŒ·

Program Puisi Tiang Lampu 2019


30.09.2019 (8.30 malam -10.30 malam) telah berlangsungnya Program Puisi Tiang Lampu yang diadakan di Dewan Seri Melati IPG Kampus Ipoh. Program ini berkonsepkan santai. Program ini juga bertujuan menggalakkan peserta mengetengahkan bakat seni dan meningkatkan keyakinan dalam diri. Alhamdulillah , seramai 20 orang peserta mempersembahkan persembahan yang menarik termasuklah deklamasi sajak, guridam dan menyanyi. Diselitkan jua sesi cabutan nombor bertuah. Antara pensyarah IPG Kampus Ipoh yang hadir ialah En.Meor Zahidi b Meor Mohd Tahir, Dr. Kanakambal a/p Velusamy, Pn. Nor'Azah bt A.Aziz, Pn Hayati bt Mat Desa, En.Zainal Ariff bin Mat, En. Rosli bin Ngah, Pn. Liew Phaik Hoon, Pn. Sellina Liew dan Dr. Hairani bt Haris. Turut hadir ahli Persatuan Karyawan Perak. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi
tahniah kepada pensyarah serta semua guru pelatih Unit V yang memberi menghadiri program ini.Terima kasih atas sokongan yang diberikan. 🌷🌷🌷

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada team UPIPGKI dan AJK program atas komitmen yang diberikan.🌷🌷🌷
Gambar lain : Puisi Tiang Lampu 2019

Bengkel Pangkalan Data e-LIB Institut Pendidikan Guru Malaysia




30.09.2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Pangkalan Data e-LIB Institut Pendidikan Guru Malaysia. Bengkel ini di adakan di Ruang Bacaan, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Bengkel ini di adakan dua sesi, sesi pagi dikalangan pensyarah manakala sesi petang dalam kalangan guru pelatih. Bengkel ini disampaikan oleh Pn. Maiyumi bt Ahmat, Pustakawan Kanan IPGM. Beliau berkongsi pengetahuan melayari e-lib di portal IPGM. Melalui e-lib ini memudahkan pengguna mendapatkan bahan bacaan dan rujukan yang relevan dan sahih secara online. 

Seramai 50 orang pensyarah yang menghadiri bengkel ini. Turut hadir En. Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Sesi Pagi Bengkel e-lib  

Manakala sesi petang pula dihadiri oleh 50 orang guru pelatih. Di harapkan pengisian bengkel ini akan dipraktikan dan di manafaatkan bersama . Sesi Petang Bengkel e-lib


Tahniah kepada semua pensyarah dan guru pelatih yang hadir dalam bengkel ini. 

Berikut adalah πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

**Promosi Penggunaan Pangkalan Data Atas Talian Di Portal e-Perpustakaan IPGM**

🏻Anda memerlukan Bahan Rujukan Ilmiah / Islamik/ Pendidikan /dll πŸ‘‰πŸ»πŸ‘‰πŸ» sila masuk di link berikut:...πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

http: //elib.ipg.edu.my

πŸ‘‡πŸ»

Login Online Journal

1⃣

Username πŸ‘‰πŸ»ipgki1

Password πŸ‘‰πŸ»ipgki@1

*ATAU*

2⃣

Username πŸ‘‰πŸ»ipgki2

Password πŸ‘‰πŸ»ipgki@2

*ATAU*

3⃣

Username πŸ‘‰πŸ»ipgm1

Password πŸ‘‰πŸ»ipgm@1

*ATAU*

4⃣

Username πŸ‘‰πŸ»ipgm2

Password πŸ‘‰πŸ»ipgm@2

πŸ‘‰πŸ»Tekan *Log In*

Bahan Rujukan ada dalam ni... πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

πŸ“Œ *EMERALD PUBLISHING*

πŸ“Œ *UDL ISLAMIC*

πŸ“Œ *i-FOCUS*

πŸ“Œ *ERIC*

πŸ“Œ *MCC MyJurnal*

NOTA: dari Meja Perpustakaan

IPG Kampus Ipoh
September 2019

#SILASHARE
#SHARINGISCARING
#IPGKAMPUSIPOH

πŸ†• πŸ†’ πŸ†“ πŸ†™ ® πŸŽ“ πŸ“š πŸ—‚ πŸ“   

Sumbangan Wang Tunai Daripada Datin Lyanaz Hassan


30.9.2019, Pn. Siti Hajar bt Ibrahim mewakili Datin Lyanaz Hassan (Pengasas Kosmetik Babies Blink) menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM300 kepada Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh bagi membantu pembiayaan Program Puisi Tiang Lampu 2019. Sumbangan ini diterima oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber). Beliau merakamkan terima kasih kepada Datin Lyanaz Hassan atas sumbangan yang diberikan.

22 Sept 2019

Pertandingan Memanah Antara Kelab di PUO & IPGKI




Pada 22.9.2019 (Ahad), Kelab KORPUS Politeknik Ungku Omar telah mengadakan Pertandingan Memanah Antara Kelab di PUO dan IPGKI. Aktiviti ini diadakan di PULAKO, IPG Kampus Ipoh. Pihak Kelab KORPUS telah mengalu-alukan penyertaan pihak Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Seramai 8 orang Rakan Perpustakaan IPGKI telah menyertai pertandingan ini. Sesi pagi ini di isi dengan sesi latihan memanah dan diteruskan dengan pertandingan. En. Jamal dan En. Mazlan (Pensyarah IPG Kampus Ipoh) sebagai tenaga pengajar kepada semua peserta. Turut hadir, Pn.Sabariah (Pustakawan) , En. Ramli (Pulako) dan Pn. Nasimah Bt Abdul Jal (Pemb.Pustakawan) manakala dari pihak PUO Pn. Norhafiza , En.Halim dan kakitangan Perpustakaan PUO.
Sesi petang, Majlis penutupan bagi Pertandingan Memanah Antara Kelab di PUO & IPGKI ini  telah dihadiri oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh). Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), En. Ramli bin Ahmad Rozali (Pegawai Pengurusan Unit Kokurikulum) dan Hj Mazlan bin Muhamad (Pensyarah@jurulatih utama memanah). Majlis Penutupan ini berlangsung pada jam 2.30 petang. Wakil IPG Kampus Ipoh yang terdiri daripada Kelab Rakan Perpustakaan mendapat tempat kelima. Hadiah disampaikan oleh Pn. Nor Hafiza bt Jusoh (Pustakawan Politeknik Ungku Omar).

Tahniah dan terima kasih kepada peserta dan semua yang terlibat dalam program ini atas komitmen yang diberikan. Moga aktiviti ini mengeratkan ukhwah kedua-dua pihak.

Gambar lain : Pertandingan Memanah Antara Kelab di PUO dan IPGKI



21 Sept 2019

Mesyuarat AJK Perpustakaan Bil 2/2019


20 September 2019. Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) telah mempengerusikan mesyuarat AJK Perpustakaan Bil 2/2019 di bilik mesyuarat Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Turut hadir Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan merangkap setiausaha mesyuarat) beserta para pensyarah yang mewakili jabatan masing-masing. Semua AJK amat gembira dan berpuas hati kerana prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh staf perpustakaan dalam melaksanakan program @ aktiviti yang dirancang. Semangat kerja berkumpulan yang dipraktikkan oleh staf perpustakaan telah membawa pelbagai kejayaan tahun ini. Syabas dan tahniah kepada Dr. Nazri, Pn. Sabariah serta warga kerja perpustakaan.

20 Sept 2019

Bengkel Literasi Maklumat 2019-Unit V17



Pada 20.9.2019 (4.30ptg -5.00 ptg), Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Literasi Maklumat. Bengkel ini di adakan dalam Ruang Bacaan Perpustakaan. Bengkel ini dikendalikan oleh Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan dibantu oleh  Pn.Nasimah bt Abdul Jal dan Pn.Nazariah bt Mat Mizar . Seramai 17 orang guru pelatih dari Unit V17 Penagjian Bahasa Tamil yang menghadiri bengkel ini. Pn. Sabariah bt Khairuddin berkongsi mengenai penggunaan jurnal online yang telah dilanggan oleh pihak IPGM (E-LIB) dan WebOPAC bagi membantu semua warga IPG membuat rujukan menggunakan maklumat yang sahih dan relevan terutamanya apabila menyiapkan tugasan  membuat tesis /assignment. Jurnal online ini juga boleh diakses melalui telefon bimbit. Diharapkan, perkongsian dalam bengkel ini dapat memberi manafaat kepada guru pelatih. 
Tahniah kepada semua guru pelatih yang hadir dalam bengkel ini dan terima kasih atas sokongan En. Baskaran (mentor) dalam bengkel ini 🌷🌷🌷

6 Sept 2019

Bengkel Literasi Maklumat 2019-Unit V9,V10,V11 dan V12





Pada 6.9.2019 (4.30ptg -5.00 ptg), Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Literasi Maklumat. Bengkel ini di adakan dalam Bilik IT, Perpustakaan. Bengkel ini dikendalikan oleh Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) dan dibantu oleh En. David a/l Rayappan, Pn.Nasimah bt Abdul Jal dan Pn.Nazariah bt Mat Mizar. Seramai 55 orang guru pelatih dari Unit V9,V10,V11 dan V12 yang menghadiri bengkel ini. Pn. Sabariah bt Khairuddin berkongsi mengenai penggunaan jurnal online yang telah dilanggan oleh IPGM bagi membantu semua warga IPG membuat rujukan menggunakan maklumat yang sahih dan relevan terutamanya apabila menyiapkan tugasan membuat tesis /assignment. Jurnal online ini juga boleh diakses melalui telefon bimbit. Diharapkan, perkongsian dalam bengkel ini dapat memberi manafaat kepada guru pelatih. Gambar lain : Bengkel Literasi Maklumat V9, V10, V11 dan V12

Tahniah kepada semua guru pelatih yang hadir dalam bengkel ini πŸŒ·πŸŒ·πŸŒ·g

3 Sept 2019

Audit Dalaman Kedua MS ISO 9001:2015



Pada 3 September 2019, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah melalui Audit Dalaman Kedua MS ISO 9001:2015. Juruaudit ialah En. Mohd Yusoff bin Hj.Mohd Shariff dari IPG Kampus Perlis. Tahniah Pn. Sabariah bt Khairuddin dan kakitangan Perpustakaan dapat mempersembahkan dokumentasi dengan baik. Moga selepas ini Perpustakaan IPG Kampus Ipoh meningkatkan lagi mutu perkhidmatan menjadi lebih baik. 

Congratulations πŸŒ·πŸŒ·πŸŒ· 
tingkatkan kerjasama dalam pasukan UPIPGKI