Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

PAUTAN

16 Jun 2016

Online Book Renewal


Pengguna Perpustakaan IPGKI yang tidak berkesempatan untuk memperbaharui tarikh pinjaman buku di kaunter perpustakaan adalah digalakkan untuk menghantar email kepada kami di alamat perpustakaanipgki@gmail.com. Kemudahan ini dapat mengelakkan pengguna daripada didenda kerana lewat pemulangan buku.

Email tersebut perlulah dihantar 2 hari sebelum tarikh pemulangan buku. Di dalam email tersebut perlulah dinyatakan:
  • Nama
  • No. kad pengenalan
  • Judul buku
  • No. perolehan buku
Adalah diharapkan agar kemudahan ini dapat dimanfaatkan kepada semua pengguna Perpustakaan IPGKI.


Pendaftaran sebagai Ahli Kelab perpustakaan kini dibuka!!!!!!

Kini pendaftaran sebagai ahli Rakan Perpustakaan IPGKI telah dibuka. Rebutlah peluang anda untuk menjadi ahli kelab Rakan Perpustakaan dengan mengisi borang yang telah disediakan. Borang akan mula dikeluarkan pada 16 June 2016 dan anda boleh berhubung dengan Cik Liyana bagi mengambil borang Ahli Kelab Rakan Perpustakaan secara PERCUMA. Borang adalah TERHAD!!!!!

contoh borang Ahli Kelab Rakan Perpustakaan

13 Jun 2016

Selamat Datang Pelajar Baharu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2016 (PPISMP)


Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada pelajar baharu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2016 (PPISMP) yang akan berdaftar pada 13 Jun 2016.

Semoga sepanjang tempoh pembelajaran di sini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjadi warga pendidik yang berjaya.