Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

23 Feb 2021

Sumbangan Buku 2021 : Terima kasih Pn. Norhani Bebe bt Alta Miah

22 Februari 2021 - Terima kasih kepada Pn. Norhani Bebe bt Alta Miah kerana menyumbangkan 4 buah buku yang memuatkan karya beliau. Sumbangan tersebut telah diterima oleh Pn. Nasimah bt Abdul Jal bagi mewakili En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @Ahmad Nor, Ketua Unit Pusat Sumber. Buku-buku tersebut berjudul Antologi 43 Kisah COVID-19 : Keranamu Corona, Antologi Suara Dari Laman Juang, Antologi Anekdot Suara Dari Laman Orang Terbuang dan Sepilihan Pusi : Politik,  Bahasa dan Isu Semasa. Tahniah Pn. Norhani Bebe 🌹moga jadi ikutan kepada masyarakat untuk berkarya, khususnya dalam kalangan warga IPG Kampus Ipoh.

11 Feb 2021

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2021

 


Semoga kemakmuran dikongsi bersama

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua warga IPG Kampus Ipoh yang berbangsa Cina.

Amalkan norma baharu & Patuhi SOP demi memutuskan rangkaian penularan covid-19 ini walau di mana kita berada.

Bersama hentikan rantaian Covid. Sayangi diri dan keluarga

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#Perpustakaanipgikampusipoh

#perpustakaanipgki

#ipgkampusipoh