Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

19 Oct 2018

Program Jejak Maklumat 2018

Pada 17 Oktober 2018 (Rabu) telah diadakan Program Jejak Maklumat 2018 yang melibatkan kolaborasi Unit Pusat sumber IPG Kampus Ipoh dengan PKG Tasek dan PPD Kinta Utara. Seramai 50 orang pelajar (25 orang sekolah rendah, 25 orang sekolah menengah) terpilih sekitar Kinta Utara terlibat menjayakan program ini. Malahan, seramai 12 orang guru pelatih IPG Kampus Ipoh telah dipilih untuk menjadi hakim bagi setiap pertandingan mengikut stesen-stesen yang telah ditetapkan. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah dibuat di Dewan Seri Melati yang turut dihadiri Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber), Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi (Pensyarah Cemerlang Jusa C - mewakili Pengarah IPG Kampus Ipoh) serta pegawai-pegawai PKG dan BTPN Perak. Semoga program ini dapat memberi impak yang positif kepada semua yang terlibat.


16 Oct 2018

Sumbangan Tesis 2018 : Dr. Baskaran a/l Kannan


Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Baskaran a/l Kannan (Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan) kerana sudi menyumbangkan tesis Doktor Pendidikan beliau. Semoga sumbangan tesis ini dapat dimanfaatkan oleh para pengguna Pusat Sumber. Terima kasih, Dr. Baskaran.

12 Oct 2018

Program Malam Puisi Tiang Lampu 2018


Pada 3 Oktober 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah mengadakan program Puisi Tiang Lampu 2018. Seramai 106 orang yang menghadiri program tersebut. 33 orang perserta yang terdiri daripada Pensyarah IPG Kampus Ipoh dan guru pelatih. Pada malam tersebut,seramai 17 orang murid daripada Kelab Silat Lincah SK Perpaduan membuat persembahan pembukaan. Kelab ini dibawah pimpinan En. Nizam bin Mohamed. Terima kasih atas komitmen dan kerjasama AJK Program MPTL2018  dan semua yang turut menjayakan program ini.




Sumbangan Buku 2018 : daripada Pn. Siti Juariah bt Tarmuji (mantan pensyarah JAPIM).

Unit Pusat Sumber telah menerima sumbangan bahan bacaan ( bahasa Arab, pendidikan Islam) daripada Pn. Siti Juariah bt Tarmuji (mantan pensyarah JAPIM). Dr. Mohd Nazri (selaku Ketua Unit Pusat Sumber) mewakili Unit Pusat Sumber menerima sumbangan tersebut untuk manfaat para pengguna Pusat Sumber. Semoga sumbangan bahan bacaan tersebut memberi impak yang besar kepada guru pelatih dan pengunjung lain. Terima kasih Pn. Siti Juariah.