Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

14 Jan 2016

Buletin Unit Perpustakaan Bil. 1/2016

Unit Perpustakaan telah bergerak maju setapak lagi dengan menerbitkan Buletin Unit Perpustakaan Bil. 1/2016. Buletin ini diterbitkan dalam usaha untuk menyebarkan maklumat dengan lebih berkesan kepada semua pengguna. Ianya telahpun diedarkan di setiap jabatan dan unit di IPGKI.

Adalah diharapkan agar penerbitan buletin ini dapat mendekatkan lagi pengguna perpustakaan dengan perkhidmatan dan aktiviti yang telah disediakan.

11 Jan 2016

Lawatan ziarah ke rumah En. Mohd Taha Bin Alang Othman

Pada 08 Januari 2016, Ketua Unit dan staf sokongan Unit Perpustakaan telah menziarah En. Mohd Taha Bin Alang Othman di rumahnya di Taman Perpaduan Koperasi, Ulu Kinta, Ipoh. 

En. Taha merupakan Pembantu Operasi N11 di Unit Perpustakaan. Pada 03 Ogos 2015, beliau telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh akibat komplikasi buah pinggang serta didiagnos mempunyai penyakit kanser dan telahpun menjalani pembedahan di Hospital Selayang, Selangor.


Di atas keprihatian pihak Unit Perpustakaan, pemberian sumbangan berupa barangan keperluan harian telah diberikan semasa lawatan tersebut. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh beliau.


Doa kami moga En. Taha cepat sembuh dan dapat meneruskan kecemerlangannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.


8 Jan 2016

myTag Perpustakaan


Pada 07 Januari 2016, Unit ICT dengan kerjasama Unit Grafik telah menempatkan sistem keluar masuk pengguna perpustakaan terbaharu iaitu myTag Perpustakaan. Sistem ini menggantikan sistem manual yang sedia ada. 

Terima kasih diucapkan kepada Pn Siti Mazura Bt Che Doi dan En Badrul Hisham B. Ahmad Sukar di atas usaha pembangunan sistem ini. Diharapkan sistem ini dapat memudahkan lagi urusan keluar masuk pengguna perpustakaan sekaligus dapat menaik taraf perkhidmatan perpustakaan IPGKI.

Sistem myTag Perpustakaan

Pelajar sedang mengimbas kad matrik sebelum memasuki perpustakaan.

Selamat Tahun Baharu 2016


Hari ini adalah hadiah atas usaha kita kelmarin. 
Semoga di tahun baru ini usaha kita akan semakin tinggi sehingga makin banyak kebaikan yang akan kita terima.

Selamat Tahun Baru 2016.

Ikhlas dari kami :
Unit Perpustakaan IPGKI