Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

29 Dec 2021

Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman Bersama Pn. Wirda Lisa @ Hanim Dalina bt Mohd Arshad

 


29 Disember 2021 - Terima kasih diucapkan kepada Puan Wirda Hanim kerana sudi hadir ke Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh untuk berkongsi pengetahuan beliau dalam menganjurkan aktiviti anjuran perpustakaan bersama Prasekolah Seri Mawar pada tahun hadapan.
Pengetahuan dan pengalaman beliau yang dikongsikan bersama pelajar latihan industri ini akan dijadikan panduan dan nilai tambah untuk aktiviti yang sedang dirangka. Semoga perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Zety Aziz yang turut hadir bagi memberi cadangan dan idea bernas untuk perancangan ini.
Nantikan aktiviti kami yang dijangka akan diadakan pada 19 dan 20 Januari 2022.

23 Dec 2021

Sumbangan Buku 2021 : Tahniah dan Terima Kasih Kepada Dr. Saidah binti Haris @ Harith, Pn. Norhani Bebe binti Alta Miah dan Pn. Rafizah binti Mohamed Salleh

 


23 Disember 2021 - Tahniah kepada barisan pensyarah IPG Kampus Ipoh, Dr. Saidah binti Haris @ Harith, Pn. Norhani Bebe binti Alta Miah dan Pn. Rafizah binti Mohamed Salleh kerana berjaya menghasilkan karya dalam lima (5) buah naskah penerbitan.

Hasil karya mereka telah diserahkan kepada En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor Nurul Azmi Mat Nor, Ketua Pusat Sumber untuk dijadikan koleksi dan sumber rujukan perpustakaan.
Pihak perpustakaan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan buku-buku ini. Semoga penerbitan ini menjadi sumber inspirasi kepada kita untuk terus berkarya.
Tahniah!

1 Hari 1 Buku : Rencana - Anak Muda Pencinta Bahasa Melayu / penyelenggara Pn. Norehan binti Muhamad, Dr. Hasnah Awang & Pn. Noor Liza binti Abdullah

 



1 HARI : 1 BUKU



23 Disember 2021 - hari ini #1hari1buku menampilkan buku yang baharu diterbitkan. Judul buku tersebut Rencana : Anak Muda Pencinta Bahasa Melayu / penyelenggara, Pn Norehan binti Muhamad, Dr. Hasnah Awang & Pn. Noor Liza binti Abdullah

Dapatkan buku ini di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.. Jom baca.. ðŸ¤“

Anda ada buku menarik dari rak Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk dikongsi bersama? Hantarkan kepada kami melalui email library@ipgmipoh.edu.my ðŸ¤—

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#Perpustakaanipgikampusipoh
#ipgkampusipoh
#1hari1buku
#reading

22 Dec 2021

Sumbangan Buku 2021 : Terima Kasih En. Zulkeflee A.Karim

 


22 Disember 2021 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku daripada En. Zulkeflee A.Karim yang berjudul “MANAGING SIX SIGMA.”
Terima kasih kepada Tuan Pengarah, Dr. Yahya bin Osman mewakili En Zulkeflee A. Karim bagi menyerahkan naskah ini kepada En. Mohammad Nurul Azmi bin Mat Nor @Ahmad Nor, Ketua Pusat Sumber untuk simpanan dan koleksi rujukan di Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh.
Semoga bermanfaat.

17 Dec 2021

Lawatan ke Perpustakaan Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta

 

Lawatan ke Perpustakaan Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta

17 Disember 2021 - En. Mohammad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor (Ketua Unit Pusat Sumber) bersama Pn. Sabariah binti Khairuddin (Pustakawan) dan Pn. Sharmila binti Siron (Pembantu Pustakawan) serta empat pelajar Latihan Industri (UiTM) Cik Muhainie binti Abdul Kadir, Cik Insyirah binti Ahmad Zulkhairi, Cik Izzaty binti Khamaruddin dan Cik Syafiqah binti Mohd Sabri mengadakan lawatan ke Perpustakaan Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pelajar Latihan Industri Perpustakaan IPGKI berkaitan Pengurusan Perpustakaan Akademik disamping dapat mengeratkan silaturahim kedua buah perpustakaan. Perpustakaan IPGKI merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Abdul Halim (Penolong Pustakawan) dan seluruh kakitangan Perpustakaan ILKKM kerana sudi menerima kehadiran kami dan berkongsi maklumat yang berinfomasi untuk dibawa pulang bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan perpustakaan. Semoga lawatan ini memberi impak yang positif dan meningkatkan motivasi semua.

16 Dec 2021

Lawatan Tapak Ke SK Seri Ampang, Ipoh

15 Disember 2021 - En. Mohammad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor (Ketua Unit Pusat Sumber) bersama Pn. Sabariah binti Khairuddin (Pustakawan) dan Pn. Sharmila binti Siron (Pembantu Pustakawan) serta dua pelajar Latihan Industri (UiTM) Cik Muhainie binti Abdul Kadir dan Cik Insyirah binti Ahmad Zulkhairi mengadakan lawatan tapak ke SK Seri Ampang.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat lokasi dan mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah bagi mengadakan program yang bersesuaian pada tahun hadapan. Selain itu, penyerahan sijil dan hadiah sempena Bengkel Kemahiran Perpustakaan bagi Pengawas Sekolah turut diserahkan semasa sesi lawatan ini. 

Semoga program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insya Allah.

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh

9 Dec 2021

Bengkel Literasi Maklumat dan Media : Unit X16

9 Disember 2021 : Bengkel Literasi dan Maklumat secara bersemuka telah dijalankan bersama pelajar Unit X16.

Semoga bengkel ini bermanfaat untuk semua.

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst

8 Dec 2021

Majlis Jamuan Akhir Tahun 2021: Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

 



8 Disember 2021 - Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Pertukaran Hadiah Unit Perpustakaan telah diadakan secara ringkas tapi meriah.

Majlis ini diadakan sempena meraikan kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2021.

Semoga kerjasama berpasukan ini dikekalkan! Tahniah semua. Teruskan mengukir kejayaan!

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#perpustakaanipgki

#membacavaksinminda

#perpustakaanipgikampusipoh

7 Dec 2021

Majlis Penyampaian Anugerah Khas Perpustakaan dan Hadiah anjuran Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 2021

7 Disember 2021 - Majlis Penyampaian Anugerah Khas Perpustakaan dan Hadiah anjuran Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 2021 telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPGKI. Turut hadir dalam majlis ini Timbalan Pengarah dan Ketua Unit Khidmat Pengurusan.

Majlis ini diadakan untuk menghargai pengorbanan staf perpustakaan yang sangat komited berkhidmat sepanjang tahun terutama dalam tempoh PKP 3.0 bagi memastikan pengguna perpustakaan sentiasa mendapat maklumat serta info bermanfaat daripada perpustakaan. Selain itu, bagi menghargai pengguna perpustakaan yang selalu memberi sokongan dengan menyertai setiap aktiviti anjuran perpustakaan penyampaian hadiah turut diadakan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan penerima hadiah pertandingan anjuran perpustakaan sepanjang tahun 2021.

Sekalung perhargaan dan terima kasih juga kepada semua yang menjayakan majlis ini.

#leadingfuturemodelteacher

#membacavaksinminda

#ipgkithefirst

#perpustakaanipgikampusipoh

Mesyuarat AJK Perpustakaan Bil 2/2021

 

7 Disember 2021 - Mesyuarat AJK Perpustakaan Bil 2/2021 telah diadakan di Ruang Bacaan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh pada pukul 3.00 petang.

En. Mohammad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor mempengerusikan mesyuarat tersebut dan dihadiri seramai 14 AJK Perpustakaan. 

Pelbagai isu, perkara dan program yang dibincangkan. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pengerusi juga merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#kitajagakit

#membacavaksinminda

Sumbangan Buku 2021 : Terima Kasih Persatuan Puisi Cina Perak

 



7 Disember 2021 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku daripada Persatuan Puisi China Perak yang berjudul “Koleksi Puisi Edisi 24.”

Terima kasih kepada En. Yu Chee Han yang merupakan wakil persatuan ini untuk menyerahkan naskah ini kepada En. Mohammad Nurul Azmi bin Mat Nor @Ahmad Nor, Ketua Pusat Sumber IPG KI.

Semoga menjadi rujukan pengguna perpustakaan.


#leadingfuturemodelteacher

#membacavaksinminda

#ipgkithefirst