Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

30 Jul 2016

Program Khidmat Sosial @Perpustakaan 1Malaysia Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3

Pada 30 Julai 2016, 12 ahli Kelab Rakan Perpustakaan bersama-sama dengan Ketua Unit Perpustakaan, Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin, pensyarah IPGKI En. Zainal Abidin Bin Sulaiman dan 3 orang staf Perpustakaan IPGKI telah menjayakan 'Program Khidmat Sosial Kelab Rakan Perpustakaan' di Perpustakaan 1Malaysia Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa program terbabit adalah menghias perpustakaan dan menanam pokok di sekitar kawasan terbabit. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai Perpustakaan 1Malaysia Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3, Puan Najihah dan Cik Marina diatas layanan mesra yang telah diberikan. Semoga kerjasama di antara 2 perpustakaan ini akan berterusan selamanya.

Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 3.00 petang. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di atas komitmen yang telah diberikan.













22 Jul 2016

Perbincangan untuk mengadakan kerjasama antara Perpustakaan IPGKI dan Perpustakaan Desa Manjoi

Pada 22 Julai 2016, Puan Najihah, Pembantu Perpustakaan dari  Perpustakaan 1Malaysia Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3 telah hadir ke Perpustakaan IPGKI untuk membuat perbincangan mengenai kerjasama di antara kedua-dua perpustakaan. Hasilnya satu aktiviti khidmat sosial akan diadakan di perpustakaan tersebut pada 30 Julai 2016.

Aktiviti khidmat sosial ini akan disertai oleh ahli kelab rakan perpustakaan dan staf Perpustakaan IPGKI.
















21 Jul 2016

Program Bicara Buku Sesi Ke-4


Perpustakaan IPGKI sekali lagi telah mengadakan program Bicara Buku sesi 4 bersama pensyarah Puan Hajah Fatimah Bt. Ibrahim (Jabatan Pengajian Melayu) dan dua orang pelajar dari Unit Q8 iaitu Cik Chui Jia Wei dan Cik Ngoi Zhi Hoay pada 20 Julai yang lalu.



Program ini diadakan pada setiap petang Rabu bermula 2.30 petang sehingga 3.15 petang. Program Bicara Buku ini diadakan untuk memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar IPGKI ini berkongsi ilmu tentang buku yang telah dibacakan. Program ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang pelajar dan pensyarah. 



Bicara buku pada kali ini terbahagi kepada tiga sesi. Sesi pertama dimulakan dengan ulasan buku oleh Puan Hajah Fatimah Bt Ibrahim dengan berjudul 'Kepelbagaian Pelajar dan Perbezaan Pembelajaran' oleh Prof. Dr. Zamri Mahamod, Dr. Ruslin Emir dan Prof. Dr. Mohamed Amin Embi. Buku ini mengupas dan mengemukakan tentang konsep kepelbagaian pelajar dan kepentingannya dalam konsep PdP di dalam bilik darjah. 



Sesi kedua bicara buku ini telah diteruskan dengan bicara buku oleh Cik Chui Jia We dengan novel kanak-kanak berbahasa cina yang berjudul 'Xing Fu Pai Lie Zu He' oleh Sang Xiao Na. Novel ini menceritakan kisah bagaimana sorang ayah tiri yang ingin merapatkan hubungan di antara anak tirinya.


Pada sesi ketiga pula diteruskan dengan Cik Ngoi Zhi Hoay dengan novel bahasa Inggeris yang diadaptasi dari filem yang berjudul 'Me Before You'. Novel ini mengisahkan William yang mengalami kecelakaan dan telah menyebabkannya lumpuh. Semenjak dirinya dijaga oleh Lou, mereka berdua saling berkomunikasi dengan baik dan dekat sehingga akhirnya hidup mereka berubah.




Akhir sekali bicara buku ini ditamatkan dengan pemberian sijil oleh Pembantu Perpustakaan Kanan iaitu Encik David A/L Rayappan kepada ketiga-tiga orang penyampai bicara buku tersebut.























11 Jul 2016

Portal e-Perpustakaan Institut Pendidikan Guru (IPGM)



Dimaklumkan bahawa Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan kerjasama Unit Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Malaysia telah mewujudkan Portal e-Perpustakaan IPGM yang bertujuan untuk memberi kemudahan dan alternatif yang pelbagai dalam mengakses maklumat yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan. Capaian portal tersebut boleh dibuat melalui lama sesawang berikut :


Adalah diharapkan agar semua warga kampus menggunakan portal tersebut sebagai salah satu medium capaian dan pencarian maklumat yang disediakan oleh Perpustakaan Kampus.

1 Jul 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016 1437H

Berbuat khilaf adalah sifat
Meminta maaf adalah kewajipan
Kembalinya fitrah adalah tujuan
Mohon maaf zahir dan batin buat sahabat

Unit Perpustakaan IPGKI mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada seluruh warga IPG Kampus Ipoh. Semoga Hari Raya pada tahun ini memberi seribu rahmat kepada kita semua.