Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

28 Jan 2022

Pameran Bertema Jabatan/Unit 2022 : Bersama Unit Pengajian Cina (UPC) IPG Kampus Ipoh

 


28 Januari 2022 - Tahniah kepada Unit Pengajian Cina, IPG Kampus Ipoh telah merealisasikan Pameran Bertema Jabatan/Unit yang pertama bagi tahun 2022. Pameran ini menyerikan sudut Seri Refflesia dalam Unit Perpustakaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang tidak lama lagi menjelang tiba.

Pameran ini menyerlahkan keunikan kaligrafi Cina yang membawa maksud semoga tahun Harimau yang disambut memberikan harapan yang baik dan kebahagiaan kepada semua. Pameran ini juga  memberi informasi  berkaitan budaya masyarakat Cina semasa sambutan Tahun Baharu Cina.

Semua warga kampus dialu-alukan berkunjung ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh untuk merasai kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina dan memahami budaya masyarakat Cina di Malaysia melalui artikel-artikel yang dipamerkan.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference


26 Jan 2022

Bengkel Audit Pematuhan MQA-04 Siri 1

 


26 Januari 2022 - Syabas Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan) dan Pn. Nasimah binti Abdul Jal telah menghadiri Bengkel Audit Pematuhan MQA-04 Siri 1 dengan jayanya. Bengkel tersebut di adakan di Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh anjuran Sekretariat Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi, Jawatankuasa Pelaksana Akreditasi dan Validitasi dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan IPG Kampus Ipoh. Seramai 30 orang Pensyarah menghadiri bengkel tersebut.

24 Jan 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Bil. 1/2022


24 Januari 2022 - Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Bil. 1/2022 telah diadakan di Perpustakaan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pn. Saidatul Nadiah bt Shamsuddin dan dihadiri seramai 15 orang pensyarah. Mesyuarat tersebut membincangkan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Semoga apa yang yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

Hebahan : Taman Berkarya Menjadi Platform Untuk Berkarya

 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera πŸŒ·πŸŒ·

Berita baik kepada semua rakyat Malaysia πŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”Š

Anda berminat dan berjinak-jinak dalam bidang penulisan?
Anda dah menulis tapi belum diterbitkan?
Jangan risau dan jangan perap karya anda.. kami di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh menyediakan Taman Berkarya ini menjadi platform untuk anda mengembangkan bakat berkarya anda πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

Jom imbas QR code untuk maklumat lanjut πŸ˜‰

Panduan Untuk Menghantar Karya Kreatif Taman Berkarya 2022

Hantarkan karya anda ke email library@ipgmipoh.edu.my

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#tamanberkarya 

Sumbangan Limau Simbolik Perayaan Tahun Baharu Cina

24 Januari 2022 - Terima kasih Unit Pengajian Cina diatas sumbangan limau sebagai simbolik perayaan Tahun Baharu Cina yang tidak lama lagi menjelang tiba. 

#leadingfuturemodelteacher
#makeadifference 
#ipgkithefirst 
#GongXiFaCai2022 
#perpustakaanipgki

20 Jan 2022

Program One Fun Day with Kids

20 Januari 2022 - Tahniah kepada semua kakitangan di Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh, Pelajar Latihan Industri UiTM Merbuk, Kedah dan Prasekolah Seri Mawar di Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh diatas penganjuran program ini.

Tujuan program ini sejajar dengan Pelan Strategik iaitu dalam aspek perkongsian pintar. Ia selaras dengan inisiatif keenam iaitu mewujudkan penglibatan dengan pelbagai agensi media cetak dan digital bagi menyebarluaskan informasi atau maklumat. Justeru, karya-karya yang dihasilkan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan memberi impak yang besar kepada para pembaca.

Terima kasih kepada Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh, En. Zulkufli bin Mahayudin kerana sudi merasmikan Program One Fun Day with Kids seterusnya melancarkan buku cerita kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris yang ditulis sendiri oleh Guru Prasekolah Seri Mawar, Cik Zety Aziz.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh

19 Jan 2022

Hebahan : 'One Fun Day With Kids'

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Ayuh mengembara bersama kami di dasar lautan

Nantikan aktiviti kami secara langsung yang akan diadakan pada:

Tarikh    : 20 Januari 2022 (Khamis)
Masa     : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Tanjung IPG KI

Semua warga institut dijemput hadir. Warga maya boleh menonton di pautan yang akan disediakan esok. 

Jangan lupa ya temujanji kita.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki

13 Jan 2022

Sanitasi Perpustakaan IPG Kampus Ipoh


13 Januari 2021 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah membuat sanitasi semua ruang di Perpustakaan.Terima kasih kepada semua kakitangan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang sudi memberi sumbangan kewangan untuk tujuan tersebut.

#ipgkithefirst
#leadingfuturemodelteacher 
#makeadifference
#perpustakaanipgki

e-Buletin UPIPGKI Bil. 4/2021

 

e-Buletin UPIPGKI Bil. 4/2021

113 Januari 2022 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah berjaya menerbitkan e-Buletin UPIPGKI Bil. 4/2021. Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin (Ketua Unit) merakamkan ucapan tahniah  kepada pasukan perpustakaan di atas komitmen yang diberikan dalam menyiapkan e-Buletin UPIPGKI Bil. 4/2021 ini. 


Selamat membaca.

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#perpustakaanipgki
#perpustakaannegaramalaysia






http://online.anyflip.com/hfyja/iuvm/

12 Jan 2022

Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 1/2022

12 Januari 2022 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Unit Bil 1/2022 pada pukul 4.00 petang. Buat pertama kalinya mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin (Ketua Pusat Sumber), yang baharu dilantik.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan), Pn. Sharmila binti Siron (Pembantu Pustakawan Kanan S22), Pn. Nasimah bt Abdul Jal (Pembantu Pustakawan S22) dan Pn. Nazariah bt Mat Mizar (Pembantu Operasi).

Mesyuarat tersebut membincangkan aktiviti-aktiviti yang dirancang pada 2022 ini. Dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi juga merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua Pegawai dan kakitangan Unit Perpustakaan diatas kecemerlangan yang telah dicipta selama ini. Semoga kecemerlangan ini diteruskan pada tahun ini walaupun mengalami kekurangan seorang kakitangan perpustakaan. Mesyuarat ini berakhir pada jam 5.45 petang. 

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#membacavaksinminda
#makeadifference

7 Jan 2022

Tahniah : Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas - Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin




7 Januari 2022 - Selamat datang kepada Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin. Tahniah diatas pelantikan sebagai Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.  Turut diselitkan sesi penyerahan Nota Serah Tugas daripada En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor (mantan Ketua Unit Perpustakaan) kepada Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin (Ketua Unit Perpustakaan).

Semoga Unit Perpustakaan akan terus mengukir kecemerlangan.

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh

Sekalung Penghargaan Buat En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @Ahmad Nor dan Pn. Asrofah bt Anuas

7 Januari 2022 - Terima kasih kepada En. Nurul Azmi Mat Nor (mantan Ketua Unit Perpustakaan) dan Pn. Asrofah bt Anuas atas khidmat bakti yang telah diberikan kepada Unit Perpustakaan. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan menabur bakti dengan cemerlang di tempat baharu.

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
#makeadifference

Sejambak Budi 2022 : En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor@Ahmad Nor dan Pn. Asrofah bt Anuas

7 Januari 2022 -  Majlis Sejambak Budi meraikan sempena pertukaran En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @Ahmad Nor ke Unit Pembangunan Latihan manakala Pn. Asrofah bt Anuas ke Unit Praktikum. Terima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang bertugas di Unit Perpustakaan. Semoga terus cemerlang di unit baharu.

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
#makeadifference

3 Jan 2022

Taman Berkarya Siri 3/2021 (eISSN 2710-6810)

 Klik sini Taman Berkarya Siri 3/2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera… sudah tentu peminat setia Buletin Taman Berkarya kami tertunggu-tunggu kemunculan siri terakhir bagi penutup tirai tahun 2021.

Tahniah dan terima kasih kepada semua penyumbang karya dan sidang penerbit siri kali ini.


Selamat membaca semua.

#leadingfuturemodelteacher #membacavaksinminda

#ipgkithefirst

#upustaka #perpustakaanipgikampusipoh

1 Jan 2022

Selamat Tahun Baharu 2022

 



🌺Selamat Tinggal 2021... πŸŒΊ

Terima kasih untuk segalanya.
Masa lalu adalah kenangan.
Masa kini adalah kenyataan.
Masa depan adalah harapan.
Selamat tinggal kenangan.
Selamat datang harapan..

🎊Selamat Tahun Baru 2022🎊

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#Perpustakaanipgikampusipoh
#ipgkampusipoh 

See less