Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

PAUTAN

17 Aug 2017

Taman Berkarya Siri 4/2017





Alhamdulillah, Unit Pusat Sumber dapat menerbitkan lagi Taman Berkarya Siri 4/2017. Unit Pusat Sumber juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Pensyarah yang menyumbang karya nukilan sendiri. Sekiranya Dr./Tuan/Puan ingin mendapatkan Taman Berkarya Siri 4/2017 ini, sila berhubung melalui Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh.

9 Aug 2017

Pertandingan Deklamasi Sajak Sempena Hari Kemerdekaan

Pada 25 Ogos 2017 akan datang, Unit Pusat Sumber akan menganjurkan Pertandingan Deklamasi Sajak Sempena Hari Kemerdekaan. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga IPG Kampus Ipoh. Jom bersama serlahkan semangat patriotik anda melalui deklamasi sajak ini.



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
1.         SAJAK TENTANG PATRIOTIK
2.       PESERTA DIBENARKAN MENDEKLAMASI SAJAK DALAM BAHASA MELAYU SAHAJA.
3.       HANYA 5 ORANG PEMENANG YANG DIUMUMKAN.
4.       SAJAK HENDAKLAH TIDAK MENYENTUH ISU SENSITIF AGAMA DAN BANGSA
5.       SALINAN SAJAK HENDAKLAH DISERAHKAN KEPADA KAUNTER UNIT PUSAT SUMBER PADA 18/08/2017
6.       MASA DEKLAMASI SAJAK DIHADKAN 5 MINIT.
7.       PESERTA DIBENARKAN MEMBAWA ALATAN PERSEMBAHAN YANG BERSESUAIAN DAN MINIMA SAHAJA.CONTOH, KERIS, BUNGA DAN LAIN-LAIN
8.       PESERTA TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN SLIDE VIDEO

9.       KEPUTUSAN PANEL JURI ADALAH MUKTAMAD. SEBARANG RAYUAN/TIDAK PUAS HATI TIDAK AKAN DILAYAN.