Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

25 Apr 2017

Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah ~ En. Mubin Md Nor


Pada 25 - 28 April 2017 ini, Unit Perpustakaan meneruskan aktiviti "Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah" . Pameran minggu ini terdiri daripada koleksi bahan bacaan En. Mubin Bin Md Nor. Terdapat buku biografi seperti MYDIN Disebalik Tabir dan Jiwa Seorang Negarawan. Selain itu, beliau juga mempamerkan buku motivasi, pendidikan dan hiburan seperti 'The Beatles'. Para pengunjung dialu-alukan melihat sendiri bahan bacaan beliau. Semoga para pengunjung mendapat manafaat dan inspirasi melalui pameran ini. Terima kasih En. Mubin bin Md. Nor atas kesudian dan kerjasama yang diberikan.


Program 'Jom Baca Bersama Selama 10 Minit'

PROGRAM 'JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT' DIADAKAN SERENTAK DISELURUH NEGARA PADA HARI INI 25 APRIL 2017 JAM 11.00 PAGI - 11.10 PAGI


UNIT PERPUSTAKAAN MENJEMPUT SEMUA WARGA IPG KAMPUS IPOH TURUT SERTA DALAM PROGRAM INI.



18 Apr 2017

Program Read & Share 2017 " Reading For A Great Life"


Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Hadzrawiah Bt Abu Kasim (Unit Pengajian Inggeris) dan Puan Umaimah Bt Mohd Idris (Unit Pengajian Inggeris) serta 2 orang guru pelatih kerana telah melibatkan diri dalam Program Read & Share 2017 " Reading For A Great Life" seperti ketetapan berikut :
                             Tarikh : 14 April 2017
                             Tempat : IPG Kampus Pulau Pinang
                             Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
                             Peserta : Pendidik Asia Tenggara

Terima kasih Puan Suraya Bt Harun (Ketua Jabatan Bahasa) di atas kerjasama yang diberikan demi menjayakan program tersebut.

Program YSEARLI Digital Speakers Series 1


Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Nor'Azah Bt Abd. Aziz (Unit Pengajian Inggeris, Jabatan Bahasa) bersama mentee (27 orang guru pelatih) dan En. S. Ahamd Suhaimi Bin S.Mohd Said kerana menyertai Progran YSEARLI Digital Speakers Series 1 Anjuran Lincoln Corner dengan kerjasama Perpustakaan Awam Negeri Perak dan Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh seperti ketetapan berikut : 

                                       Tarikh : 12 April 2017
                                       Masa  : 7.00 mlm - 9.30 mlm
                                       Tempat : Quest International University Perak

Program ini adalah berbentuk forum digital menggunakan google hangout di antara Nicol Perez yang berada di Amerika Syarikat dan moderatornya di Jakarta, Indonesia. Peserta program ini termasuklah dari Perak (IPG Kampus Ipoh dan Quest International University Perak), dan UNIMAS, Sarawak. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah ~ Tuan Haji Hamdan bin Yaakub

Sepanjang minggu ini (17 - 21 April 2017) Tuan Haji Hamdan Bin Yaakub akan mempamerkan koleksi bahan bacaan beliau di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Dr.,Tuan/Puan di jemput ke Pusat Sumber untuk melihat sendiri dan membaca koleksi bahan bacan beliau.Buku-buku bacaan peribadi beliau berunsur agama Islam, buku motivasi dan novel travelog. Diharapkan jua pameran ini memberi impak positif kepada para pengunjung. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Hamdan di atas kesudian dan kerjasama beliau dalam pameran ini.

13 Apr 2017

Pameran Koleksi Bahan Bacaan Peribadi Pensyarah ~ Tuan Haji Mohd Kamal

Pada 10 - 14 April 2017, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Pensyarah Tuan Haji Mohd Kamal mempamerkan koleksi bahan bacaan peribadi beliau. Buku-buku beliau pamerkan berunsur agama Islam. Terdapat juga novel sejarah Islam seperti Perjanjian Hudaibiyah, Perang Khaibar, Perang Badar dan Perang Khandaq. Para pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh amat dialu-alukan melihat sendiri buku-buku tersebut. Diharapkan jua para pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mendapat manafaat melalui pameran ini. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan  Haji Mohd Kamal atas kesudian beliau mempamerkan koleksi bahan bacaan peribadi beliau.


7 Apr 2017

Program Memasyarakatkan Perpustakaan Desa

Pada 1 April 2017, Unit Perpustakaaan telah terlibat dengan Program Memasyarakatkan Perpustakaan Desa yang dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Dato' Ahmad Said Tambahan 3, Manjoi. Seramai 72 orang guru pelatih telah mengikuti program ini iaitu sebagai peserta Bicara Buku, Pameran Alat Bantu Mengajar, Pengacara Majlis dan jualan buku. Program ini juga turut disertai oleh beberapa orang pensyarah IPG Kampus Ipoh. Antaranya ialah Hj. Hamdan bin Yaakub, Pn. Hayati Bt Mat Desa, Pn. Norehan Bt Muhammad, En. Hairi bin Yahya, En. Rosli bin Ngah dan Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin sebagai panel Bicara Buku. Manakala Dr. Mohd Razak bin Nordin, Dr. Hajah Fatimah bt Ibrahim dan Haji Mokhtar bin Haji Rais sebagai hakim Pertandingan Bercerita. Program ini dirasmikan oleh YB. Ziad (ADUN Manjoi). Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. 

6 Apr 2017

Promosi Hari Karnival Pendidikan 2017 di Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah diamanahkan untuk mempromosikan Hari Karnival Pendidikan 2017. Oleh itu, Pn. Nasimah Abdul Jal (Pembantu Pustakawan) dan Pn. Nur Azlina (Pembantu Operasi) telah mempromosikan Hari Karnival Pendidikan 2017 ke institusi pendidikan di sekitar Seri Iskandar. Antaranya ialah Universiti Teknologi Petronas, UiTM Seri Iskandar, Kolej Profesional MARA, Kolej Vokasional Seri Iskandar dan SMKA Sultan Azlan Shah.
5 April 2017

5 Apr 2017

Pameran Koleksi Bahan Bacaan Peribadi Dr. Fauziah Hanim Md. Yusof

Sepanjang minggu ini iaitu 3 - 7 April 2017, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Dr. Fauziah Hanim membuat pameran Koleksi Bahan Bacaan Peribadi Dr. Fauziah Hanim. Unit Perpustakaan amat berbesar hati dan berterima kasih kepada beliau yang memberi kerjasama dalam aktiviti ini. Semua pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dialu-alukan melihat sendiri buku-buku bacaan peribadi beliau. Terdapat buku-buku berunsur agama, motivasi dan pendidikan. Selain buku, beliau juga mempamerkan thesis. Semoga para pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dapat manafaat melalui pameran ini. 


4 Apr 2017

Mengwar-warkan Hari Karnival Pendidikan 2017

Karnival Pendidikan 2017 yang dianjurkan oleh IPG Kampus Ipoh akan diadakan pada 11 dan 12 April 2017. Pelbagai cara atau kaedah digunakan untuk memaklumkan dan mengwar-warkan kepada masyarakat dan para pelajar. Diantaranya dengan menggunakan media sosial seperti facebook, blog perpustakaan,  dan aplikasi whatsapp. Selain itu, hebahan turut dibuat menerusi radio, banner, poster, pengumuman di masjid-masjid sekitar Ulu Kinta dan Tambun. Marilah kita bersama-sama turut memeriahkan Hari Karnival Pendidikan 2017. 


Gambar : Kelihatan Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan) dan En. Rosli Bin Ngah (Penolong Ketua Unit Perpustakaan I) telah ke Masjid Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta dan Masjid di Tanjung Rambutan.