Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

29 Jan 2018

Program Bicara Karya: Mana Sikana

Pada 27 Januari 2018, bertempat di Dewan Mini Teater, IPG Kampus Ipoh telah diadakan Program Bicara Karya: Mana Sikana yang dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Persatuan Karyawan Perak dan RHM Indah Kawalan Sdn. Bhd. Selaku Ketua Program Bicara Karya: Mana Sikana, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin berasa bangga dengan kehadiran Dr. Mana Sikana (yang diraikan / dibicarakan), Dr. Yahya bin Osman (Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh), ahli panel iaitu Dr. Zabidin Hj Ismail (Presiden Persatuan Karyawan Perak), Dr. Nor Hasimah bt Ismail (pensyarah UUM), Dr. Hasrina Bt Baharum (pensyarah UPSI) dan Hj Hamdan bin Hj Yaakub (pensyarah IPG Kampus Ipoh). Program ini dirasmikan oleh En. Abdul Wahab bin Hamzah (Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara). Unit Pusat Sumber merakamkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat menjayakan program ini.  

24 Jan 2018

Mesyuarat AJK Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta

Pada 20 Januari 2018, Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) dan En. S. Ahmad Suhaimi Bin S. Mohd Said (Pen. Ketua Unit Pusat Sumber) telah menghadiri Mesyuarat AJK Perpustakaan Desa Kg. Tersusn Batu 8, Ulu Kinta. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan program atau aktiviti yang akan dilaksanakan  pada tahun 2018. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan. Insya Allah.
 

Program Penyelidikan Khazanah Bersejarah Tukang Besi

Pada 7 Januari 2018, Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh), Hj Hamdan Bin Hj Yaakub (Pensyarah Pengajian Melayu), Dr. Zabidin Hj Ismail (Presiden Persatuan Karyawan Perak) dan 3 orang guru pelatih telah pergi ke Kg. Paloh, Layang-layang Kiri, Parit, Perak untuk membuat penyelidikan khazanah bersejarah tukang besi. Sampai sahaja di sana, pihak keluarga tukang besi telah menyambut mesra dan menyediakan jamuan makan pagi dan tengahari sempena kedatangan pasukan penyelidik ini. Tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mendokumentasikan peralatan yang dibuat oleh tukang besi tersebut seperti keris, pedang, kerambit, parang, pisau dan sebagainya. Teknik membuat peralatan tersebut juga telah ditunjukkan kepada pasukan penyelidik ini. Semoga usaha ini memberi impak yang besar kepada khazanah bersejarah ini yang ada berusia 200 dan 300 tahun. 

11 Jan 2018

Mesyuarat Staf Unit Pusat Sumber Bil. 1/2018

Pada 10 Januari 2018 (Rabu) jam 10.30 pagi telah diadakan Mesyuarat Staf Unit Pusat Sumber Bil.1/2018 bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber. Malahan, mesyuarat itu juga telah dihadiri oleh Pustakawan yang baharu melapor diri iaitu Pn. Sabariah bt Khairuddin serta Penolong Ketua Unit Pusat Sumber iaitu En. S. Ahmad  Suhaimi bin Mohd Said. Pelbagai perkara dibincangkan agar Pusat Sumber ini bertambah mantap seiring dengan perkembangan semasa.





Selamat Datang Ke Organisasi Unit Perpustakaan IPGKI : Pn. Sabariah Bt Khairuddin

Pada 5 Januari 2018, Pn. Sabariah bt Khairuddin telah melapor diri bertugas sebagai Pustakawan di Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Kedatangan beliau telah disambut oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Sebelum ini, beliau telah bertugas di IPG Kent, Sabah. Warga IPG Kampus Ipoh, Unit Pusat Sumber khususnya sangat teruja dengan kehadiran beliau setelah hampir 3 tahun kekosongan Pustakawan. Kehadiran beliau akan memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. 

Selamat Datang dan Selamat Bertugas diucapkan kepada Pn. Sabariah Bt Khairuddin.


Aktiviti Pameran Koleksi Peribadi Pensyarah : Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin

Pada 2-12 Januari 2018 , Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin berkongsi pengetahuan melalui Aktiviti Pameran Koleksi Bacaan Peribadi yang dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Beliau mempamerkan koleksi bacaan beliau yang berunsurkan Kesusasteraan Melayu dan keagamaan. Selain itu, beliau juga mempamerkan buku hasil karya beliau sendiri 'Monolog Jiwa'. Diharap semua pengunjung Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dapat memanafaatkan aktiviti ini.

5 Jan 2018

Perbincangan Program Bicara Karya Dr. Malim Ghozali Pk.


Pada 4 Januari 2018 (Khamis) - Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah menerima kunjungan daripada Dr. Malim Ghozali Pk. Beliau merupakan Sasterawan Perak Ke-3 dan penerima SEA Write Award 2013. Kunjungan beliau telah disambut oleh Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh). Turut hadir termasuklah Hj. Hamdan bin Yaakub dan En. Hairi bin Yahya. Tujuan kedatangan beliau ke sini adalah untuk perbincangan tentang program yang akan diadakan seperti berikut :

Program
:
Bicara Karya Dr. Malim Ghozali Pk.

Tarikh
:
07 April 2018
Hari
:
Sabtu
Masa
:
8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat
:
Kampung Karyawan Malim, Gopeng, Perak.