Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

23 Jan 2024

Sumbangan Buku 2024 : Terima Kasih En. Hasri

 



Januari 2024 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku daripada En. Hasri bin Abu, Penolong pengarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, bertajuk "Jendela Ke Ruang Semesta".


Buku ini merangkumi pengalaman guru-guru perpustakaan dan media dari seluruh Perak.


Sumbangan buku ini kini menjadi sebahagian daripada koleksi Perpustakaan IPG Kampus Ipoh, menambahkan variasi bahan bacaan di perpustakaan. Terima kasih kepada En. Hasri bin Abu atas sumbangan yang berharga ini.


πŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“š


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#libraryipgmki2024

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#membacavaksinminda

#sumbanganbuku2024

15 Jan 2024

Tahniah & Selamat Datang : En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar



Tahniah dan Selamat Datang kepada En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar atas pelantikan sebagai Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh! Warga Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh turut berbesar hati menyambut kedatangan En. Badrul Hisham dalam peranan baru ini.


Kepakaran dan pengalaman En. Badrul Hisham diharapkan akan menjadi aset berharga dalam memimpin Unit Perpustakaan. Kami yakin dengan kepemimpinan yang cemerlang, Unit Perpustakaan akan terus mengukir kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti IPGM Kampus Ipoh.


Semoga perjalanan En. Badrul Hisham sebagai Ketua Pusat Sumber membawa kejayaan dan kemajuan kepada seluruh perkhidmatan perpustakaan. Warga Perpustakaan berharap agar kolaborasi yang erat antara beliau dan seluruh anggota perpustakaan dapat membawa Unit Perpustakaan ke aras yang lebih tinggi.


Tahniah sekali lagi kepada En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar. Semoga setiap langkah yang diambil membawa manfaat dan kecemerlangan kepada IPG Kampus Ipoh. Teruskan usaha dalam memajukan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan!


#perpustakaanipgmki 

#libraryipgmki2024 

#membacavaksinminda

10 Jan 2024

Tahniah & Selamat Maju Jaya : En. Hasri bin Abu



Kami, kakitangan Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh, ingin merakamkan ucapan terima kasih yang mendalam atas segala jasa dan bakti yang telah diberikan oleh En. Hasri sepanjang tahun 2023.


Kepakaran dan komitmen En. Hasri dalam memajukan Unit Perpustakaan sangat dihargai. Sumbangan yang tidak ternilai dalam mengembangkan dan meningkatkan perkhidmatan perpustakaan telah mencipta impak positif kepada komuniti IPGM Kampus Ipoh.


Tahniah kepada En. Hasri bin Abu atas pelantikan sebagai Penolong Pengarah, Sektor Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak! Semoga kejayaan sentiasa menyertai langkah-langkah anda yang cemerlang di tempat baru. 


Sekali lagi, terima kasih En.Hasri atas segala pengorbanan dan perkhidmatan yang telah diberikan!


#perpustakaanipgmki 

#libraryipgmki2024 

#membacavaksinminda

9 Jan 2024

Peminjam Buku Pertama Tahun 2024



Tahniah kepada ADRIANA MAHIRAH BT A. NIZAR dan NUR AMALIA HAZIRAH BINTI MOHD YUNUS – Pelajar Unit X8 sebagai 'Peminjam Buku Pertama 2024' di Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh! πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»


Sebagai tanda penghargaan, pihak perpustakaan berbesar hati memberikan hadiah kepada kedua-dua pelajar. Semoga pemberian ini menjadi pembakar semangat untuk terus memupuk minat membaca.


Jangan lupa untuk terus menyokong program perpustakaan dan jom meminjam buku di Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh. Terima kasih atas sokongan anda dalam menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga kampus.


πŸ“’JOM PINJAM BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGM KAMPUS IPOHπŸ“’


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki 

#libraryipgmki2024 

#membacavaksinminda