Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

Permohonan ISBN/eISBN/ dan ISSN/eISSN

Pemohon hendaklah warga di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh sahaja.

Mulai Januari 2021, Perpustakaan Negara Malaysia telah menambah baik perkhidmatan Permohonan ISBN/ISSN ini melalui melalui Depositori PNM  

Oleh itu di peringkat institusi, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menyediakan perkhidmatan tersebut  pautan di bawah ini :





🌹🌹🌹  Nota penting

Setelah nombor ISBN/eISBN atau nombor ISSN/eISSN diperolehi, pemohon hendaklah menyerahkan sebanyak 7 naskhah terbitan kepada Unit Perpustakaan :-

  • 2 naskhah - simpanan dan koleksi Perpustakaan
  • 5 naskah - diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia sepertimana yang tertera di dalam Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan (Akta 331) dimana setiap penerbit disyaratkan membuat penyerahan sebanyak 5 naskhah bahan bercetak (buku, carta dsb.) bagi setiap judul yang dipohon dalam tempoh 1 bulan dari tarikh penerbitannya kepada Timbalan Pengarah Kanan, Pusat Penyerahan Terbitan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Kegagalan menyerahkannya boleh disabitkan dengan denda tidak melebihi RM3,000.
  • Bagi eBook , pemohon hendaklah menyerahkan sebanyak 3 buah CD kepada Unit Perpustakaan (2 CD-diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) manakala 1 CD simpanan dan rujukan di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh)






0 comments:

Post a Comment