Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

PAUTAN

30 Jun 2014

Buku Jalanan IPGKI

Buku Jalanan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, maka Tuhan mengatur strategi buat manusia sekalian supaya dipimpin dengan pegangan Iqra, Bacalah, seperti yang tertulis di dalam kalamnya Surah Al-Alaq. Secara jelas, Tuhan tidaklah menetapkan satu-satu hal tanpa mengimbal balik secara total perihalnya (membaca) dalam kehidupan manusia sejagat.

Ali Syariati dalam Pandangan Dunia dan Ideologinya berpendapat bahawa ideologilah yang mampu mengubah masyarakat. Justeru, ideologi yang dibawa sebuah acara yang berkonsepkan peminjaman bahan bacaan secara percuma dan aktiviti-aktiviti seni serta dicetuskan atas rasa membuak untuk berkongsi budaya membaca bersama masyarakat dipilih untuk dibawa secara lebih dekat dengan masyarakat mahasiswa IPG Ipoh.

Pada tahun 2013, secara rasminya Buku Jalanan Institut Pendidikan Guru Ipoh; BJIPGKI (atau terdahulunya dengan nama #BukuLepakSantai) mula mengambil tempat di kawasan astaka pulako dengan berkadar dua minggu sekali. Ketika itu, penulis dan rakan-rakan berpendapat bahawa acara sebegini seharusnya diperluaskan ke setiap institusi untuk menyemai nilai intelektual dalam setiap bakal guru kerana membaca dan mempunyai pengetahuan yang luas mengenai sesuatu adalah penting bagi keberlangsungan sebagai guru efektif di sekolah. Kalau tidak silap penulis, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh juga merupakan penggerak pertama Buku Jalanan didalam maktab dan diikuti pula dengan penubuhan acara tersebut di Institut Pendidikan Guru Bahasa Antarabangsa.

Jujurnya, terdapat beberapa pandangan negatif ketika Buku Jalanan IPGKI mula beroperasi. Antara pandangan yang diberikan, “Mengapa perlu membaca diwaktu petang?”, “Waktu petang adalah untuk beriadah” dan sebagainya. Pada pendapat penulis, hal sedemikian merupakan sesuatu yang biasa kerana ketidakbiasaan para penuntut lain melibatkan diri dalam acara sebegitu secara langsung atau tidak. Begitu juga yang hendak penulis pesankan buat rakan-rakan diluar yang berada dalam apa jua organisasi untuk tidak patah semangat meskipun respon yang diterima tidak begitu memberangsangkan. Jangan khuatir, kita punya banyak masa dan ruang untuk memperbaik acara-acara yang telah dirancang demi kebaikan bersama. Selain hal yang dinyatakan, di kawasan Ipoh sendiri kita mempunyai komrad khas yang menggerakkan Buku Jalanan Ipoh di Padang Polo; rata-ratanya juga dikendalikan oleh pelajar maktab sendiri juga. Maka, tidak ada salahnya jika kita turut mewujudkan acara yang sama diperingkat masyarakat penuntut IPGKI.

Pada awalnya, buku-buku yang digunakan semasa acara Buku Jalanan dijalankan diperoleh daripada penulis bersama rakan-rakan dan pustakawan maktab, Puan Norhafiza. Berbekalkan segulung tikar, ‘placard’ yang tercatat sedikit pengenalan dan sebuah ‘luggage’ berisikan buku; Buku Jalanan IPGKI mula beroperasi. Namun begitu, langit tidak selalu cerah kerana di penghujung tahun 2013, ‘luggage’ yang penuh berisi buku tadi hilang diatas sebab-sebab yang penulis sendiri tidak ketahui. Wallahualam.








Meskipun Buku Jalanan IPGKI kelihatan menyepi pada awal tahun 2014 disebabkan – ketiadaan buku, kaki & tangan untuk pengelolaannya; penulis percaya pelbagai usaha akan dilakukan oleh krew semester ini.


Semoga bertemu lagi di lain penulisan !

Penggunaan WEBOPAC


1. Layari http://10.12.160.22/equip-ipip/ (Untuk paparan terbaik, gunakan Internet Explorer)


2. Untuk login, masukkan nombor kad pengenalan anda (tanpa sengkang) sebagai PATRON ID


Masukkan nombor terakhir dalam nombor kad pengenalan (satu digit sahaja) sebagai  PASSWORD


3. Anda akan dibawa ke profil anda, seperti yang tertera di bawah.


Di sini, anda boleh menyemak status pinjaman anda melalui pautan "On-Loan Item",


ataupun mula mencari bahan di pangkalan data Perpustakaan IPGKI melalui pautan "WebOPAC".


4. Page "On-Loan Item" akan menyenaraikan bahan yang sedang anda pinjam. Melalui paparan ini, anda boleh menyemak, dan memperbaharui pinjaman anda melalui butang "Renew" (sebanyak 3 kali sahaja)


Di page "WebOPAC" pula, anda boleh mencari bahan di pangkalan data Perpustakaan IPGKI, dengan memasukkan kata kunci (tajuk buku / nama penulis / topik) di ruang yang tertera.


WebOPAC boleh diakses secara terus di kaunter OPAC berhampiran kaunter perkhidmatan di Perpustakaan. Anda boleh mendapatkan bantuan daripada pembantu operasi, atau hubungi pustakawan.



SELAMAT MENGGUNAKAN WebOPAC!








PNM Digital


1. Layari www.pnmdigital.gov.my


2. Untuk mendaftar sebagai ahli baru klik butang seperti yang ditunjukkan


3. Anda akan dibawa ke page seterusnya di mana anda perlu mengisi borang pendaftaran seperti yang tertera. Anda juga perlu menanda jenis bahan bacaan pilihan anda dari beberapa bidang yang dicadangkan.


4. Klik butang "submit" setelah anda habis mengisi borang tersebut.


5. Anda akan dibawa ke page seperti di bawah. Pergi ke emel anda, dan daftar masuk menggunakan no kad pengenalan anda (sebagai username) dan kata laluan seperti yang dihantar di dalam emel anda.


6. Tahniah! Kini anda telah berjaya mendaftar sebagai ahli PNM Digital. Status anda akan bertukar seperti yang ditunjukkan. Kini anda boleh mula melayari laman web ini untuk mencari bahan bacaan pilihan anda.


Untuk mula melayari laman web ini, klik pada link "Untuk Ahli Berdaftar" seperti yang ditunjukkan.


Anda akan dibawa ke pangkalan data yang disediakan oleh PNM Digital. Di sini, anda boleh mula mencari bahan bacaan pilihan anda. 




Untuk bantuan lanjut, sila tinggalkan komen di bawah, atau hubungi pustakawan di library@ipip.edu.my


Selamat Mendaftar!






28 Jun 2014

Kad Keahlian Kelab Rakan Perpustakaan IPGKI

PERHATIAN kepada semua ahli Kelab Rakan Perpustakaan yang masih belum mendapat kad keahlian anda. Anda boleh hubungi Rabiatul Adawiyah unit L2 untuk mendapatkan kad keahlian anda. Kad ini boleh digunakan untuk proses peminjaman bahan (selain menggunakan kad matriks).

Sebarang pertanyaan sila tinggalkan komen di bawah, atau mesej kami di page facebook Kelab Rakan Perpustakaan.

Senarai Keratan Akhbar

Pautan web di bawah akan membawa anda ke "Senarai Keratan Akhbar 2008 - 2014" di Google Drive. Senarai ini disusun mengikut jenis akhbar (Utusan Malaysia, News Straits Times, Berita Harian, Star dan satu akhbar Bahasa Cina), dan dikumpul dari tahun 2008 - 2014.

Klik di Sini

Nota: Senarai ini hanyalah sebagai rujukan pengguna mengenai senarai keratan akhbar yang terdapat di Perpustakaan IPGKI. Anda tidak boleh mengakses keratan akhbar ini secara online, kerana bahan-bahan ini hanya boleh diakses secara fizikal di Bilik Redspot di Perpustakaan IPGKI.

Senarai Tesis Tulisan Pelajar dan Pensyarah IPGKI

Pautan web di bawah akan membawa anda ke dokumen bertajuk "Senarai Tesis Pelajar dan Pensyarah IPGKI" di Google Drive. Senarai ini disusun mengikut tajuk matapelajaran/kursus, dan tahun terbitan.

Klik di Sini 

Nota: Senarai ini hanyalah sebagai rujukan pengguna mengenai senarai tesis yang terdapat di Perpustakaan. Anda tidak boleh mengakses tesis ini secara online, kerana tesis-tesis ini hanya boleh diakses secara fizikal di Bilik Redspot di Perpustakaan IPGKI.

23 Jun 2014

Zine Rantaian Kata #2 : Terma dan Syarat Penyertaan

Terma & Syarat Penulisan Zine#2 IPGKI, " Zine Suatu Ketika "

1. Zine ini merupakan hasil usaha dan kesinambungan daripada Zine Rantaian Kata yang telah diterbitkan pada tahun lepas.
2. Tema zine – Mengenai pengalaman atau perasaan di masalalu. Puisi atau cerpen yang dihasilkan wajib dimasukkan frasa ‘suatu ketika’. (*contoh jika menulis dengan Bahasa Inggeris – ‘once upon’)
3. Terbuka kepada semua warga IPGKI (Pensyarah dan Pelajar)
4. Pihak editor zine menerima penulisan karya (cerpen/puisi) dalam bahasa berikut : Bahasa Melayu, English, Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Kadazan dan semua jenis bahasa yang mampu ditulis dan dibaca oleh umum
5. Karya akan dikumpul dan melalui fasa pemilihan, penyuntingan dan dijilidkan menjadi sebuah zine.
6. Penulis karya akan diberikan satu copy percuma zine untuk simpanan peribadi & sijil penghargaan.
7. Tarikh tutup - 18 Julai 2014. Karya anda hendaklah diemelkan ke kpipgki@yahoo.com. Sebarang pertanyaan, hubungi saudari Rabiatul L2 (0135204539)

Selamat berkarya !