Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

30 Jun 2020

Taman Berkarya Siri 2/2020


30 Jun 2020 - Alhamdulillah, hari ini  Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber) berasa bangga dan gembira kerana Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menerbitkan Taman Berkarya Siri 2/2020 (eISSN 2710-6683) . Beliau merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua warga IPG Kampus Ipoh dan ahli Persatuan Karyawan Perak yang menyumbangkan karya dalam Taman Berkarya ini. Beliau juga berdoa dan berharap agar semua warga IPG Kampus Ipoh terus menulis dan menyumbangkan karya untuk penerbitan Taman Berkarya akan datang.  Teks penuh Taman Berkarya Siri 2/2020 Taman Berkarya Siri 2/2020

Koleksi Taman Berkarya Taman Berkarya (eISSN 2710-6683)

Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih Hj. Ahmad bin Ahmad Rusdi


30 Jun 2020 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Hj Ahmad bin Ahmad Rusdi (Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan) kerana sudi menyumbangkan buku-buku untuk ditempatkan di perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga IPG Kampus Ipoh.

29 Jun 2020

Kunjungan dan Penyerahan Gegantung 'Jom Baca' dan 'u-Pustaka' : Perpustakaan Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta



29 Jun 2020 - Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berasa sungguh bertuah pada hari ini kerana menerima kunjungan balas dari Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta yang diketuai oleh En. Halim. Semoga pertemuan ini memberi manfaat untuk semua.

Penyerahan Gegantung 'Jom Baca' dan 'u-Pustaka' : Perpustakaan Pusat Latihan Askar Wataniah Ipoh


29 Jun 2020 - Terima kasih kepada En. Irfan Iman  dari Perpustakaan Pusat Latihan Askar Wataniah Ipoh kerana sudi berkunjung ke  Perpustakaan IPG Kampus Ipoh  untuk mengambil gegantung dari Perpustakaan Negara Malaysia disamping berkongsi pengalaman dan idea berkaitan bidang kepustakawanan

28 Jun 2020

Antologi Puisi Suara Dari Laman Yang Hilang


28 Jun 2020. Warga IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Dr. Yahya bin Osman (Pengarah IPG Kampus Ipoh) kerana 2 puisi beliau telah diterbitkan dalam buku "Antologi Puisi Suara Dari Laman Yang Hilang". Tajuk puisi beliau ialah Keramat X dan Pah Bedah Dulu Dan Kini. Antologi tersebut diselenggarakan oleh Ratna Laila Shahidin dan Dr. Khairuddin Mohamad. Semoga warga IPG Kampus Ipoh dapat suntikan semangat dan motivasi di atas kesungguhan Dr. Yahya menghasilkan puisi serta berkarya.

26 Jun 2020

Kunjungan Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh ke Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur



25 Jun 2020. Unit Perpustakaan IPGKI telah berkunjung ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk mengambil buku sumbangan di Unit Hadiah dan Sumbangan, mengambil 6 set bunting U-Pustaka dan Jom Baca di Bahagian Gerakan Literasi Maklumat, menyerahkan beberapa buah penerbitan IPG Kampus Ipoh sepanjang PKP/PKPB/PKPP ke Pusat Penyerahan Negara dan seterusnya mendengar taklimat ringkas berkaitan U-Pustaka di Galeri U-Pustaka.
Terima kasih kepada En.
Yazid Ibrahim
kerana sudi berkongsi maklumat yang bermanfaat ini. Begitu juga kepada rakan-rakan di Perpustakaan Negara Malaysia kerana sudi menerima kunjungan dari kami.
Kepada Perpustakaan Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perpustakaan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perpustakaan Raja Perempuan Bainun, Perpustakaan Kolej Kesihatan Sultan Azlan Shah, Perpustakaan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dan Perpustakaan Pusat Latihan Askar Wataniah boleh mengambil bunting kiriman kalian di perpustakaan kami bila-bila masa. Kami menunggu kehadiran kalian. πŸ₯°

25 Jun 2020

Sumbangan Buku 2020 : Terima kasih Hj. Jalani bin Husain


25 Jun 2020 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Hj Jalani bin Husain (pensyarah Jabatan Sains Matematik) kerana sudi menyumbangkan dua buah novel karya anak beliau iaitu Yumi Hyra (nama pena). Judul novel tersebut ialah Bukan Encik Sempurna dan Encik Ulat Buku (terbitan Jun 2020). Semoga sumbangan novel ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengguna perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

19 Jun 2020

Norma Baharu Pasca Covid 19


Marilah kita bersama-sama mengamalkan norma baharu ini.

16 Jun 2020

Perkhidmatan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)


Kepada warga IPG Kampus Ipoh, semua perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan kini dibuka semula seperti biasa dalam norma baharu.
Perkhidmatan rujukan, peminjaman/pemulangan/melanjutkan peminjaman, permohonan ISBN,  perkhidmatan bilik IT, penggunaan bilik perbincangan dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, Perpustaakaan IPG Kampus Ipoh ditutup jam 1.00 petang-2.00 petang (Isnin-Khamis) dan jam 12.15 tengah hari - 2.45petang (Jumaat). Cuti umum di tutup.

Denda lewat pulang buku tidak akan dikira sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa.

7 Jun 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan : 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.


Marilah kita bersama-sama berdisiplin mematuhi SOP dan mengamalkan norma baharu menjadikannya satu kebiasaan.
#staysafe

6 Jun 2020

Selamat Menyambut Hari Pustakawan



Selamat menyambut Hari Pustakawan kepada semua warga perpustakaan seluruh Malaysia. Tahniah! Anda juga sebahagian daripada wira negara yang sentiasa menyebarkan dan berkongsi maklumat setiap hari sepanjang musim Covid 19 ini.

3 Jun 2020

Temubual : Penerimaan Sebagai Rakan Rujuk Bagi Program Perkongsian Ulasan Buku



3 Jun 2020 - Pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia khususnya Perpustakaan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah mengadakan temu bual bersama Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh). Temu bual tersebut melalui panggilan video. Tujuannya adalah untuk mengetahui dan berkongsi maklumat tentang Program Bicara Buku Atas Talian (maya) yang telah berjaya dianjurkan oleh Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh serta mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Sabariah bt Khairuddin (pustakawan) yang memberi komitmen yang tinggi demi menjayakan program tersebut.

2 Jun 2020

Selamat Menduduki Peperiksaan Online



Buat semua guru pelatih IPG Kampus Ipoh #stayathome #staysafe