Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

28 Oct 2021

Seminar Kebangsaan Pembantu Pustakawan 2021

 


27 - 28 Oktober 2021 - Pn. Sharmila bt Siron dan Pn. Nasimah bt Abdul Jal kerana telah menghadiri Seminar Kebangsaan Pembantu Pustakawan 2021 yang dianjurkan oleh Perpustakaan Sultanah Nur  Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Seminar tersebut diadakan secara maya melalui platform Webex.


#skpp2021

#ipgm

#perpustakaanipgki

#makeadifference

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#seminarkebangsaan

25 Oct 2021

Kunjungan Tuan Ahmad Hisham Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Balai, Balai Bomba Dan Penyelamat Ipoh ke Perpustakaan

25 Oktober 2021 - Pihak perpustakaan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Ahmad Hisham Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Balai, Balai Bomba Dan Penyelamat Ipoh kerana sudi mengunjungi perpustakaan selepas menghadiri Mesyuarat JK Pengurusan Bencana Bil. 1/2021 di Bilik Dalia IPG Kampus Ipoh. Beliau turut berkongsi pengalaman dan secara tidak langsung memberi khidmat nasihat kepada kami untuk bersiap siaga menerima kehadiran pelajar baharu ke perpustakaan bermula 6 November 2021. 

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#Putuskanrangkaiancovid

22 Oct 2021

Sumbangan Buku/Terbitan Bersiri 2021 : Terima Kasih Cik Noor Hasiah bt Sulaiman

22 Oktober 2021 - En. Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor Nurul Azmi Mat Nor  berbesar hati menerima sumbangan buku daripada Cik Noor Hasiah bt Sulaiman yang memuatkan karya beliau berjudul 'Menyulam Harapan' dalam buku 'Legasi Abah 10 : Lelaki Tawanan Rindu'. Buku tersebut menambah koleksi Perpustakaan IPG Kampus Ipoh  sebagai bahan bacaan di Perpustakaan. Moga sumbangan beliau ini memberi inspirasi kepada kita semua.

Terima kasih Cik 🥰🥰

eBuletin UPIPGKI Bil. 1/2021 dan eBuletin UPIPGKI Bil.2/2021

 

 

Alhamdulillah eBuletin UPIPGKI telah diterbitkan. En . Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor @ Ahmad Nor merakamkan ucapan tahniah kepada staff Perpustakaan IPG Kampus Ipoh di atas usaha menyiapkan eBuletin UPIPGKI ini. Berikut adalah pautannya :





Nantikan eBuletin UPIPGKI Bil. 3/2021 akan datang........


#leadingfuturemodelteacher 
#ipgkithefirst 
#makeadifference 
#perpustakaanipgki 
#ebuletinipgki

21 Oct 2021

Sumbangan Buku 2021 : Terima Kasih Dr. Dwi Puteh binti Ahmad



20 Oktober 2021 - Tahniah dan terima kasih kepada Dr. Dwi Puteh binti Ahmad bekas pensyarah IPG Kampus Ipoh kerana sudi menyumbangkan buku koleksi beliau. 

Bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh, beliau berjaya menerbitkan dua naskah buku yang berjudul Nasi Lemak Sambal Bilis dan Lelaki Anugerah Terindah. 
Warga maya yang berminat boleh dapatkan buku ini dengan menghubungi beliau sendiri. 

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgki
#upustaka

Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber SK Seri Ampang : Siri 3 - Rawat Buku Kita

20 Oktober 2021 - Tahniah dan syabas kepada semua kakitangan dan pelajar latihan industri Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana berjaya menjalankan Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber, SK Seri Ampang bagi siri ke 3 yang bertemakan Rawat Buku Kita.

Ucapan penghargaan turut diberikan kepada Penceramah Jemputan kami dari Unit Pusat Sumber, IPG Kampus Sarawak Pn. Rosfatimah Wasli Pustakawan, kerana sudi berkongsi ilmu dalam merawat buku kita.

Terima kasih kepada semua Pengawas Pusat Sumber SK Seri Ampang kerana menyertai bengkel ini selama 3 siri. Semoga menjadi Pengawas Pusat Sumber yang berkaliber dan berinovasi.

Semoga kerjasama ini terjalin utuh. 

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
#bengkelkemahiranperpustakaanpengawaspsskseriampang

19 Oct 2021

Salam Maulidur Rasul 1443H

Salam Maulidur Rasul dari Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

12 Rabiulawal 1443H | 19 Oktober 2021

‎اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad S.AW. Semoga kita beroleh syafaat daripada Baginda di Padang Mahsyar kelak. Amin.

“Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

18 Oct 2021

Hebahan Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber SK Seri Ampang : Siri 3 ( Siri Akhir )- Rawat Buku Kita

Jom saksikan secara langsung, kami akan terbangkan semua peserta ke Sarawak, bersama Pustakawan Puan Rosfatimah Wasli bertugas di Unit Pusat Sumber, IPG Kampus Sarawak ke :

BENGKEL KEMAHIRAN PERPUSTAKAAN
SK SERI AMPANG, IPOH PERAK

Siri 3 (Siri terakhir) 

Tarikh : 20 Oktober 2021
Hari : Rabu 
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Aktiviti : Rawat Buku Kita

KUMPULAN 1
Pn. Sharmila binti Siron (K)
Cik Muhainie binti Abdul Kadir

KUMPULAN 2
Pn. Nasimah binti Abdul Jal (K)
Cik Insyirah binti Ahmad Zulkhairi

KUMPULAN 3
Pn. Nazariah binti Mat Mizar (K)
Cik Syafiqah binti Mohd Sabri

KUMPULAN 4
Pn. Sabariah binti Khairuddin (K)
Cik Nurul Izzaty Izzlyn binti Kamaruddin

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst

15 Oct 2021

Program Bual Bicara Teknologi Hala Tuju Perpustakaan di Era Digital.

 


15 Oktober 2021 - Tahniah kepada Puan Nazariah binti Mat Mizar dan Puan Asrofah binti Anuas serta pelajar latihan industri Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana menyertai Program Bual Bicara Teknologi Hala Tuju Perpustakaan di Era Digital. 


Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak di pautan : 


FACEBOOK JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK : https://tinyurl.com/ek6kkjxw


YOUTUBE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK : https://tinyurl.com/yxguddun


YOUTUBE SSTP JPN PERAK : https://tinyurl.com/uke4ham6


Semoga program ini bermanfaat untuk semua. 


#leadingfuturemodelteacher

#membacavaksinminda

#ipgkithefirst

#perpustakaanipgikampusipoh

Bengkel Penggunaan e-Perpustakaan IPG

 


15 Oktober 2021 - Tahniah kepada Pustakawan, Pembantu Pustakawan Kanan dan Pembantu Pustakawan Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana berjaya menyertai Bengkel Penggunaan e-Perpustakaan IPG secara dalam talian. Bengkel ini disampaikan oleh Pustakawan Kanan IPGM Puan Maiyumi Ahmad.

Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada semua. 


#leadingfuturemodelteacher

#membacavaksinminda

#ipgkithefirst

#perpustakaanipgikampusipoh

#upustaka

Quran Corner di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

 


15 Oktober 2021 : Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menerima 1 set Al-Quran dari IPGM untuk Program Wakaf Al-Quran untuk Ummah. 

Tahniah kepada kakitangan dan pelajar latihan industri kerana telah mewujudkan Quran Corner untuk rujukan dan bacaan pengguna perpustakaan.

#leadingfuturemodelteacher

#membacavaksinminda

#ipgkithefirst

#perpustakaanipgikampusipoh

#sumbangankarangkraf

13 Oct 2021

Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber : Siri 2 - Sayangi Buku Kita






13 Oktober 2021 - Tahniah dan syabas kepada semua kakitangan dan pelajar latihan industri Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana berjaya menjalankan Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber, SK Seri Ampang bagi siri ke 2 yang bertemakan Sayangi Buku Kita.


Terima kasih kepada semua murid-murid dan warga maya yang turut serta dalam bengkel ini. Jangan lupa temujanji kita yang terakhir pada 20 Oktober 2021 (Rabu) untuk siri ke 3 bertemakan Rawat Buku Kita.


Untuk siri ke 3 dan terakhir ini kami akan terbangkan semua warga maya dan murid-murid ke Unit Pusat Sumber, IPG Kampus Sarawak, bersama Pustakawan di sana. Semoga semua perancangan kita dimudahkan.. insyaallah amin.. 


#leadingfuturemodelteacher

#membacavaksinminda

#ipgkithefirst

#perpustakaanipgikampusipoh

#bengkelkemahiranperpustakaanpengawaspsskseriampang

11 Oct 2021

Perbincangan : Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber - Siri 2 : Sayangi Buku Kita

11 Oktober 2021 -  Tahniah kepada semua kakitangan perpustakaan dan pelajar latihan Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang sentiasa memberi kerjasama yang padu bagi memastikan Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber SK Seri Ampang , Ipoh dapat berjalan dengan lancar.

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst
#perpustakaanipgikampusipoh
#bengkelkemahiranperpustakaanpengawaspusatsumberskseriampang2021

Hebahan : Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber- Siri 2 : Sayangi Buku Kita

BENGKEL KEMAHIRAN PERPUSTAKAAN
SK SERI AMPANG, IPOH PERAK

Siri 2

Tarikh :  13 Oktober 2021
Hari  : Rabu 
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Aktiviti : Sayangi Buku Kita

KUMPULAN 1
Pn. Sharmila binti Siron (K)
Cik Muhainie binti Abdul Kadir

KUMPULAN 2
Pn. Nasimah binti Abdul Jal (K)
Cik Insyirah binti Ahmad Zulkhairi

KUMPULAN 3
Pn. Nazariah binti Mat Mizar (K)
Cik Syafiqah binti Mohd Sabri

KUMPULAN 4
Pn. Sabariah binti Khairuddin (K)
Cik Nurul Izzaty Izzlyn binti Kamaruddin

#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#ipgkithefirst

6 Oct 2021

Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber : Siri 1 - Kenali Buku Kita

 


6 Oktober 2021 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar latihan industri dan kakitangan Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh kerana berjaya melaksanakan sesi bengkel kali ini.

Semoga sesi perkongsian ini dapat digunakan oleh Pengawas Pusat Sumber di perpustakaan. Jumpa lagi minggu hadapan dengan tema sayangi buku kita. 


#leadingfuturemodelteacher

#membacavaksinminda

#ipgkithefirst

#perpustakaanipgikampusipoh

#upustaka











5 Oct 2021

Hebahan : Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber

 

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh buat julung kalinya akan mengadakan Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber SK Seri Ampang setiap hari Rabu sepanjang Oktober 2021 secara dalam talian.

Bengkel ini akan diadakan sebanyak 3 siri. 


Siri 1 : 6 Oktober 2021 (Rabu)

Tema : Kenali Buku Kita


Siri 2 : 13 Oktober 2021 (Rabu)

Tema : Sayangi Buku Kita


Siri 3 : 20 Oktober 2021 (Rabu)

Tema : Rawat Buku Kita


Semoga bermanfaat untuk semua.


#leadingfuturemodelteacher

#membacavaksinminda

#ipgkithefirst

#perpustakaanipgikampusipoh

#makeadifference

Mesyuarat Penyelarasan bagi Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas Pusat Sumber SK Seri Ampang

 

5 Oktober 2021 - Mesyuarat penyelarasan bagi Bengkel Kemahiran Perpustakaan Pengawas  Pusat Sumber Seri Ampang, Ipoh telah diadakan secara dalam talian bersama Guru GPM, Pn. Noraizatul Husna. 

Bengkel ini dijangka akan dilaksanakan sebanyak 3 siri, setiap Rabu sepanjang Oktober ini pada pukul 10 pagi. Semoga memberi manfaat kepada semua. 

#leadingfuturemodelteacher

#membacavaksinminda

#ipgkithefirst

#perpustakaanipgikampusipoh




1 Oct 2021

Perhimpunan Organisasi Bulan Oktober 2021

1 Oktober 2021 - Sebuah lagi lembaran baharu tercipta apabila Unit Perpustakaan dan Unit Khidmat Pengurusan telah berjaya menganjurkan Perhimpunan Organisasi Bulan Oktober 2021 dengan kerjasama Jawatankuasa Perhimpunan dan Perayaan Khas IPG Kampus Ipoh.

Tahniah kepada semua kakitangan Perpustakaan  dan Khidmat Pengurusan yang telah bertungkus lumus memastikan program ini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Usaha sama jalinan ini amat bermakna demi menaikkan nama organisasi.

Terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama memberi sokongan dengan menekan butang subscrib, dari 77 subscribers YouTube Perpustakaan kini telah mencapai hampir 300 subcribers!!!

Jom saksikan video Perhimpunan Organisasi Bulan Oktober 2021 IPG Kampus Ipoh kerjasama dengan Unit Khidmat Pengurusan di YouTube Perpustakaan IPG Kampus Ipoh


#leadingfuturemodelteacher
#membacavaksinminda
#perpustakaanipgikampusipoh
#ipgkithefirst
#makeadifference