Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

28 Mar 2024

Klinik Kaunseling

26 - 27 Mac 2024 - UPsK IPG Ipoh bersama team kaunselor pelatih USAS, UMT & USIM telah berjaya mengadakan Klinik Kaunseling kerjasama dengan Unit Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh

Bertempat di ruang legar Perpustakaan.


Antara aktiviti yang diadakan :

-Ujian Psikologi

-Aktiviti Art Therapy

-Sand Therapy

-Sesi konsultasi

-Aktiviti 'IQ test' 


Tahniah kepada team kaunselor pelatih yang terdiri daripada Sdri Hafida, Sdri Balqis, Sdri El Ain, Sdri Masitah, Sdri Aisya dan Sdri Hamizah.


Terima kasih kepada semua warga kampus yg mengambil bahagian dan yang memberi sokongan terhadap aktiviti ini.


Semoga bermanfaat buat semua..


IPGMKIPOH

Ikhlas Proaktif Gigih Mampan Kebersamaan Intergriti Prihatin Optimis Harmoni


#klinikkaunselinguspkipgmki

#ipgki_sederap_melakar_kecemerlangan

#emosisihatprestasihebat

#leadingfuturemodelteacher

21 Mar 2024

Penerbitan Buku : Tahniah Pn. Ros Anita Kartini

 TAHNIAH ATAS PENERBITAN BUKU!!πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰



Unit Perpustakaan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn Ros Anita Kartini binti Mohamed dan Dr. Hasnah binti Awang, Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPGMK Ipoh atas penerbitan buku yang berjudul ‘Keterampilan Bahasa’.


Buku ini telah didaftarkan hak milik dan diterbitkan dibawah penerbitan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh bernombor ISBN 978-967-2863-52-6.


Penyerahan sebanyak 7 naskah telah diterima oleh Ketua Pusat Sumber, En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar. Sebanyak 5 naskah hasil penerbitan ini akan diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia sebagai koleksi negara mengikut Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan, 2 naskah akan menjadi koleksi di Perpustakaan IPGMK Ipoh.


Ini merupakan pencapaian yang mengagumkan. Unit Perpustakaan berharap buku yang diterbitkan ini dapat mencapai kejayaan yang besar dan memberikan manfaat kepada ramai pembaca.


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


#perpustakaanipgmki

#libraryipgmki

#penerbitanbuku2024

20 Mar 2024

Resensi Buku @ Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh : Dr. Kamaruddin bin Ilias

 RESENSI BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGMKI


Resensi Buku Dr Kamaruddin

✒️Judul: Asas penyelidikan Pendidikan : Konsep dan Amalan untuk PISMP Institut Pendidikan Guru


πŸ“½️Disampaikan oleh: Dr. Kamaruddin bin Ilias, Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi, IPGMKI.

  

#ResensiIPGM #IPGMMembaca #MalaysiaMembaca

#ResensiIPGMKI #IPGMKIMembaca #PerpustakaanIPGMKI

18 Mar 2024

Sumbangan Buku : Terima Kasih En. Azhar

 TERIMA KASIH : SUMBANGAN BUKU πŸ“šπŸ“š



18 Mac 2024 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku-buku daripada En. Azhar bin Osman, Ketua Jabatan, Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGMKI.


Untuk makluman, En Azhar akan menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awan pada 21 Mac 2024 dan beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh pada tahun 2014 hingga 2015.


Sumbangan buku ini kini menjadi sebahagian daripada koleksi di Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh. Terima kasih atas sumbangan yang berharga ini.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#libraryipgmki2024

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#membacavaksinminda

#sumbanganbuku2024

8 Mar 2024

Majlis Bacaan Yasin Mingguan dan Soal Jawab Fiqh Ramadan

 MAJLIS BACAAN YASIN BULAN MINGGUAN 2024 DAN SOAL JAWAB FIQH RAMADAN IPGM KAMPUS IPOH.

8 Mac 2024 - Majlis Bacaan Yasin Mingguan telah diadakan di Perpustakaan IPGMK Ipoh dengan penuh keberkatan. Bacaan Yasin telah diketuai oleh AF Ustaz Khairil Izuan bin Ibrahim, pensyarah akademik Jabatan JAPIM.


Sehubungan dengan bulan Ramadan yang semakin hampir, dalam Kapsul Rohani ini peserta berpeluang menimba ilmu Fiqh Puasa Ramadhan melalui sesi soal jawab yang disampaikan oleh S.S Dato' Hj. Asad bin Awang, pakar di Majlis Fatwa Negeri Perak.


Semoga majlis ini memberi manfaat yang besar kepada semua peserta dan mempersiapkan rohani mereka untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia.


#perpustakaanipgmki 

#perpustakaanipgmki2024 

#membacavaksinminda 

#bacaanyasin

6 Mar 2024

Top Borrower Februari 2024 : Tahniah

 JOM PINJAM BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGM KAMPUS IPOH.πŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“š



'TOP BORROWER OF THE MONTH' BULAN FEBRUARI 2024! πŸ‘πŸ»πŸŽ‰πŸ‘πŸ»πŸŽ‰πŸ‘πŸ»πŸŽ‰πŸ‘πŸ»πŸŽ‰


Setinggi-tinggi tahniah kerana anda adalah peminjam buku terbanyak pada bulan Februari 2024.


Terima kasih atas keaktifan anda dalam menyertai kempen 'Jom Pinjam Buku' @Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh secara tidak langsung dapat memberikan sumbangan yang penting kepada promosi budaya membaca.


Teruskanlah kesungguhan anda dalam membudayakan literasi dan teruskanlah menyemarakkan semangat membaca di kalangan warga IPGMK Ipoh. Selamat membaca dan teruslah menjadi sumber inspirasi untuk orang lain! πŸ“šπŸŽ‰


🎁Hadiah misteri untuk nama 'Top Borrower Februari 2024' boleh dituntut di Perpustakaan IPGMKI🎁


πŸŽ‰TAHNIAHπŸŽ‰


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#perpustakaanipgmki2024

#Topborrower2024

#mohpinjambuku

#membacavaksinminda

Resensi Buku @Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh : Dr. Siti HayatiDr

 RESENSI BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGMKI


Resensi Buku Dr Siti Hayati

✒️Judul: Impressionist Masterpieces At The Jeu De Paume, Paris.

πŸ“½️Disampaikan oleh: Dr. Siti Hayati binti Mohd Yusoff, Jabatan Sains Sosial IPGMKI.

  

#ResensiIPGM #IPGMMembaca #MalaysiaMembaca

#ResensiIPGMKI #IPGMKIMembaca #PerpustakaanIPGMKI

Resensi Buku: Dr Munirah







RESENSI BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGMKI

✒️Judul: Leardership-Theory, Application, & Skill Development.
πŸ“½️Disampaikan oleh: Dr. Munirah binti Abd Hamid, Jabatan Perancangan Penyelidikan & Inovasi, IPGM KI.

#ResensiIPGM #IPGMMembaca #MalaysiaMembaca
#ResensiIPGMKI #IPGMKIMembaca #PerpustakaanIPGMKI #perpustakaanipgmki2024 #membacavaksinminda

4 Mar 2024

Top Borrower Januari 2024 : Tahniah

 πŸŽ‰Wajah-wajah Top Borrower Januari 2024! Tahniah! πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰



🎁 Jika anda merupakan top borrower yang telah diumumkan tetapi masih belum menebus hadiah anda, sila datang ke Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan segera untuk menerima hadiah anda 🎁 


πŸ“šJOM PINJAM BUKU @ PERPUSTAKAAN IPG KAMPUS IPOH πŸ“š


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#libraryipgmki

#libraryipgmki2024

#Topborrower2024

#mohpinjambuku