Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

25 Jan 2023

Program 'Fun Learning @ Library'

18 Januari 2023 - Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berjaya mengadakan Program 'Fun Learning @ Library' yang telah dikendalikan oleh Pelajar Latihan Industri UITM Cawangan Merbuk, Cik Putri Norzehan Nasbi binti Elias, Cik Nur Nadzirah binti Shaharuddin dan Cik Nur Fatin Khalilah binti Saharudin bersama adik-adik Prasekolah Seri Mawar, IPG kampus Ipoh. 

Unit Perpustakaan merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan atas kerjasama dalam menjayakan program ini. 

Turut hadir, En. Ahmad Jalalulail bin Abdul Manab, (Ketua Unit Prasekolah), En. Hasri bin Abu (Ketua Unit Perpustakaan), Cikgu Norzety binti Abdul Aziz (Guru Prasekolah), En. Mohamad Hafiz bin Hisamudin (Ketua Unit Khidmat pengurusan) dan semua kakitangan Unit Perpustakaan IPG kampus Ipoh.

Program 'Fun Learning @ Library' dipenuhi dengan aktiviti sukan riang ria, syoknya ekperimen sains, make up cake dan aktiviti mari menari. 

Aktiviti dimulai dengan senaman dan acara sukan riang ria. Aktiviti ini memberi pendedahan tentang pemakanan haiwan sambil berlari mencari padanan makanan yang sesuai pada kotak yang disediakan mengikut jenis haiwan. Syoknya eksperimen sains membolehkan kanak-kanak terlibat secara aktif dalam proses sains dan memberi peluang mencuba secara individu iaitu eksperimen ‘magic finger’ dan gula-gula pelangi. Aktiviti ‘makeup cake’ dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak dalam menghias kek menggunakan krim dan pelbagai gula-gula manik yang disediakan. Aktiviti diakhiri dengan aktiviti mari menari bersama-sama staf perpustakaan. Semua peserta bergembira menari mengikut rentak dan irama lagu.

Penyampaian cenderahati kepada adik-adik Prasekolah Seri Mawar telah disampaikan oleh En. Ahmad Jalalulail b. Abdul Manab, (Ketua Unit Prasekolah) bersama En. Hasri bin Abu (Ketua Unit Perpustakaan).

Semoga adik-adik Prasekolah Seri Mawar mendapat input yang baik melalui program ini.

"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#pelajarlatihanindustri

#funlearninglibrary

#prasekolahserimawar









22 Jan 2023

Selamat Tahun Baharu Cina

Selamat Tahun Baharu Cina buat semua warga IPG Kampus Ipoh & pengikut maya Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang berbangsa Cina.


Semoga tahun ini membawa tuah dan rezeki buat anda sekeluarga.


🏮GONG XI FA CAI🏮


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#GongXiFaCai2023

#tahunarnab

20 Jan 2023

Sumbangan Sempena Tahun Baharu Cina



Terima kasih Unit Pengajian Cina dan pensyarah individu diatas sumbangan buah limau sebagai simbolik perayaan Tahun Baharu Cina yang tidak lama lagi menjelang tiba. 


Sedikit info mengenai perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini ialah: 🐰🐰

Tahun 2023 ialah tahun Arnab Air. Tanda Arnab adalah simbol umur panjang, keamanan, dan kemakmuran dalam budaya Cina. Tahun 2023 diramalkan menjadi tahun harapan.


🏮GONG XI FA CAI🏮


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023  

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#GongXiFaCai2023

#tahunarnab

19 Jan 2023

Hebahan : Galeri UNITI Malaysia Festival Tahun Baharu Cina

 


Kome moh ke Aeon Klebang Ipoh!!!


Galeri UNITI Malaysia Festival Tahun Baharu Cina akan menemui anda tidak lama lagi.


Macam-macam ada! Anda dapat saksikan aktiviti-aktiviti menarik daripada agensi-agensi di bawah KPN iaitu Jabatan Muzium Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional!


Untuk maklumat lanjut boleh layari FB Perpustakaan Negara Malaysia 


#Perpaduan

#KpnSemarakUNITI

#KitaBersama

#UNITI

#Unity

#FoodUnites

#AaronAgoDagang

#TanSriMohdZukiAli

#noridahabdulrahim









17 Jan 2023

Hebahan : Program 'Fun Learning @Library' Bersama Pelajar Latihan Industri Anjuran Unit Perpustakaan Dengan Kerjasama Prasekolah Seri Mawar IPG Kampus Ipoh

 


Jom bersama-sama melakukan aktiviti bersama kami.

Nantikan aktiviti kami bersama anak-anak Prasekolah Seri Mawar yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 18 Januari 2023

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Ruang Bacaan, Perpustakaan IPG Kampus Ipoh


"Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa"

#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki 

#funlearninglibrary

#prasekolahserimawar

#pelajarlatihanindustri

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

Selamat Datang : En Mohammad Syafree bin Mohd Danial

Assalamualaikum w.b.t,.

Salam Sejahtera,

Salam IPGKI Membaca.

Unit Perpustakaan mengucapkan selamat datang kepada En. Muhammad Syafree bin Mohd Danial, Pembantu Operasi N11 ke Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. 

Semoga kehadiran beliau di sini dapat memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. 

Selamat Menjalankan Tugas dengan penuh dedikasi.

#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki 

#selamatdatang

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

14 Jan 2023

Menghadiri Program Libraries Unite Us@PPANPk




14 Januari 2023 : En. Hasri bin Abu, Ketua Unit Perpustakaan, IPG Kampus Ipoh telah berkesempatan untuk memenuhi undangan Perpustakaan PPANPk dalam program Libraries Unite Us@PPANPk dan Majlis Perasmian Penutup Program oleh YB Encik Loh Tze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan Dan Pembangunan Koridor.


Pelbagai aktiviti dijalankan bermula jam 9.30 pagi dengan Bual Bicara Warisan Negeri Perak, seterusnya pameran warisan Perak, aktiviti kanak-kanak dan terbuka serta pelbagai gerai jualan disediakan.


Info dan foto sepanjang program berlangsung boleh lawati FB Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak 


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki 

#libraryipgki

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

#PerpustakaanPPANPk

13 Jan 2023

Selamat Datang : En. Hasri bin Abu



Assalamualaikum w.b.t,.

Salam Sejahtera,

Salam IPGKI Membaca.

📢📢📢📢📢

Adalah dimaklumkan bahawa En. Hasri bin Abu  telah dilantik sebagai Ketua Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh yang baharu.

Seluruh kakitangan Perpustakaan merakamkan ucapan Selamat Datang kepada En. Hasri Bin Abu dan Selamat Menjalankan Tugas.

Semoga Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh terus cemerlang dibawah pimpinan En. Hasri.

"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"

#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki 

#selamatdatang

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#makeadifference

Jasamu Dikenang : Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin

Assalamualaikum w.b.t,. Dan Salam Sejahtera,

Salam IPGKI Membaca.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn. Saidatul Nadiah binti Shamsuddin, atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang menjalankan tugas sebagai Ketua Unit di Unit Perpustakaan IPG kampus Ipoh.🌹🌹🌹

Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Unit Praktikum IPG Kampus Ipoh. Semoga terus maju dan cemerlang di masa hadapan.🥰🥰🥰

Kenangan bersama sentiasa terpahat di memori kami...😍😍😍

" Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa "

#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki 

#terimakasih

#libraryipgki2023 

#leadingfuturemodelteacher

#membacavaksinminda

#ipgkithefirst

12 Jan 2023

Sumbangan Buku 2023 : Terima Kasih Pn . Radha a/p T. Gandi



12 Januari 2023 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku daripada Pn. Radha a/p T.Gandi, Pensyarah Akademik Jabatan sains Sosial yang bertajuk Selusuri Ceritera Bernokhtah.

Buku ini memuatkan karya pertama Pn. Radha dalam bidang penulisan. Tahniah Pn. Radha..

Buku ini menjadi koleksi tambahan Perpustakaan IPG Kampus Ipoh sebagai bahan bacaan di perpustakaan. Semoga buku sumbangan ini memberikan inspirasi kepada kita.

#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#sumbanganbuku2023  

#2023libipgki

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference

#membacavaksinminda

11 Jan 2023

Hebahan : Read & Share @ LIBIPGKI: Book Review

 





Assalamualaikum w.b.t, dan Salam Sejahtera,

Salam IPGKI Membaca.

Read & Share @ LIBIPGKI: Book Review

Perhatian kepada semua warga IPG Kampus Ipoh, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh berbesar hati akan mengadakan sebuah pertandingan berkonsepkan “Book Review”. Terdapat 2 kategori dipertandingkan iaitu penciptaan poster/infografik dan video pendek. Ulasan yang menarik, dan gaya penghasilan yang kreativiti bakal menampilkan hadiah yang menarik. 

Berikut adalah ketetapan program tersebut:

Tarikh tutup pertandingan: 26 Januari 2023

Link Pautan penyertaan: 

https://forms.gle/tss9Hfwf2GLkTgmv6 

Setiap peserta perlu mengisi pautan Google Form untuk pendaftaran dan sertakan link untuk bahan pertandingan.

Tunggu apa lagi? Berkemungkin anda adalah pemenang yang kami cari. Jadi ayuh sertai pertandingan READ & SHARE 2 LIBIPGKI: BOOK REVIEW. 

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi:

Putri: 014-9475212

"MEMBACA SENTIASA INTELEKTUAL DIPERKASA"

Anjuran,

Unit Perpustakaan

IPG Kampus Ipoh.




#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#readshareLIBIPGKI 

#2023bookreviewipgki

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference

6 Jan 2023

Program Kolaboratif Tandang Citra Sastera Universiti Sains Malaysia

 


6 Januari 2023 - Unit Pengajian Melayu bersama Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah berjaya mengadakan Program Kolaboratif Tandang Citra Sastera bersama mahasiswa Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia. Program ini berlangsung dari 5-7 Januari 2023 di Dewan Seri Tanjung dan Dewan Seri Melati.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh. Turut hadir Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa PPIP, Universiti Sains Malaysia, Dr. Fadzilah Amzah, Ketua Jabatan Pengajian Melayu, En. Shamsudin bin Abu bakar, Ketua Unit Perpustakaan, En. Hasri bin Abu dan Para Pensyarah IPG Kampus Ipoh.

Program bertujuan memperkasa pengetahuan pedagogi dalam pengajaran sastera. Semoga program ini dapat memberi impak positif kepada peserta yang terlibat dan mengukuhkan lagi hubungan di antara USM dan IPG Kampus Ipoh khususnya dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu.

" Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa "

#perpustakaanipgkampusipoh

#perpustakaanipgki

#libraryipgki

#programbersama2023  

#2023perpustakaanipgki

#leadingfuturemodelteacher 

#ipgkithefirst 

#makeadifference




5 Jan 2023

Hebahan : Program Kolaboratif Tandang Citra Sastera


Kerjasama Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia dengan Jabatan Pengajian Melayu & Unit Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh .

#perpustakaanipgkampusipoh
#perpustakaanipgki
#libraryipgki