Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

31 May 2021

Bacaan Yaasin Bersama Sempena Program Tanyalah Ustaz

Assalamualaikum kepada semua warga muslimin dan muslimat rakan maya kami yang kami sayangi semua...

Unit Perpustakaan dengan besar hati dan takzimnya ingin menjemput semua untuk bersama-sama membaca surah yasin secara serentak di SELURUH MALAYSIA untuk #kesejahteraanNegara bersempena program Tanyalah Ustaz pada :

Tarikh : 1 Jun 2021
Hari :  Selasa (esok)
Masa : 6.30 pagi
(Bersama di TV3 & TV9)

- Jangan lupa untuk kongsikan pengalaman melalui video dan gambar bersama keluarga menerusi tanda pagar  di bawah di laman sosial untuk sama-sama kita mengimarahkan majlis ini. 

Niatkan untuk keselamatan negara dan dihapuskan keseluruhan virus covid19 di muka bumi ini.. In shaa Allah.

#kesejahteraanNegara
#perpustakaanipgki
#bacaanyassinipgki
#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference

7 May 2021

Keputusan Pertandingan Foto Sempena World #QuranHour 2021

07 Mei 2021- Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan, para pensyarah, staf sokongan, guru pelatih dan warga maya yang menyertai Program World #QuranHour 2021.

Pertandingan foto sempena World #QuranHour diadili berdasarkan gambar serta nota kesyukuran yang menarik dan tanda suka terbanyak bagi kategori yang ditetapkan. Di bawah ini disertakan keputusan pertandingan tersebut. Keputusan adalah muktamad. Tahniah kepada semua yang menyertai program yang dianjurkan oleh Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

๐ŸŽ Kategori Pensyarah : 
       1.Pn. Mastura Karimuddin 

๐ŸŽ Kategori Staf IPG KI
       1.Pn. Taslimah Sairi 

๐ŸŽ Kategori Rakan Maya
      1. Pn. Wan Nadiah 

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG.. ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

#leadingfuturemodelteacher
#ipgkithefirst
#makeadifference
#Perpustakaanipgikampusipoh
#perpustakaanipgki
#ipgkampusipoh
#quranhouripgki2021
#WorldQuranHour

6 May 2021

Program WORLD #QuranHour 2021

 


6 Mei 2021 - Program WORLD #QuranHour diadakan secara serentak di seluruh dunia pada jam 12 tengah hari - 1.00 petang. Di peringkat IPG Kampus Ipoh, program ini diadakan pada jam 8.30 pagi - 9.30 pagi bertempat di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Program ini anjuran bersama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Ipoh. Program ini juga disiarkan secara langsung melalui facebook rasmi Perpustakaan IPG Kampus Ipoh Program WORLD #QuranHour 2021 dan Instagram Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.

Selain daripada membaca Surah Al-Mulk yang menjadi keutamaan program, Tausiyah Ramadan turut menjadi pengisian program. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Rizalman bin Muhammad sebagai panel dan En. Mohamad Nurul Azmi bin Ahmad Nor@Mat Nor selaku moderator.  Seramai 28 orang peserta yang hadir dan 138 orang yang mengikuti secara maya melalui Google Meet, live Facebook dan live Instagram. Dalam program ini, para peserta dapat menjana e-sijil melalui pautan yang dihebahkan semasa program ini berlangsung. 

5 May 2021

Program WORLD #QuranHour

Kita imarahkan bulan Ramadan tahun ini dengan Program WORLD #QuranHour pada 24 Ramadan 1442H / 6 Mei 2021 (Khamis) jam 8.30pagi, peringkat IPG Kampus Ipoh.

1. Duduk di rumah atau ruang kerja anda atau di mana sahaja anda berada.  Siapkan al-Quran / al - Quran Terjemahan. (Surah ar Mulk).

2. Ikuti 'live' di FB & You Tube Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh. 

๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ธ

Jangan lupa sertai pertandingan foto menarik sempena World #Quranhour

Apa perlu anda lakukan?

▶️Klik like / tanda suka pada paparan poster World #QuranHour di media sosial Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh & follow media sosial Ipg Kampus Ipoh. 
▶️Muat naik gambar anda membaca Surah Al-Mulk ke media sosial sendiri.
▶️Tag media sosial Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh bersama nota kesyukuran yang memberi kesan kepada diri, keluarga & rakan-rakan anda.
*▶️Letakan tanda pagar* #quranhouripgki2021 

๐Ÿ“ธ Tarikh tutup : 6 Mei 2021 / 24 Ramadan 1442H jam 4.00petang 

Adakah gambar anda yang kami cari? 

Gambar & nota kesyukuran menarik melalui undian Like terbanyak akan menerima hadiah misteri serta sijil penyertaan. 

4 kategori hadiah :
๐ŸŽPensyarah IPGKI 
๐ŸŽPelajar IPGKI 
๐ŸŽStaf IPGKI 
๐ŸŽPelayar maya Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh 

Jom sertai kami!! 

#quranhouripgki2021
#WorldQuranHour2021

Bersama Kita Imarahkan Program WORLD #QuranHour 2021

 


Kita imarahkan bulan Ramadan tahun ini dengan Program WORLD #QuranHour pada 24 Ramadan 1442H / 6 Mei 2021 (Khamis) jam 8.30 pagi - 9.30 pagi, peringkat IPG Kampus Ipoh.
Apa perlu anda lakukan.?
1. Duduk di rumah atau ruang kerja anda atau di mana sahaja anda berada. Siapkan al-Quran / al - Quran Terjemahan. (Surah ar Mulk).
2. Ikuti 'live' di FB & You Tube
Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh