Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

21 Oct 2016

Sumbangan Buku Daripada Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Ipoh


Pada 21 Oktober 2016, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah menerima sumbangan buku daripada Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Ipoh. Buku-buku itu berjudul 'Pelan Transformasi IPG Kampus Ipoh 2016 - 2020' dan 'STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics)'. Kelihatan Tuan Haji Zain Hazmi Bin Mohd Zain sedang menyampaikan sumbangan kepada Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin. Unit Perpustakaan merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan tersebut. Semoga buku-buku yang disumbangkan tersebut dapat dimanfaatkan oleh semua warga IPG Kampus Ipoh.

19 Oct 2016

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Klip Video PPPM 2013-2025

Pada 19 Oktober 2016, satu majlis penyampaian hadiah pertandingan mencipta klip video PPPM 2013-2025 telah diadakan di Foyer IPG Kampus Ipoh. Majlis telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa PPPM 2016, mentor dan guru pelatih. 

Unit Perpustakaan terlibat dalam aspek sijil peserta, pemberian hadiah buku dan susun atur kerusi.. Tahniah kepada pemenang iaitu guru pelatih dari unit Q7 (Kumpulan Nilai), tempat kedua unit R10 dan tempat ketiga unit R1.





18 Oct 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan Kali Ke-2 / 2016

Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan kali ke-2 / 2016 bertempat di Bilik Diskusi. Pelbagai perkara yang dibincangkan untuk memantapkan lagi pengurusan perpustakaan. Selain itu, program dan aktiviti juga dirancang untuk ditambah di dalam kalender aktiviti perpustakaan pada tahun hadapan. Ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang hadir untuk bermesyuarat pada kali ini.

17 Oct 2016

Program Wacana Bersama Pensyarah Cemerlang

Pada 17 Oktober 2016, Unit Perpustakaan telah menganjurkan Program Wacana Bersama Pensyarah Cemerlang yang diadakan di Mini Teater, IPG Kampus Ipoh. Tujuan wacana ini diadakan adalah sebagai perkongsian pengalaman dan ilmu dalam kalangan ahli panel yang telah berjaya menjadi pensyarah cemerlang.

Ahli panel tersebut terdiri daripada Dr. Wong Kiet Wah, Dr. Hjh. Habibah Bt. Mohd Samin dan Dr. Abdul Hadi B. Mat Dawi. Para peserta wacana ini terdiri daripada para pensyarah IPG Kampus Ipoh.










15 Oct 2016

Program Hari Sukan Negara Di Perpustakaan Desa Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta


Pada 15 Oktober 2016, staf Unit perpustakaan telah terlibat dengan Program Hari Sukan Negara 2016
yang dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta.

Pihak Unit Perpustakaan telah membawa seramai 33 orang guru pelatih untuk terlibat sama di dalam program tersebut. Di antara acara yang diadakan termasuklah senam robik, tarik tali, rebut kerusi dan sebagainya. Program ini telah berjaya mengeratkan hubungan staf perpustakaan dan guru pelatih dengan masyarakat setempat.














14 Oct 2016

PNM Digital


PNM Digital amat penting kepada guru pelatih untuk mengakses maklumat dengan lebih pantas dan terkini. Jesteru, pengetahuan mengenainya perlu ada supaya memudahkan mereka mengakses maklumat dengan lebih berkesan. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh telah memberi pendedahan dan penerangan kepada guru-guru pelatih yang baharu untuk mengaksesnya.


12 Oct 2016

Penerbitan Taman Berkarya Siri 5/2016

Syukur alhamdulillah Unit Perpustakaan telah berjaya menerbitkan 'Taman Berkarya' Siri 5/2016. Di dalamnya terkandung puisi, cerpen dan artikel yang disumbangkan oleh para pensyarah IPG Kampus Ipoh. Malahan, terbitan pada kali ini telah mendapat penyertaan/sumbangan puisi daripada Dr. Nor Hasimah Bt. Ismail, pensyarah Universiti Utara Malaysia. 

Terima kasih kepada rakan-rakan pensyarah yang sudi menyumbang karya. Di antaranya:

  • Tn. Hj Mohd Kamal B. Mat Yusof
  • En. Rosli B. Ngah
  • Tn. Hj. Hamdan B. Yaakub
  • Pn. Rozita Bt. Omar
  • Cik Hjh Nor Azah Bt. Ahmad @ Ahmad Zakaria
  • Dr Yahya B. Osman
  • Pn. Flory Juliana Fernandez
  • Hjh. Rosidah Bt. Meor Yahya





7 Oct 2016

Kolaborasi Perpustakaan IPG Kampus Ipoh Dengan Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8 Ulu Kinta

Pada 07 Oktober 2016, Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Perpustakaan), En. S. Ahmad  Suhaimi Bin S. Mohd Said (Penolong Ketua Unit Perpustakaan), dan En. David A/L Rayappan (Pembantu Pustakawan Kanan) telah berkunjung ke Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8 Ulu Kinta untuk mengadakan kolaborasi kepakaran dan ilmu. Di dalam perbincangan tersebut, persetujuan telah dicapai untuk mengadakan kelas tuisyen kepada komuniti di kawasan tersebut. Tenaga pengajarnya ialah guru pelatih di IPG Kampus Ipoh. Kelas tuisyen tersebut akan bermula pada awal tahun hadapan.



Perbincangan Tentang PPPM

 

Pada 06 Oktober 2016, Jawatankuasa Pertandingan Klip Video PPPM 2016 telah mengadakan mesyuarat khas tentang majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Berdasarkan hasil perbincangan, 19 Oktober 2016 telah dipilh untuk diadakan majlis tersebut. Kelihatan Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin mewakili Unit Perpustakaan turut serta mengikuti mesyuarat tersebut bersama-sama Dr. Wong Kiet Wah, Puan Norlia Bt. Mat Esa dan Puan Lim Phaik Hoon.