Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

PAUTAN

30 May 2016

Marhaban Ya Ramadhan


1 tahun tak terasa, Ramadhan pun telah kembali mendatangi kita. Menyambut indahnya bulan puasa (Ramadhan) dengan penuh rahmat dan keberkatan dari-Nya. Disambut manis dengan ungkapan 'Marhaban Ya Ramadhan' dimana seringkali dikenali sebagai bulan yang penuh dengan keampunan. Kami warga unit Perpustakaan IPGKI ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh Umat Islam khusunya warga IPGKI dalam menjalani ibadah puasa. Semoga apa yang dilalui serta dilakukan menjadi  amal kebaikan di bulan suci ini. Marhaban Ya Ramadhan, Selamat menunaikan Ibadah Puasa.

Selamat Bercuti Warga IPGKI

Selamat Bercuti diucapkan kepada para pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Berakhirlah sudah peperiksaan akhir semester 1 bagi pelatih Institut Pendidikan Guru kampus Ipoh sesi 2015/2016 yang juga menandakan bahawa sesi pembelajaran para pelatih semester 1 telah melabuhkan tirainya. Dengan ini pihak unit Perpustakaan IPGKI ingin mengucapkan selamat bercuti kepada para pelatih dan diingatkan supaya para pelatih mengisi masa lapang yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat meringankan tulang untuk mebantu ibu bapa di rumah. Tidak lupa juga diingatkan kepada para pelatih untuk terus membaca bahan bahan bacaan bagi meningkatkan pengetahuan dan mengikuti perkembangan terkini baik dalam mahupun luar negara serta diharapkan agar para pelatih IPGKI dapat mengisi masa cuti dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan didoakan agar kalian mendapat keputusan yang cemerlang dalam perperiksaan yang telah diduduki. SELAMAT PULANG BERCUTI dari kami, warga Unit Perpustakaan IPGKI!


20 May 2016

Jamuan Perpisahan Pelajar Praktikal

Pada 20 Mei 2016, pihak Unit Perpustakaan telah mengadakan jamuan perpisahan kepada pelajar-pelajar praktikal dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah.

Pelajar-pelajar praktikal dari UPSI iaitu Cik Koh Kai Ling @ Norhalinda a/p Koh Tim Weon dan Cik Monalisa Ivy Anak Edward menamatkan latihan industri mereka pada 20 Mei 2016, manakala  pelajar praktikal dari UiTM Kedah, Cik Nur Farah Wahida Bt. Tarmizi akan menamatkan latihan industrinya 30 Jun 2016.

Selamat maju jaya pihak kami ucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah menjalani latihan praktikal di Perpustakaan IPGKI. Semoga pengalaman yang ditimba sepanjang menjalani latihan industri ini dapat dimanfaatkan pada masa akan datang. 






 Cik Nur Farah Wahida Bt. Tarmizi

 Cik Monalisa Ivy Anak Edward

Cik Koh Kai Ling @ Norhalinda a/p Koh Tim Weon






17 May 2016

Lawatan Mesra Pegawai Perpustakaan Desa Batu 8, Tambun dan Perpustakaan Desa Manjoi ke Perpustakaan IPGKI

Jumaat, 13 Mei 2016 - Kali ini pegawai dari Perpustakaan Desa Batu 8, Tambun dan juga Perpustakaan Desa Manjoi pula mengadakan lawatan mesra ke Perpustakaan IPGKI. Sebagai tanda penghargaan, pihak Perpustakaan IPGKI telah memberikan sedikit cenderahati dan juga jamuan sempena kedatangan pihak Perpustakaan Desa ke sini. Sepanjang lawatan tersebut, staf di perpustakaan IPGKI telah menunjukkan sedikit sebanyak tentang kemudahan yang ada di Perpustakaan IPGKI seperti pengenalan kepada sistem myTag, peminjaman buku menggunakan "scanner", penyusunan buku mengikut nombor perolehan buku dan bilik-bilik yang ada di sini. Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama staf kedua-dua perpustakaan tersebut.








16 May 2016

Selamat Hari Guru


Selamat hari guru diucapkan daripada kami warga unit perpustakaan IPGKI bagi semua tenaga pengajar yang merupakani seorang mentor, serta seringkali menaburkan baktinya dengan mengajar pelbagai ilmu kepada anak bangsa. Tiada kata yang pantas terucap selain kata terima kasih atas ketulusan kalian terhadap masa depan anak bangsa. Proffesion guru merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia  dan harus diberikan penghargaan sewajarnya kerana perananmu sebagai pemimpin itu jauh lebih penting daripada apa yang engkau bayangkan. 


13 May 2016

Program Khidmat Sosial Perpustakaan IPGKI di Perpustakaan Desa Kg Tersusun Batu 8, Tambun

Pada tanggal 7 Mei 2016, Unit Perpustakaan telah mengadakan program khidmat sosial di Perpustakaan Desa Kg Tersusun Batu 8, Tambun. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua perpustakaan. Selain itu, program ini mendedahkan Pelatih praktikal dengan aktiviti khidmat sosial yang memberi sumbangan kepada masyarakat sekitar perpustakaan tersebut. Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.






9 May 2016

Bicara Buku Bersama Dr Haji Mohd Razak Mohd Nordin & Haji Hamdan B Yaakub


Perpustakaan IPGKI telah mengadakan program Bicara Buku bersama Dr Haji Mohd Razak dan juga Haji Hamdan B Yaakub pada 20 April yang lalu. Unit Perpustakaan telah menjemput dua orang pensyarah dari Jabatan Pengajian Bahasa Melayu untuk membicarakan sedikit sebanyak tentang buku yang mereka telah baca.

Program ini diadakan pada setiap petang Rabu bermula 2.30petang sehingga 3.15petang. Program Bicara Buku ini diakan untuk memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar IPGKI ini berkongsi ilmu tentang buku yang telah dibacakan.


Seperti kebiasaannya, bicara buku ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pertama dan juga sesi kedua. Sesi pertama dimulakan dengan Haji Hamdan. Beliau telah membicarakan buku yang bertajuk Penulis dan Penulisan Karya Allahyarham Dr Talib Samat.

Sesi kedua bicara buku ini telah diteruskan dengan bicara buku oleh Dr Razak dengan bukunya bertajuk Imam oleh Abdullah Hussain.

Akhir sekali bicara buku ini ditamatkan dengan sepatah dua kata oleh Dr Nazri selaku Ketua Unit Perpustakaan dan juga penyampaian sijil kepada kedua-dua orang penyampai bicara buku tersebut.



5 May 2016

Buletin & Taman Berkarya Edisi Mei 2016

Lembaga Pengarang Perpustakaan IPGKI telah menerbitkan Buletin Siri Ketiga dan juga Taman Berkarya Siri Kedua pada awal Mei yang lalu. 
  Buat makluman pembaca sekalian, Buletin siri kedua kali ini mengandungi kupasan aktiviti-aktiviti menarik yang telah dijalankan oleh Unit Perpustakaan IPGKI sepanjang bulan April dan Mac yang lalu.


Di samping itu. Unit Perpustakaan turut menerbitkan Taman Berkarya Siri Kedua yang mengandungi koleksi karya-karya kreatif dari pensyarah IPGKI sendiri seperti pantun, seloka dan juga beberapa artikel tentang sejarah dan aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM) di Malaysia.


Risalah-risalah tersebut boleh didapati di ruangan legar atau didapati di depan kaunter perkhidmatan perpustakaan IPGKI.

3 May 2016

Jom Baca Bersama 10 minit @IPGKI

Sempena Minggu Membaca 2016 , Unit Perpustakaan telah menganjurkan program Jom Baca Bersama 10 Minit. Program ini mengajak semua warga IPG Kampus Ipoh untuk berhenti sebentar dari melakukan apa jua pekerjaan dan aktiviti untuk membaca bersama apa jua bahan bacaan selama 10 minit.


Tahniah kepada semua warga IPG Kampus Ipoh yang telah menyahut seruan ini.




Lawatan 3 buah Institut Pendidikan Guru ke Perpustakaan IPGKI

Pada tanggal 20 April 2016, Unit Perpustakaan IPGKI telah dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari 3 buah IPG iaitu IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang dan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor. Pelajar-pelajar ini telah melawat di sekitar perpustakaan sambil diiringi oleh ahli-ahli Kelab Rakan Perpustakaan.

Moga lawatan ini dapat memberi maklumat sedikit sebanyak mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan ini.




Prasekolah Seri Mawar @Perpustakaan IPGKI


Pada setiap hari Khamis, dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi merupakan waktu untuk murid-murid Prasekolah Seri Mawar untuk meluangkan masa membaca dan menggunakan bahan-bahan alat bantu mengajar yang terdapat di perpustakaan ini. 

Keseronokan jelas tergambar di wajah mereka kerana dapat menggunakan bahan-bahan bacaan yang menarik terutamanya bahan bacaan kanak-kanak yang terdapat di sini. 

Adalah diharapkan, dengan adanya aktiviti seperti ini dapat menanam sikap suka membaca di kalangan murid prasekolah ini.