"Pelan Pembangunan Pendidikan merupakan hasil daripada analisis yang mendalam, temu bual, kumpulan fokus, kaji selidik dan penyelidikan yang dijalankan dengan bantuan pakar Malaysia dan antarabangsa, pegawai Kementerian, guru, pengetua dan guru besar serta ibu bapa di seluruh negara. Di samping itu, melalui Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalankan antara April hingga Julai 2012, hampir 12,000 orang awam pelbagai lapisan dan pihak berkepentingan telah dilibatkan untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan (Ekshibit 1-2). Pelan Pembangunan Pendidikan pada asasnya merangkumi pelan tindakan dan intervensi utama transformasi keseluruhan sistem pendidikan."
(Petikan diambil daripada: Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012).
Laporan awal pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.)
Anda boleh dapatkan bahan ini secara fizikal di dalam Bilik Rujukan Perpustakaan IPGKI dan penggunaannya adalah terhad. Selain dari itu, anda juga boleh dapatkan bahan ini dengan cara memuat turun di pautan yang disediakan di bawah.
Muat turun bahan di sini: Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.pdf
Pelan yang sangat penting untuk penulisan yang bagus.
ReplyDelete