Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

PAUTAN

18 Apr 2016

Bicara Buku Bersama Rakan Kelab Perpustakaan

Program Bicara Buku merupakan sebuah program yang memberi peluang kepada pembaca untuk mengulas semula buku-buku yang telah dibaca dan mempersembahkan hasil ulasan mereka kepada para pembaca yang lain. Pada minggu yang lalu bersamaan dengan tanggal 13 April 2016, pihak perpustakaan IPGK Ipoh telah menjemput dua orang Rakan Perpustakaan untuk memberi ulasan tentang buku yang telah mereka kaji sendiri.








Sesi pertama bicara buku ini dimulakan dengan saudari Jayanthy a/p Arumugom dengan bukunya yang bertajuk "A Sketch Mape History of Malaya, Sabah, Sarawak and Singapore". Sepanjang saudari menceritakan tentang buku ini, saudari menceritakan bagaimana bermulanya penubuhan sebelum adanya Malaysia seperti sekarang. Saudari turut menceritakan bagaimana kisahnya Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura  digabungkan dan kemudiannya berpisah lalu menubuhkan sebuah negara bernama Malaysia.




Seterusnya sesi kedua disambung dengan bicara buku oleh saudari Soon Lay Ting dengan bukunya yang bertajuk "Airmata Guru". Dalam buku yang dibicarakan, terdapat beberapa kisah benar kehidupan masyarakat di Korea namun saudari hanya memetik dua cerpen sahaja daripada buku tersebut. Cerpen pertama yang bertajuk "Airmata Guru" mengisahkan seorang pelajar miskin yang sering dibuli oleh rakan sekelasnya yang kaya dan juga dendam pelajar ini terhadap gurunya yang tidak mahu menyebelahinya ketika di pengadilan. Cerpen kedua pula mengisahkan kasih sayang seorang kanak-kanak Autism terhadap kedua-dua orang tuanya. Cerpen ini memberi pengajaran bahawa jika kita tidak menunjukkan kasih sayang tersebut tidak bermaksud kita tidak menyayangi kedua orang tua kita.



Program ditamatkan dengan sepatah dua kata oleh Dr. Nazri selaku Ketua Unit Perpustakaan dan seterusnya penyampaian sijil kepada kedua-dua penyampai bicara buku pada petang itu.



0 comments:

Post a Comment