Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

7 Apr 2016

Jom Ngeteh Borak Buku Bersama Meor Farid Asyradi; Penulis Travelog MR. Traveller


Unit Perpustakaan IPGK Ipoh telah dijemput hadir ke aktiviti Jom Ngeteh Borak Buku bersama Meor Farid Asyradi; penulis novel “Travelog MR. Traveller” yang mendapat sambutan meriah terutama sekali di kalangan golongan belia seluruh Malaysia. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Puteri UMNO dengan kerjasama ADUN Manjoi dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Mohamed Ziad. Program santai Jom Ngeteh ini diadakan di Restoran Tihani’s, Meru Raya dan dihadiri para pemuda-pemudi UMNO. Program ini dijalankan secara santai pada petang Ahad (03/04/2016).






















Pada petang tersebut, saudara Meor telah berkongsi pengalaman beliau merantau ke 15 buah negara sepanjang 15 hari beliau merantau di Eropah dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. Saudara Meor telah banyak berkongsi pengalaman beliau terutama sekali cabaran beliau dalam mengawal perbelanjaan sepanjang perantauan beliau tersebut seperti hanya berbekalkan mee segera dan biskut. Namun perantauan beliau telah membuka mata pembaca bahawasanya ia tidaklah mustahil bagi seseorang pemuda itu untuk menjelajah Eropah dengan semangat nekad dan keyakinan yang tinggi.





Program Bicara Buku ini dijayakan lagi dengan pembentangan daripada Dr. Nazri sendiri yang mengulas mengenai sifat kepimpinan yang ada pada si perantau, Meor sepanjang perantauan beliau di Eropah. Selain itu, pensyarah IPGK Ipoh iaitu Haji Hamdan Bin Yaakub juga telah membentangkan hasil kajian beliau tentang buku novel Travelog Mr. Traveller tersebut mengenai kemahiran insaniah saudara Meor semasa merantau di Eropah.











 Program tersebut diakhiri dengan sedikit jamuan yang telah disediakan oleh Restoran Tihani’s kepada para tetamu yang hadir pada petang tersebut.








0 comments:

Post a Comment