Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

5 Apr 2017

Pameran Koleksi Bahan Bacaan Peribadi Dr. Fauziah Hanim Md. Yusof

Sepanjang minggu ini iaitu 3 - 7 April 2017, Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Dr. Fauziah Hanim membuat pameran Koleksi Bahan Bacaan Peribadi Dr. Fauziah Hanim. Unit Perpustakaan amat berbesar hati dan berterima kasih kepada beliau yang memberi kerjasama dalam aktiviti ini. Semua pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dialu-alukan melihat sendiri buku-buku bacaan peribadi beliau. Terdapat buku-buku berunsur agama, motivasi dan pendidikan. Selain buku, beliau juga mempamerkan thesis. Semoga para pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dapat manafaat melalui pameran ini. 


0 comments:

Post a Comment