Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

31 Jul 2017

Program Bicara Karya Dr. Zabidin Hj. Ismail

Pada 29 Julai 2017, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan Persatuan Karyawan Perak telah mengadakan Program Bicara Karya Dr. Zabidin Hj. Ismail bertempat di Mini Teater IPG Kampus Ipoh. Program ini dihadiri oleh guru pelatih IPG Kampus Ipoh, staff IPG Kampus Ipoh dan wakil-wakil pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak serta Persatuan Karyawan Perak. 

Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mohammad Nazari bin Abdul Hamid, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk mengangkat karya-karya Zabidin bin Hj. ismail berdasarkan analisis para pembentang kertas kerja. Objektif kedua ialah melalui program ini dapatlah berkongsi maklumat dan idea di kalangan peserta. Objektif ketiga ialah memberi motivasi kepada audiens untuk menulis dengan bersungguh-sungguh dalam berkarya. 

Secara rasionalnya, program ini penting untuk pensyarah/audiens untuk memantapkan jati diri dan sikap berdikari berlandaskan karya Zabidin Hj Ismail. Selain itu, para peserta dapat menimba pengalaman para pensyarah berdasarkan analisis karya dan seterusnya dapatlah menambah ilmu pengetahuan dalam menghasilkan karya yang berkualiti.  Panel-panel pembentang dalam program ini terdiri daripada  Dr. Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh), Pn. Norehan bt Muhamad (Pensyarah Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh/Persatuan Karyawan Perak), Hj. Hamdan bin Yaakub (Pensyarah Pengajian Melayu /Persatuan Karyawan Perak), Chai Loon Guan (Munsyi Dewan/Persatuan Karyawan Perak) dan Prof.Madya Dato' Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin (Pensyarah Kesusasteraan Melayu, UPSI). 

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan baik sepertimana yang dirancang. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada panel pembentang dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

1 comment: