Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

25 May 2018

Majlis Penyampaian Sumbangan Telekung dan Qurta Sempena Ramadhan

Pada 18 Mei 2018 (Jumaat) pukul 9.30 pagi bertempat di Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah diadakan penyampaian telekung dan baju kurta sempena "Program Imarah Ramadhan Dengan Bersolat" anjuran Anjung Wasilah Srikandi. Pengarah IPG Kampus Ipoh (Tn Hj Kamarulizham bin Hazizi) telah menyampaikan telekung dan baju kurta kepada wakil-wakil sekolah SK Tanjung Rambutan, SK Perpaduan dan SK Seri Idrus. Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh (Dr. Yahya bin Osman), Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh (Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin) serta AJK Anjung Wasilah Srikandi. Semoga sumbangan tersebut dapat memberi impak yang besar kepada penerima sumbangaan. Unit Pusat Sumber berasa bangga kerana telah dilibatkan sama untuk menjayakan program tersebut.

0 comments:

Post a Comment