Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

12 Sept 2018

Program Brown Bag Anjuran Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan


Pada 5 September 2018, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber), Pn. Hayati bt Mat Desa (Pen. Ketua Unit 2 Pusat Sumber) dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan) telah menyertai Program Brown Bag yang dianjurkan oleh Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan. Program tersebut diadakan di ruang legar IPG Kampus Ipoh. En. Hairi bin Yahya telah menyampaikan kajiannya bertajuk "Misteri Getah Ipoh". Pelbagai maklumat diperoleh daripada program ini iaitu sejarah nama Ipoh, penggunaan getah ipoh dalam pemburuan hasil hutan oleh Orang Asli dan proses membuat racun daripada getah ipoh. Syabas En. Hairi atas perkongsian yang menarik ini

0 comments:

Post a Comment